Khamis, 1 November 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


35 IPT diiktiraf cemerlang

Posted: 01 Nov 2012 03:24 PM PDT

Pencapaian berdasarkan pengajaran dan pembelajaran

Shah Alam: Sebanyak 35 institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta menerima pengiktirafan cemerlang menerusi Sistem Penarafan Institusi Pengajian tinggi (SETARA) 2011 berbanding 18 IPT pada 2009.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata sebilangan besar universiti dan kolej universiti menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan dalam SETARA 2011.

Daripada 32 universiti yang dinilai, empat universiti awam iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Sains Malaysia menerima pengiktirafan enam bintang, tertinggi dalam penarafan MyRA.


Katanya, SETARA adalah sistem penarafan dan bukan sistem kedudukan (ranking) yang menumpukan kepada pengajaran dan pembelajaran di sesebuah universiti atau kolej universiti.

Bagaimanapun, katanya, tiada universiti mencapai tahap enam atau terbilang atau tahap satu dan dua bintang, iaitu lemah dan memuaskan.

UUM antara cemerlang

IPT awam yang menerima pengiktirafan cemerlang termasuk Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Malaysia Perlis, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Utara Malaysia.
IPT awam yang menerima pengiktirafan cemerlang termasuk Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Malaysia Perlis, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Utara Malaysia.

IPT swasta yang menerima pengiktirafan sama antaranya Universiti Multimedia, Universiti Kuala Lumpur, Universiti Teknologi Petronas, Kolej Universiti Sunway, Universiti Teknologi Curtin Kampus Sarawak, Universiti Monash Kampus Sunway, Kolej Universiti Taylor's dan Kolej Universiti Nilai.

Mohamed Khaled turut mengumumkan penarafan bintang bagi mengukur program penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan mengikut Instrumen Penilaian Penyelidikan Malaysia (MyRA) terhadap IPT yang terbabit dalam program berkenaan.

Beliau berkata, sejak MyRA dilaksanakan pada 2007, tahun ini julung kali keputusannya didedahkan kepada umum.

Enam bintang

Daripada 32 universiti yang dinilai, empat universiti awam iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Sains Malaysia menerima pengiktirafan enam bintang, tertinggi dalam penarafan MyRA.

IPT yang menerima pengiktirafan lima bintang pula ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Teknologi PETRONAS.

Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Teknologi Petronas turut terpilih untuk masing-masing menerima inisiatif geran bernilai RM5 juta sebagai galakan membangunkan program penyelidikan.

Katanya, kedua-dua sistem penilaian itu (SETARA dan MyRA) digunakan untuk membuat dasar termasuk penetapan dasar penting dan untuk membangunkan usaha memantapkan universiti di negara ini.

Jawatankuasa bebas

"Proses dan mekanisme penilaian kedua-dua SETARA dan MyRA dilaksanakan dua jawatankuasa bebas berasingan yang masing-masing dilantik oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pengajian Tinggi melalui Jabatan Pengajian Tinggi.

Mohamed Khaled berkata, penarafan itu juga bertujuan mendidik orang awam untuk membuat pemilihan universiti berdasarkan kepada bintang yang diperoleh IPT terbabit selain mendapat pengiktirafan daripada masyarakat antarabangsa.

Ditanya mengapa penilaian selepas ini dibuat tiga tahun sekali bukan lagi dua tahun, Mohamed Khaled berkata ia untuk memberi peluang kepada IPT memperbaiki kekurangan masing-masing.

Ratusan ribu borang BR1m 2.0 diedar pada hari pertama

Posted: 01 Nov 2012 03:12 PM PDT

Cyberjaya: Hari pertama pendaftaran permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 semalam, menyaksikan ratusan ribu borang diedarkan di seluruh negara.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Seri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, berkata orang ramai mula mendapatkan borang pendaftaran di kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pejabat Pembangunan negeri dan pejabat daerah, selain mendaftar secara online dan melalui organisasi tertentu.

Dapatkan borang

"Hari ini mungkin tidak terlalu ramai pemohon kerana baru hari pertama. Selain itu, mereka yang sudah menerima BR1M sebelum ini juga tidak perlu lagi mengisi borang," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Inovasi LHDN di sini, semalam.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut

Tiada ulasan:

Catat Ulasan