Jumaat, 31 Disember 2010

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Revolusi terminal bas Malaysia

Posted:

Revolusi terminal bas Malaysia

Revolusi terminal bas Malaysia

MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
kota@utusan.com.my


PENGUNJUNG akan berasa takjub dengan keindahan dan teknologi Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan yang memulakan operasinya hari ini. - utusan/Izham Jaafar


KUALA LUMPUR 31 Dis. - Tarikh 01.01.2011 bakal mencipta sebuah lagi sejarah buat negara, khususnya bagi sistem pengangkutan awam apabila Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) mula beroperasi.

Pada tarikh keramat itu, buat julung kalinya sebuah terminal bas yang dilengkapi kemudahan teknologi moden dan terkini akan menjadi hab yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas ekspres, teksi dan lain-lain kepada orang ramai.

Yang mengagumkan ialah sistem yang diperkenalkan di terminal ini juga merupakan yang pertama di Asia Tenggara dan hanya terdapat di Malaysia buat masa ini.

Terminal setinggi enam tingkat yang dibina di kawasan seluas 19.6 hektar itu menelan kos RM570 juta dan diusahakan oleh Maju Holding Sdn.Bhd.

Ia dilengkapi 55 platform bas untuk 1,000 bas keluar dan masuk setiap hari, 150 perhentian teksi, 1,000 tempat letak kereta termasuk kawasan letak kereta khas untuk wanita.

TBS-BTS itu nanti akan diuruskan oleh Maju Terminal Management and Services (Maju TMAS) dan berfungsi sebagai hab bagi semua perkhidmatan bas ekspres ke selatan dan utara serta mampu menampung 45,000 pengguna sehari.

Apabila ia mula beroperasi, penumpang-penumpang bas dari Kuala Lumpur ke Utara dan Selatan Semenanjung bakal menikmati perkhidmatan terminal bas yang terbaik pernah disediakan.

Pengarah Urusan (Maju-TMAS), Roslan Mohd. Shariff berkata, terminal tersebut bakal memberi perkhidmatan seperti yang ditawarkan di lapangan terbang.

Katanya, sistem yang digunakan bagi penumpang bas hampir seperti di lapangan terbang di mana ia akan memberi satu pengalaman baru buat penumpang bas.

Ujarnya, selain itu, terdapat begitu banyak kemudahan yang pasti tidak pernah dirasai di terminal-terminal bas yang lain sebelum ini.

"Terdapat 21 kaunter tiket keseluruhannya, di mana para penumpang hanya perlu mengambil masa 30 saat sahaja dalam menyelesaikan urusan jual beli tiket.

"Para penumpang yang ingin membeli tiket diwajibkan membawa kad pengenalan untuk setiap pembelian direkodkan," katanya.

Ujarnya, terminal itu juga menyediakan kemudahan kaunter khidmat pelanggan yang beroperasi 24 jam dan kemudahan pembelian dan penempahan tiket secara dalam talian atau e-ticketing melalui laman web www.tbsbts.com.my.

Katanya lagi, terminal ini juga dilengkapi dengan sistem siaran informasi pengunjung (PIDS) seperti jadual pelepasan bas diletakkan di setiap tingkat manakala balai ketibaan dan pelepasan di tingkat bawah disediakan khusus untuk penumpang sahaja.

"Di bahagian lobi utama TBS-BTS pula terdapat skrin besar yang memaparkan jadual perjalanan dan ketibaan bas bagi kemudahan penumpang.

"Beberapa skrin lain juga akan memaparkan jadual perjalanan dan ketibaan bas selama seminggu untuk dijadikan panduan bagi mereka yang ingin mendapatkan tiket lebih awal," kata Roslan.

Selain itu, katanya lagi, terdapat juga beberapa restoran dan kemudahan mesin juruwang automatik (ATM) disediakan selain bilik rehat VIP, surau, tandas, tempat menukar lampin bayi serta perkhidmatan WiFi.

Ujarnya, kemudahan untuk orang kurang upaya (OKU) turut disediakan seperti lantai penunjuk arah, kaunter perkhidmatan dan tiket yang direndahkan, tandas, lif, laluan jalan istimewa serta petak letak kereta khas untuk mereka.

"Bagi memudahkan lagi orang ramai, terminal ini juga dihubungkan dengan stesen transit aliran ringan (LRT), Express Rail Link (ERL) dan KTM Komuter Bandar Tasik Selatan," katanya.

"Dari segi keselamatan, penumpang tidak perlu risau, kerana terminal ini dipantau oleh 500 kamera litar tertutup pintar (CCTV)," kata Roslan.

Selain menggunakan perkhidmatan LRT dan KTM Komuter, terminal ini boleh dikunjungi menggunakan perkhidmatan bas bandaran dan teksi.

Dalam perkembangan berkaitan, sumber dalaman operator terminal itu ketika dihubungi memberitahu, makluman yang diterima pihaknya ialah Maju TMAS akan mengadakan ujian operasi esok bersama beberapa syarikat bas yang mempunyai persefahaman dengan mereka.

"Difahamkan, sebanyak lima syarikat bas akan terlibat dalaman ujian ini dan ia adalah syarikat besar iaitu mempunyai bas yang banyak," katanya.

Mengenai operasi terminal itu, kata sumber itu, pihaknya menjangkakan terdapat beberapa kelemahan dalam tempoh seminggu ujian.

"Kelemahan ini adalah perkara normal apabila mula beroperasi. Tetapi pihak pemaju menetapkan dalam masa dua minggu segala-galanya akan berjalan lancar," ujarnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kasih bantu keluarga miskin

Posted:

Kasih bantu keluarga miskin

Kasih bantu keluarga miskin

Oleh RASMI ABDULLAH
kota@utusan.com.my

KUALA LANGAT 31 Dis. - Sebanyak 153 keluarga di Parlimen Kuala Langat menerima sumbangan daripada Badan Amal dan Kasih Selangor (Kasih) Program Sentuhan Kasih 1Malaysia dan Kembali Ke Sekolah di Sekolah Kebangsaan Methodist di sini hari ini.

Antara sumbangan yang diberikan adalah barangan keperluan sekolah, barang keperluan harian, tilam dan bantal. Tiga daripada keluarga berkenaan turut menerima sumbangan kerusi roda.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Naib Yang Dipertua Kasih, Datin Seri Dr. Aishah Salleh, Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat, Datuk Sulaiman Karli dan Ahli Undangan Negeri Selangor, Hasiman Sidom.

Aishah berkata pihaknya berharap sumbangan itu dapat meringankan beban penerima, terutama keluarga yang mempunyai anak ramai dan masih bersekolah.

"Ini juga adalah tanggungjawab sosial Kasih bagi menambah kualiti hidup mereka yang memerlukan.

"Sumbangan sebegini adalah untuk menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengajak pemimpin terus merasai denyutan nadi rakyat tidak kira dalam dan luar bandar," katanya dalam ucapan perasmiannya di sini semalam.

Aishah turut menasihatkan semua kanak-kanak yang menerima peralatan sekolah agar mengutamakan pelajaran kerana dengan mempunyai ilmu sahaja boleh mengubah kehidupan seseorang.

Sementara itu seorang penerima sumbangan, Aminah Atan, 53, melahirkan kesyukuran kerana masih ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan kepada ibu tunggal sepertinya.

"Sumbangan ini satu rahmat bagi saya apalagi ia diberikan tepat pada waktunya di mana ibu bapa tengah sibuk menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak," katanya.

Bagi N. Salvi, 32, sumbangan yang diberikan itu dirasakannya cukup besar untuk meringankan beban keluarganya yang mempunyai empat anak yang bersekolah.

Katanya, dia amat bersyukur dengan apa yang disumbangkan itu kerana hanya suaminya sahaja yang bekerja dan menanggung tujuh orang anak.

Seorang lagi penerima, Kgoo Gee Pur, 36, pula berkata, dia amat berterima kasih kepada semua penyumbang yang prihatin dengan mereka.

"Baguslah begini. Sumbangan diberikan tidak kira Melayu, India dan Cina," tambahnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Eksklusif: IPT mula September

Posted: 30 Dec 2010 12:05 PM PST

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

isa

apa hebat sangat ker student asing tu........ kenapa mereka penting sangat ker? banyak tak berkeupayaannya bila sistem ini dilaksanakan....

muhammad yusri bin muzamir

betul ke berita nie????

sufian

Perubahan kalender akademik dari Julai ke September sebenarnya memberikan lebih banyak kesan negatif kepada pelajar kita terutamanya generasi muda pada keseluruhannya.
1. Pelajar SPM dan STPM akan menunggu masa yang lama untuk meneruskan pelajaran mereka ( 10 bulan ). Bayangkan dalam tempuh tersebut banyak masa yang dibazirkan dan banyak juga yang akan menjadi rosak akibat pengaruh negatif yg semakin sukar dikawal. Impaknya akan lebih teruk jika generasi tersebut akan menjadi kaki lepak, pemalas, suka berfoya-foya, hilang minat utk belajar,menjadi burung hantu dan pelbagai masalah sosial yang lebih teruk lagi.
2. Kita nampaknya lebih utama memberikan keselesaan kepada pelajar asing dgn. menarik 150,000 pelajar asing sedangkan jika kita ingin belajar di luar negara kita terpaksa menuruti sistem mereka. Adakah kita sudah MERDEKA sepenuhnya atau masih rela dijajah sebegini. Adakah kita hanya mementingkan WANG berbanding dengan kesan negatif kepada generasi akan datang? Kita sedia maklum bahawa pelajar asing juga telah banyak membawa kesan sosial yang negatif kepada mesyarakat kita. Tolonglah berfikir secara bijak pandai setelah diamanahkan. Tersilap langkah tentu sahaja akan dilaknat kemudian hari.

deen

cuti sakan la..budak2 ipt ni....mesti cari keje part time punya...

Gory

Kenapa nak fokus tarik pelajar asing? Bagaimana dengan kami pelajar Malaysia sendiri yang mungkin tak dapat terima perubahan ni?

Kazul

Masalahnya lama sangat kena tunggu. STPM habis Disember, belajar semula September.

edyjamal

Saya sebagai pelajar di IPT menyambut baik penstrukturan semula jadual akedamik yang akan dilaksanakan pada September 2011, ini membolehkan pelajar-pelajar IPTa/IPTS mencari kerja sambilan disamping dapat mengambil pengalaman(seperti Latiahan Industri)dan dapat meningkatkan softskill pelajar itu sendiri bagi mengahadapi kerjaya sebenar dimasa hadapan. (yahoooo dpt cari duit lebih ni hahaha)

intan

Selaku pelajar UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA pertukaran tarikh kemasukan ni membuat kami terkejut lebih2 lagi UIAM selalunya memeulakan sesi pengajian lebih awal dari universiti lain. Dengan pertukaran tarikh kemasukan ini, para pelajar akan mendapat cuti yang lebih lama berbanding tahun sebelumye apabila semesster 2 tamat iaitu selama 5 bulan.Walaubagaimanapun pertukaran traikh ni diharap dapat memberikan manfaat kepada semua pelajar universiti lebih2 lagi pelajar dari luar yg boleh pulang lebih laam ke negara asal

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Fahmi tahu rahsia kapten Indonesia

Posted: 30 Dec 2010 12:02 PM PST

MukaDepan

FAHMI ketika menyelamatkan sepakan penalti diambil Firman dalam perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF, malam kelmarin.

FAHMI ketika menyelamatkan sepakan penalti diambil Firman dalam perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF, malam kelmarin.

KHAIRUL Fahmi Che Mat mengulangi betapa dia menghargai teguran penting K Rajagobal tempoh hari ketika menyelamatkan sepakan penalti Indonesia pada minit ke-18 yang menjadi penentu kejayaan skuad negara menjulang trofi Piala Suzuki, malam kelmarin.

"Saya masih ingat apa coach kata - "Fahmi, penalti Indonesia biasanya akan diambil kaptennya, (Firman Utina). Dua kali sebelum ini dia tendang ke kanan, iaitu ke kiri kamu, tetapi dalam permainan nanti kamu boleh buat keputusan sendiri." Saya pegang kata-kata itu dengan baik, kata penjaga gol utama negara itu.

Dia tidak menolak kemungkinan selepas menyelamatkan gawang pasukan, dia dan rakan bertambah semangat untuk mempertahankan kedudukan agregat 3-0 ketika itu dan ia mengubah wajah cabaran skuad. Ketika Firman tampil untuk mengambil sepakan, latihan ketika di Wisma FAM sebelum berangkat ke Jakarta terbayang di mindanya. Hasilnya, sepakan Firman tepat ke kanan Fahmi dan dia dengan mudah menafikan gol awal Indonesia.

"Kejayaan menyekat sepakan penalti itu menambah lagi keyakinan kami untuk terus mempertahankan gawang negara," kata Fahmi yang menjadikan bekas penjaga gol Azmin Azram dan Shahizan Ismail sebagai idolanya.

"Saya masih ingat pesan Rajagobal pada sesi latihan lalu. Ternyata ramalannya tepat. Saya berterima kasih kepada jurulatih yang banyak memberi tunjuk ajar kepada kami sehingga menjadi juara."

Fahmi yang meraih gelaran kedua, musim ini selepas membantu Kelantan muncul juara Piala Malaysia berkata kejayaan pasukan negara bukan kerana faktor dia sahaja malah menghambur pujian kepada rakan barisan pertahanan yang turut berfungsi hebat.
"Saya harap kejayaan ini tidak berhenti setakat ini. Masih banyak kejohanan yang perlu diharungi dalam mengembalikan kegemilangan bola sepak negara. Ini baru permulaannya," kata Fahmi.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Tuntut Ameng bayar RM85,000

Posted: 30 Dec 2010 10:40 AM PST

KUALA LUMPUR: "Saya dah minta, tapi dia suruh minta pada lelaki lain," kata A Aida ketika ditemui media di luar mahkamah selepas prosiding sebutan permohonan tuntutan nafkah tertunggak dua anaknya berjumlah RM85,000 difailkan terhadap bekas suaminya Ameng di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.

Pelakon dan penerbit, Aida atau nama penuhnya Zaidah Awang, 40, mendakwa Ameng atau nama penuhnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 42, tidak pernah membayar nafkah kepada dua orang anaknya sejak 17 Disember 2003 lalu.


Justeru, penerbit drama bersiri Halimah Jongang itu memfailkan permohonan tuntutan nafkah yang tertunggak selama 85 bulan pada 21 Disember lalu di mahkamah.

Pada prosiding sebutan kali pertama semalam, Hakim Abdul Walid Abu Hassan membenarkan permohonan tunjuk sebab (secara ex-parte) kepada Ameng atas kegagalannya membayar nafkah anak sehingga tertunggak.


Sehubungan itu, mahkamah membenarkan menguatkuasakan perintah mahkamah terhadap nafkah anak sejak enam tahun lalu itu yang akan dijalankan di Mahkamah Rendah Syariah pada satu tarikh yang ditetapkan.


Terdahulu ketika prosiding, Hakim Abdul Walid bertanyakan kepada Aida mengapa selepas enam tahun baru permohonan itu dibuat.

Aida yang diwakili peguam syarie Nor Azmi Mohd Arif dan Normawaddah Ramli berkata tujuan dia berbuat demikian untuk memberi peluang kepada bekas suaminya itu, namun sehingga kini dia masih gagal membayar nafkah.


Pada prosiding perceraian mereka, atas persetujuan bersama mahkamah memerintahkan Ameng membayar nafkah anak RM1,000 untuk dua orang anaknya Wan Az Aleesa, 14, dan Wan Azevanatassha, 9, yang perlu didepositkan ke dalam akaun pemohon sebelum atau pada 7 hari bulan setiap bulan selain menyerahkan hak jagaan anak kepada Aida.

Bagaimanapun Ameng didakwa gagal berbuat demikian.


Aida dalam afidavit permohonannya mendakwa sejak perintah mahkamah itu dia terpaksa menanggung keperluan dan perbelanjaan anak-anak mereka tanpa sebarang bantuan responden (Ameng) walhal sehingga kini tiada apa-apa perintah mahkamah yang membatalkan atau meminda perintah itu.


Dia turut mendakwa keengganan responden mematuhi perintah, jelas menunjukkan dia menghina mahkamah dan wajar diambil tindakan selanjutnya selain dilihat menafikan hak anaknya.


"Tindakan responden turut memberi tekanan kepada saya dan anak menganiaya dan menzaliminya," katanya.


Pasangan itu berkahwin pada tahun 1994 dan dikurniakan dua orang anak sebelum bercerai pada 17 Disember 2004.


Pada 1 November lalu, Ameng dijatuhi hukuman penjara dua bulan dan denda RM4,000 serta diletakkan di bawah pengawasan selama tiga tahun oleh Mahkamah Majistret selepas didapati bersalah memasukkan ganja ke dalam badannya.


Ketika prosiding perbicaraan di peringkat bela diri, vokalis kumpulan Spring itu mencetuskan kontroversi apabila mendakwa terdapat konspirasi Aida dan suaminya Asisten Superintendan Suffian Sulaiman untuk menjatuhkannya.


Sebaliknya Aida dalam satu sidang media menggelar Ameng pembohong dan akan mengemukakan saman malu terhadap bekas suaminya itu kerana memfitnahnya dan suami selain mengemukakan permohonan tuntutan tunggakan nafkah.


Ameng yang popular dengan lagu Bourgenvilla dan Sampai Hati itu kini berkahwin dengan Sabariah Zakaria, 40, dan dikurniakan seorang anak, Wan Amar Haikal berusia tiga tahun.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Lihat adik terkapai-kapai

Posted: 30 Dec 2010 10:39 AM PST

KOTA KINABALU: Dek kerana takut dimarahi bapanya, seorang kanak-kanak menyimpan rahsia selama empat jam sebelum menceritakan bahawa adiknya hilang dihanyutkan arus deras ketika mandi di Sungai Inanam di Kampung Tatahan di sini, kelmarin.

Difahamkan, rahsia kanak-kanak berusia 11 tahun itu terbongkar apabila bapanya hairan kerana mendapati mangsa masih tidak pulang ke rumah kira-kira jam 8 malam, kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, Negro Abdul Rahman, 11, yang tidak tahu berenang gagal menyelamatkan adiknya, Sing, 9, yang dibawa arus sehingga ke tengah sungai sebelum terkapai-kapai dan akhirnya tenggelam.

Menurut Negro, sejurus sebelum kejadian, dia dan Sing bersama tiga rakan yang lain hanya bermain air di tepi sungai berkenaan.


"Pada mulanya, Sing tidak menyertai kami dan hanya duduk di atas tebing, namun dia tiba-tiba terjun ke dalam sungai walaupun sudah ditegah beberapa rakan lain,'' katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam. Katanya, sebelum adiknya lemas, dia memanggil adiknya supaya naik semula ke tebing tetapi terkejut apabila mendapati Sing mula hanyut ke tengah sungai.


"Saya melihat adik cuba berenang ke tebing tetapi air sungai yang tiba-tiba menjadi deras menolaknya hingga ke tengah sungai.

"Dua rakan saya yang melihat kejadian itu turut terjun ke sungai cuba menyelamatkannya, namun gagal apabila Sing tenggelam dan tidak timbul lagi," katanya.


Rakan mangsa, Aiman Roben, 11, berkata, dia bersama seorang lagi rakan, Asbi Nor, 11, melihat Sing terkapai-kapai meminta tolong sebelum berusaha menyelamatkannya.

"Ketika itu, saya terus terjun ke sungai dan berjaya menyambut tangannya, namun gagal menariknya ke tepi dan terlepas akibat arus deras. Saya berenang semula mencarinya namun gagal,'' katanya.


Kejadian itu hanya dimaklumkan kepada ayah mangsa, Abdul Rahman Muslim, 40, sebaik dia pulang ke rumah kira-kira empat jam selepas kejadian.


Menurut Abdul Rahman, sebaik dimaklumkan, dia terus menghubungi bomba selain bergegas ke tempat kejadian bersama beberapa penduduk kampung mencari anak ketiganya itu.


"Saya berjanji kepada Sing untuk ke bandar hari ini (semalam) membeli persiapan sekolah dan terkilan kerana tidak sempat menunaikan janji," katanya.


Sementara itu, Penolong Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Lintas, Mohamad Nor Amit berkata, mayat Sing ditemui terapung di sungai terbabit jam 8.30 pagi semalam, kira-kira lima kilometer dari tempat mangsa dilaporkan lemas.


"Sebaik menerima panggilan kecemasan jam 9.35 malam, bomba melancarkan operasi mencari dan menyelamat membabitkan tujuh anggota dan dua jentera ke tempat kejadian," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online

Kosmo Online


Kanak-kanak 3 tahun dikhuatiri lemas

Posted:

Kanak-kanak 3 tahun dikhuatiri lemas

Kanak-kanak 3 tahun dikhuatiri lemas

31/12/2010 9:02pm

KEMAMAN – Seorang kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas setelah dipercayai terjatuh dalam parit sedalam dua meter berhampiran rumahnya di Kampung Kampung Kubang Putat, Seberang Pintasan Dungun hari ini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Dahlan Mohd Noor berkata, kehilangan Durrani Arfah Masrul, 3, hanya disedari oleh ibunya kira-kira pukul 12 tengah hari yang ketika itu hujan lebat.

"Selepas tidak menemui anaknya di dalam rumah, ibu kanak-kanak itu telah keluar mencari di sekitar rumahnya dan menemui sekaki payung di tepi parit yang dipercayai digunakan oleh anaknya.

"Kita hanya dimaklumkan tentang kehilangan kanak-kanak itu kira-kira pukul 2 petang selepas solat Jumaat dan gerakan mencari dan menyelamat dijalankan selepas itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, ekoran hujan sejak semalam, air parit yang mengalir ke Kuala Dungun itu dilaporkan agak deras. – Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Keluarga bangga persembahan Khairul Fahmi

Posted:

Keluarga bangga persembahan Khairul Fahmi

Keluarga bangga persembahan Khairul Fahmi

31/12/2010 8:12pm

KOTA BHARU – Kejayaan pasukan negara menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 cukup membanggakan seluruh keluarga penjaga gol skuad Harimau Malaya itu, Khairul Fahmi Che Mat, 21.

Aksi cemerlangnya pada final kedua di Stadium Gelora Bung Karno benar-benar mengejutkan keluarganya terutama bapanya Che Mat Hussain, 58, yang menyifatkan ia sebagai hadiah amat bermakna buat negara.

"Kami semuanya teruja dengan apa yang telah ditunjukkan pada perlawanan akhir itu dan kami sangat berbangga Pak Su (gelaran buat Khairul Fahmi) telah berbuat sesuatu untuk negara.

"Mungkin ini rezeki buatnya untuk terus maju dalam bola sepak dan kejayaan ini adalah berkat usaha dan disiplin yang tinggi yang ditunjukkan serta semangat tidak mudah putus yang ada dalam dirinya," kata Che Mat kepada pemberita di rumahnya di Kampung Dusun Raja, Cherang di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebelum perlawanan akhir itu, Khairul Fahmi ada menghubunginya dari Jakarta bagi memohon restu agar perlawanan akhir itu akan berpihak kepada negara "dan prestasinya pada malam itu benar-benar menjadi".

"Itulah anak saya... baik sebelum beraksi untuk Kelantan, atau untuk negara tidak akan lupa untuk memohon restu daripada keluarga," katanya. – Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


2.6 juta pengunjung lawat muzium di seluruh negara

Posted:

2.6 juta pengunjung lawat muzium di seluruh negara

2.6 juta pengunjung lawat muzium di seluruh negara


Ibrahim Ismail (kanan) bersalaman dengan Wong Kung Wan sambil diperhatikan sebahagian 64 bekas pekerja lombong bijih besi Sungai Lembing yang melawat Muzium Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 30 Dis. - Seramai 2.6 juta orang mengunjungi 21 buah muzium di bawah seliaan Jabatan Muzium sepanjang tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium, Datuk Ibrahim Ismail berkata, jumlah berkenaan menunjukkan peningkatan 100,000 orang berbanding tahun lepas.

"Muzium Negara mencatatkan jumlah pengunjung paling tinggi iaitu satu juta orang dengan separuh daripadanya ialah pengunjung tempatan manakala selebihnya pelancong asing," katanya.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan daripada bekas pekerja lombong Sungai Lembing di Muzium Putrajaya di sini hari ini.

Ibrahim menambah, dalam meningkatkan jumlah kunjungan pelawat ke muzium, pihaknya berusaha keras mempelbagaikan aktiviti dan pameran untuk dijadikan daya tarikan.

Beliau berkata, antara inisiatif tersebut adalah menjalin kerjasama pintar dengan institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan individu perseorangan dalam mendapatkan artifak serta barang sejarah.

"Kerjasama seperti ini bukan sahaja menjimatkan kos perbelanjaan malah dapat memberi maklumat baru kepada pengunjung," katanya.

Selain itu, katanya, dalam masa terdekat, pihaknya akan mengadakan kerjasama dengan agensi-agensi pelancongan untuk menarik para pelancong terutamanya dari luar negara melawat muzium.

"Kerjasama ini penting bagi membolehkan pengusaha-pengusaha agensi itu meletakkan muzium antara tempat yang perlu dilawati oleh para pelancong," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Majikan swasta diminta bayar cuti bergaji

Posted:

Majikan swasta diminta bayar cuti bergaji

Majikan swasta diminta bayar cuti bergaji

KUALA LUMPUR 30 Dis. - Semua majikan diminta memberi cuti bergaji kepada pekerja esok berikutan pengisytiharan cuti umum bagi meraikan kejayaan skuad bola sepak Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, majikan hendaklah memberi cuti kelepasan am sebagai cuti wajib tambahan kepada pekerjanya sebagaimana seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 60D(1)(b) Akta Pekerjaan 1955.

"Namun jika majikan masih memerlukan pekerja untuk bekerja pada hari tersebut atas keperluan operasi maka pekerja berkenaan hendaklah dibayar gaji mengikut peruntukan Akta Pekerjaan 1955," katanya.

Beliau ditemui selepas menyaksikan percubaan dua adik-beradik mencatatkan nama dalam Malaysia Book of Records dengan melakukan tekan tubi paling banyak dan angkat berat kanak-kanak menggunakan jari di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri mengisytiharkan esok cuti umum bertujuan memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia merayakan kejayaan pasukan bola sepak negara menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.

Tambah Subramaniam, jika majikan gagal memberi cuti umum atau membayar mengikut kadar cuti umum, para pekerja boleh membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja.

"Majikan boleh dikenakan tindakan jika didapati bersalah," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Lebih 6.6j rokok tidak sah dimusnah

Posted:

Lebih 6.6j rokok tidak sah dimusnah

Lebih 6.6j rokok tidak sah dimusnah

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my

JASIN 30 Dis. - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri telah memusnahkan lebih 6.6 juta batang rokok tidak sah bernilai RM630,541.80 sepanjang tahun ini bermula Januari sehingga semalam.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Nasir Said, berkata, kegiatan menyeludup itu juga telah mengakibatkan kerajaan kerugian ke atas cukai tembakau kira-kira RM2.9 juta.

Beliau berkata, dalam tempoh sama, pihaknya berjaya mengesan 56 kes penyeludupan rokok tidak sah hasil pemeriksaan ke atas 212 premis di negeri ini sepanjang tahun ini.

"Daripada jumlah kes itu, kita telah menangkap 53 pemilik premis tersebut untuk siasatan.

"Hasilnya, kita juga telah menyita lebih 1.4 juta kotak rokok tidak sah bernilai RM2.8 juta tidak termasuk cukai sebanyak RM11.6 juta," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis pelancaran Kempen Mencegah Penjualan Rokok Tidak Sah di pekarangan Masjid Kampung Kesang Luar, di sini hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah yang turut menyampaikan sumbangan kepada kira-kira 100 golongan miskin termasuk warga emas, ibu tunggal dan anak yatim.

Menurut Mohd. Nasir, kesemua rokok yang dirampas itu tidak sah kerana dibawa masuk ke negara ini tanpa mempunyai label setem, tidak membayar cukai dan tidak ada ciri keselamatan.

"Situasi ini amat membimbangkan pihak Kastam kerana telah mengakibatkan kehilangan hasil pendapatan cukai negara," tambahnya.

Menurut beliau, mereka terlibat boleh didakwa di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967 yang sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang 10 kali nilai rokok dirampas dan tidak lebih 20 kali nilai tersebut atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebanyak empat pesalah telah didakwa dan dijatuhi hukuman di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967.

"Ia termasuk salah seorang mereka telah didenda RM2.6 juta atau empat bulan penjara di Majistret Alor Gajah pada Oktober lalu," katanya.

Mohd. Nasir pada masa sama berkata, Kastam negeri itu telah membayar saguhati sebanyak RM184,711.60 kepada kepada pemberi maklumat sehingga membawa kepada penyitaan barangan belum lulus Kastam dalam tempoh berkenaan.

Menurutnya, daripada jumlah itu, seorang daripada pemberi maklumat menerima saguhati tertinggi iaitu sebanyak RM40,000.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Pameran Artifak Warisan tampilkan 2,000 artifak China dan Islam

Posted:

Pameran Artifak Warisan tampilkan 2,000 artifak China dan Islam

Pameran Artifak Warisan tampilkan 2,000 artifak China dan Islam


Khamis Abas (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari Sdn. Bhd., Nazary Ahmad (kiri) menunjukkan artifak yang dipamerkan pada Pameran Artifak Warisan - Islam dan Cina di Balai Sheikh Al-Hadi, Bastion House, Melaka, semalam. -BERNAMA


MELAKA 30 Dis. - Bagi pencinta sejarah, khususnya berkaitan tamadun China dan Islam, 'Pameran Artifak Warisan' yang kini berlangsung di Balai Sheikh Al-Hadi, Bastion House di sini adalah suatu yang harus dikunjungi.

Menampilkan 2,000 artifak termasuk yang tertua berusia antara 4,700 dan 2,900 tahun sebelum Masehi iaitu koleksi patung jed dari zaman Hongshanshou, pameran itu bermula sejak Selasa lepas dan berakhir 15 Jun depan.

Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Khamis Abas berkata, bagaimanapun hanya 300 artifak dipamerkan pada satu-satu masa.

"Kita gilirkan artifak sebulan sekali untuk dipamerkan," katanya pada sidang media mengenai pameran itu di sini hari ini.

Khamis berkata, turut dipamerkan ialah patung "terracotta" atau tanah liat yang dipercayai berusia 210 tahun sebelum Masehi iaitu semasa era Maharaja Qin Shi Huang.

Juga dipamerkan barangan porselin tinggalan Dinasti Ming (1368- 1644) dan barangan gangsa dari Dinasti Zhou yang berusia lebih 2,000 tahun, katanya.

Katanya, artifak itu dipinjamkan oleh sebuah keluarga dari Kuala Ketil, Kedah yang mewarisi kira-kira 8,000 artifak China dan Islam daripada nenek moyang mereka.

Bagaimanapun kata beliau, tidak semua artifak itu akan dipamerkan kerana faktor keselamatan.

"Antara artifak yang Perzim tidak dapat pamerkan ialah satu set cop mohor maharaja dari Dinasti Ming diperbuat daripada jed dan set itu bernilai AS$100 juta, serta artifak al-Quran yang diukir daripada emas bernilai AS$24 juta," katanya.

Pameran dibuka kepada pengunjung dari 9 pagi hingga 6 petang, manakala tiket dijual pada harga RM12 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.

Sementara itu mengulas isu berlainan, Khamis berkata, Perzim mensasarkan 800,000 orang mengunjungi 22 muzium kendaliannya.

"Semalam kita sudah capai 700,000 pengunjung untuk tahun ini. Setakat ini kita berjaya menambah kira-kira 15 peratus pengunjung setiap tahun," katanya. Tahun lepas muzium kendalian Perzim menerima 677,875 pengunjung yang mana Muzium Samudera mencatat jumlah teramai iaitu 367,522 pelawat.

Khamis berkata, Perzim juga akan melancarkan sebuah lagi muzium bertempat di Pulau Besar, pada 15 Jan ini.

Selain itu katanya, Perzim juga akan membangunkan Muzium Hang Tuah dan Rumah Lima Bersaudara menerusi projek Perkampungan Hang Tuah di Duyong.

Kedua-dua projek Perzim itu dijangka siap pada awal 2012, katanya. - BERNAMA

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Polis sedia hadapi pilihan raya umun, Sarawak serentak

Posted: 31 Dec 2010 12:30 AM PST

Mutakhir

KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PRDM) sentiasa dalam siap sedia termasuk menghadapi kemungkinan pilihan raya umum ke-13 dan pilihan raya negeri Sarawak diadakan serentak, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin Ismail hari ini.

Beliau berkata polis akan memastikan proses demokrasi berjalan dengan lancar dan pada masa yang sama menjaga keselamatan dan ketenteraman awam sekiranya perkara seumpama itu berlaku.

Katanya, polis Sarawak telah merangka perancangan rapi bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memastikan proses pilihan raya negeri akan datang berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. Polis membuat perancangan berdasarkan keperluan semasa seperti menambah keanggotaan, katanya kepada pemberita sempena lawatan kerja beliau ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini.

Ini lawatan kerja pertama Hussin ke Sarawak setelah dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara. Beliau pernah berkhidmat di Sarawak pada 1994 hingga 1996.

"Kita akan menghadapi sesuatu keadaan berdasarkan keperluan," katanya.
Penggal sekarang bagi para anggota Parlimen akan berakhir awal 2013 manakala pilihan raya negeri Sarawak perlu diadakan sebelum Julai 2011.
Sempena tahun baru, Hussin berkata PDRM akan mengemblengkan tenaga dan idea untuk menurunkan indeks jenayah di Sarawak dan pada masa yang sama meningkatkan keyakinan dan kepuasan masyarakat umum terhadap perkhidmatan pasukan polis.

Antara tumpuan yang akan diberikan di Sarawak pada tahun depan ialah pencegahan jenayah yang berkonsepkan kepolisan kemasyarakatan, katanya.

"Kita akan mengkaji semula dan berbincang dengan agensi-agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO), dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) untuk menambahbaik usaha mencegah jenayah pada tahun depan.

"Kami akan bekerja sebagai satu pasukan dan meneruskan perancangan, usaha dan strategi untuk mencapai matlamat iaitu menurunkan indeks jenayah dan meningkatkan keyakinan masyarakat," katanya. - BERNAMA


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kumpulan pelaksanaan bersama Malaysia-Singapura selesai mesyuarat akhir

Posted: 31 Dec 2010 12:17 AM PST

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Kumpulan Pelaksanaan Bersama Malaysia dan Singapura (MSJIT) selesai mengadakan mesyuarat keenam dan terakhir di republik pulau itu, menurut kenyataan Kementerian Luar hari ini.

Delegasi Malaysia ke mesyuarat dua hari itu yang tamat semalam, diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Mohd Radzi Abdul Rahman manakala Singapura pula diketuai oleh Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Luar, Bilahari Kausikan.

Kenyataan itu menyebut sejak mesyuarat pertama pada 26 dan 27 Julai tahun ini di Kuala Lumpur, MSJIT telah meneruskan tugasnya yang berkaitan dengan pelaksanaan Perkara-perkara Dipersetujui dan Pernyataan Bersama yang dicapai antara kedua-dua Perdana Menteri Malaysia dan Singapura pada 24 Mei dan 20 September. "Sebagaimana mandat yang diberi oleh kedua-dua Perdana Menteri dalam pernyataan bersama mereka, MSJIT telah mengemukakan draf Instrumen Bertulis kepada kerajaan kedua-dua pihak untuk pertimbangan dan kelulusan," menurut kenyataan itu. - BERNAMA
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Roboh 262 bilik pelacur

Posted: 30 Dec 2010 09:56 AM PST

KUALA LUMPUR: Walaupun sudah sembilan kali serbuan dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) termasuk meroboh bilik kecil yang disediakan untuk kegiatan pelacuran di 11 premis di Jalan Petaling dan Jalan Silang, di sini, tetapi pemiliknya berdegil dan menjalankan operasi seolah-olah kebal sebarang tindakan undang-undang.

Berikutan itu, anggota penguat kuasa DBKL sekali lagi meroboh bilik dalam premis itu dalam operasi khas, kira-kira jam 1 tengah hari semalam.


Timbalan Penguasa Bahagian Jabatan Keselamatan dan Penguat Kuasa DBKL, Tanda Usoh, berkata dalam operasi itu sebanyak 262 bilik kecil yang disekat menggunakan papan lapis di 11 premis terbabit dirobohkan.

Katanya, pihaknya sudah menjalankan operasi sama dan dalam operasi terbaru ini, pihaknya memberi notis kepada pemilik supaya tidak membina bilik dalam premis itu.


"Semua premis itu disyaki terbabit aktiviti tidak bermoral dengan menawarkan khidmat pelacur murah kepada pelanggan," katanya. Operasi itu diadakan dengan kerjasama lebih 156 anggota polis, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan Tenaga Nasional Bhd (TNB), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur.


Bekalan elektrik dan air ke premis berkenaan turut dipotong.

Tanda berkata, operasi berkenaan kali ke-10 diadakan di kawasan itu sejak 2008.


"Operasi ini selari arahan kementerian untuk memastikan bandar raya Kuala Lumpur selamat dan bersih.

"Tindakan seterusnya adalah memantau premis terbabit dengan meletakkan seorang pegawai dan lima anggota penguat kuasa bagi mengelakkan premis itu kembali beroperasi," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Guna air hujan untuk memasak

Posted: 30 Dec 2010 09:50 AM PST

SABAK BERNAM: "Kami menjadikan air hujan sebagai sumber utama untuk kegunaan harian termasuk memasak, mandi dan membasuh pakaian selepas bekalan air dipotong sebulan lalu," kata penerima sumbangan air percuma Program Air Percuma Untuk Golongan Memerlukan (Tabung Budi), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (Puncak Niaga).

Ibu tunggal lapan anak, Afzan Alias, 48, yang mempunyai tunggakan bil RM184.31 berkata, sudah dua kali bekalan air di rumahnya dipotong kerana tidak mampu membayar tunggakan ekoran kemiskinan hidup selepas suami tersayang, Mohd Hassim Saari, 60, meninggal dunia lima tahun lalu akibat paru-paru berair.


"Saya kini bergantung hidup kepada bantuan Pusat Zakat Selangor (PZS) RM200 sebulan dan duit itu juga digunakan untuk persekolahan tiga anak serta membeli keperluan harian.

"Kerana tidak cukup wang, saya tidak membayar bil selama empat bulan dan terpaksa merelakan bekalan air dipotong demi memberi sesuap nasi kepada anak-anak yang masih kecil," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Batu Dua Tebuk Pulai, di sini, semalam.


Dia antara tiga penerima air percuma Tabung Budi di Sabak Bernam, semalam. Dua lagi penerima, Kamsiah Bontak, 63, dan Omar Sulung, 55.


Mereka menerima 20 meter padu air percuma selama enam bulan daripada Syabas dan Puncak Niaga yang turut membantu menyambung semula bekalan serta menjelaskan tunggakan.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Bantuan banjir diteruskan

Posted:

Bantuan banjir diteruskan

Bantuan banjir diteruskan

Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my


Ahmad Bashah Md. Hanipah menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada sebahagian pelajar tahun satu yang akan memulakan sesi persekolahan pada Ahad minggu hadapan di Sekolah Kebangsaan Taman Uda, Alor Setar, semalam. - utusan/Kamal Basir


ALOR SETAR 30 Dis. - Mangsa-mangsa banjir pada awal bulan lalu diminta bersabar apabila melihat ada mangsa lain yang sudah menerima wang ihsan sebanyak RM500 setiap seorang kerana proses pengagihan masih lagi dijalankan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, pihaknya kini sedang mengagihkan wang ihsan tersebut kepada kira-kira 15,000 mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan semasa banjir itu.

"Kita bagi dahulu kepada mangsa yang tinggal di tempat pemindahan dan kemudian barulah kita akan beri wang ihsan tersebut kepada mangsa banjir lain.

"Saya minta mereka bersabar kerana jumlah semua mangsa yang terlibat menjangkau 32,000 dan saya beri jaminan bahawa semua mangsa yang telah berdaftar akan menerima wang yang telah dijanjikan oleh kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan beg sekolah kepada murid-murid darjah satu di Sekolah Kebangsaan Taman Uda di sini hari ini.

Menurutnya, setiap hari pihaknya menerima aduan daripada mangsa-mangsa banjir yang belum menerima wang ihsan tersebut.

"Wang berkenaan diberikan secara berperingkat-peringkat dan saya yakin wang itu akan selesai disalurkan kepada semua mangsa banjir pada Januari tahun depan.

"Kalau masih belum dipanggil, giliran mereka belum sampai dan jangan fikir yang buruk kepada kerajaan kerana wang tersebut akan tetap diberikan kepada mereka," jelasnya.

Tambah Ahmad Bashah, beliau juga menerima laporan bahawa masih ada mangsa banjir yang belum membuat pendaftaran dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Bagi mereka yang masih belum membuat laporan mereka boleh datang ke Pejabat UMNO Negeri pada bila-bila masa untuk mengisi borang yang diperlukan.

"Sehingga kini proses pemberian wang ihsan masih dijalankan secara berterusan di daerah-daerah yang dilanda banjir tersebut," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Puteri UMNO edar kalendar

Posted:

Puteri UMNO edar kalendar

Puteri UMNO edar kalendar

Oleh OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my


SHAHANIM Mohd. Yusof (dua dari kiri) mengedarkan kalendar takwim kepada orang ramai di Taman Patani Jaya, Sungai Petani, Kedah, semalam. - utusan/OPAT RATTANACHOT


SUNGAI PETANI 30 Dis. - Sempena sambutan tahun baru 2011, Puteri UMNO yang diketuai oleh Naib Ketuanya, Shahanim Mohd. Yusof mengagihkan lebih 10,000 kalendar kepada orang ramai di sekitar bandar ini, hari ini.

Shahanim bersama kira-kira 30 orang ahli pergerakan itu dan penyokong Barisan Nasional (BN) mengagihkan dua jenis kalendar iaitu takwim Islam dan kalendar masehi kepada pengguna jalan raya dan peniaga yang di sekitar Taman Patani Jaya, Jalan Ibrahim dan Taman Ria.

Menurut beliau, program yang diadakan itu merupakan salah satu cara pihaknya untuk mendekati masyarakat lebih-lebih lagi di kawasan yang dikuasai pembangkang.

Selain itu katanya, program yang dianjurkan buat pertama kali itu turut bertujuan menyuburkan lagi semangat perpaduan dan hubungan harmoni antara pelbagai kaum di negeri ini terutama dalam menghadapi cabaran pada tahun baru ini.

"Pengedaran kalendar takwim Islam adalah khusus untuk orang Islam bagi memudahkan mereka merujuk waktu sembahyang dan juga tarikh-tarikh penting dalam Islam sementara kalendar masehi pula dilengkapi dengan tarikh lunar bagi masyarakat Cina serta India.

"Agihan ini mendapat sambutan apabila lebih 10,000 kalendar habis diedar dalam tempoh dua jam," katanya di sini hari ini.

Shahanim yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani berkata, pihaknya bercadang meluaskan lagi pengedaran kalendar terbabit di kawasan luar bandar dalam tempoh terdekat.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan rasa yakin terhadap keupayaan gandingan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang baru, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah dan Timbalannya, Datuk Mukhriz Mahathir untuk merampas kembali Kedah daripada pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya, pada masa ini sokongan yang diberikan oleh rakyat termasuk kaum Cina, India serta Siam amat menggalakkan kerana mereka mampu menilai parti mana yang sebenarnya telah membela nasib rakyat.

"Kalau dibandingkan dengan pilihan raya umum lalu, kali ini senarionya amat berbeza dan kita percaya BN boleh menang serta rampas kembali Kedah daripada Pas," jelasnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Wilayah

Berita Harian: Wilayah


Johor: Bimbang udara tercemar

Posted: 30 Dec 2010 12:22 PM PST

Wilayah

PEMANDANGAN sekitar Kampung Bahagia, Felda Taib Andak ketika asap dari kilang kelapa sawit dilepaskan.

PEMANDANGAN sekitar Kampung Bahagia, Felda Taib Andak ketika asap dari kilang kelapa sawit dilepaskan.

Kilang kelapa sawit lepaskan asap hingga berjerebu

KULAIJAYA: Penduduk Kampung Bahagia, Felda Taib Andak, di sini mula bimbang dengan masalah pencemaran udara yang melanda kampung mereka.

Masalah itu mula serius sejak setahun lalu apabila kilang kelapa sawit berdekatan kampung itu melepaskan asap hingga mengakibatkan kawasan itu berjerebu. Penduduk mendakwa, kilang berkenaan biasanya melepaskan asap putih ke udara pada waktu tengah hari dan dan asap hitam pada waktu malam.

Berikutan itu, ramai penduduk kampung mula berasa bimbang kejadian asap hitam menyelubungi ruang udara perkampungan mereka lebih 10 tahun lepas akan berulang kembali.

Penduduk, Mohd Salleh Amin, 47, berkata masalah pencemaran udara akibat pelepasan asap kilang bertambah serius sejak akhir-akhir ini.
Katanya, kali terakhir penduduk terpaksa berhadapan dengan masalah yang sama ialah kira-kira tiga tahun lalu.
"Saya perhatikan, asap hitam akan dilepaskan pada waktu tertentu terutama tengah malam ketika penduduk sudah lena tidur.

"Walaupun keadaan tidak seteruk dulu tetapi kami di sini khuatir dengan kesihatan penduduk terutama golongan tua serta kanak-kanak yang mudah dihinggapi penyakit.

"Saya minta pihak pengurusan kilang mencari jalan terbaik bagi mengatasi masalah ini kerana ia boleh mengakibatkan kejadian yang lebih buruk berlaku, " katanya.

Katanya, ada warga tua mengadu sukar untuk bernafas sehingga ada antara mereka menghidap penyakit lelah dipercayai kesan daripada pencemaran udara di kampung berkenaan.

Ketua UMNO Cawangan Kampung Bahagia, Zulkipli Sulaiman berkata, beliau diberitahu pihak pengurusan kilang membelanjakan RM12 juta untuk menjalankan penambahbaikan namun masalah sama terus berulang.

Katanya, masalah asap hitam berkenaan timbul apabila proses pembakaran gentian dan tempurung dalam campuran secara rawak bagi digunakan sebagai bahan api pepejal untuk dandang pengewapan.

Beliau berkata, akibat penggunaan teknologi usang yang tidak lagi sesuai dengan peredaran zaman, ia mengakibatkan pelepasan gas karbon monoksida berlaku secara berleluasa akibat proses pembakaran tidak sempurna.

"Waktu ini proses pembakaran masih menggunakan kaedah lama hingga mengakibatkan masalah ini tidak selesai.

"Pihak pengurusan kilang perlu menjalankan inovasi pengilangan mesra alam dan berupaya mengawal pelepasan asap dan partikel lain bagi mengatasi masalah pencemaran alam," katanya.

Katanya, teknologi baru berkenaan relevan kerana ia dapat mengurangkan pelepasan gas rumah hijau yang mengancam alam sekitar.

"Selain itu, saya menyarankan kurangkan pembakaran secara manual di dandang kerana ia boleh mengurangkan asap hitam berlebihan," katanya.

Katanya, jika masalah berkenaan tidak diatasi dengan segera, penduduk kampung serta kawasan sekitar pasti menanggung akibat yang lebih buruk.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


PM: Teruskan sokongan

Posted:

PM: Teruskan sokongan

PM: Teruskan sokongan


SKUAD bola sepak negara menerima sambutan 'wira negara' sejurus tiba di KLIA, Sepang dari Jakarta, semalam.


KUALA LUMPUR 30 Dis. – Pelbagai pihak menyatakan rasa bangga ekoran kejayaan skuad bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF mengalahkan Indonesia kelmarin.

Ekoran kejayaan tersebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat terus menyokong skuad bola sepak negara kerana pemain telah mempamerkan disiplin, kerja berpasukan dan kegigihan, sehingga muncul juara kejohanan tersebut.

Di Indonesia pula, media negara itu menasihati skuad mereka agar mengambil pengajaran daripada kejayaan Malaysia, dengan tajuk muka depan akhbar Kompas menyiarkan laporan Jangan Malu Untuk Belajar.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menghargai kejayaan tersebut juga memaklumkan bahawa pemain negara akan menerima ganjaran khas, yang akan diumumkan oleh Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah apabila baginda kembali dari luar negara, Isnin ini.

Pengurus pasukan, Datuk Subahan Kamal pula menyarankan anugerah khas diberikan kepada jurulatih K. Rajagobal atas jasanya menerajui skuad Harimau Malaya sehingga berjaya menjulang Piala Suzuki AFF yang diidamkan selama 14 tahun.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Pencapaian besar bola sepak Malaysia

Posted:

Pencapaian besar bola sepak Malaysia

Pencapaian besar bola sepak Malaysia

Oleh NIZAM YATIM
nizam.yatim@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 30 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat supaya terus bersama-sama menyokong ahli sukan negara dengan rasa bangga.

Perdana Menteri berkata, sokongan itu bukan sahaja pada waktu ahli sukan berkenaan mencapai kemenangan tetapi ketika mereka berhadapan dengan kekecewaan.

"Kita harus terus menyokong ahli sukan negara, baik lelaki mahupun wanita ketika mereka sangat-sangat memerlukan sokongan," katanya dalam entri terbaru bertajuk Syabas Harimau Malaysia dalam blognya www.1malaysia.com.my hari ini.

Beliau mengulas kejayaan pasukan bola sepak Malaysia menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2 pada perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta semalam, sekali gus mengakhiri penantian negara selama 14 tahun untuk memenangi piala itu.

Dalam pada itu, Najib menyifatkan tahun ini begitu sukar dilupakan bagi sukan Malaysia berikutan kejayaan yang begitu sukar dicapai dalam permainan bola sepak.

"Kita juga telah menikmati beberapa kejayaan penting dalam bidang sukan pada tahun ini termasuk pencapaian cemerlang dalam Sukan Komanwel di New Delhi dan Sukan Asia di Guangzhou," katanya.

Mengulas kejayaan pasukan bola sepak negara, beliau berkata, semangat 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan telah dipamerkan dengan penuh kebanggaan oleh semua pihak.

"Ia bukan sahaja dipamerkan oleh para pemain di gelanggang, malah oleh jutaan penyokong yang telah memberikan sorakan semangat untuk pasukan Malaysia menempa kejayaan," katanya.

Menurut Najib, pada 12 hari lalu, beliau turut berkesempatan meluangkan masa duduk bersama-sama rakyat di Jalan Bukit Bintang di sini untuk menonton pasukan Malaysia menentang Vietnam.

"Ketika itu saya yang bukan hanya sebagai Perdana Menteri, tetapi juga seorang peminat sukan tersebut merasakan bahawa kita akan menyaksikan satu pencapaian dan perubahan besar kepada bola sepak Malaysia.

"Ini telah disahkan oleh barisan pemain muda, pasukan bola sepak Malaysia malam tadi, yang kini juara Piala Suzuki.

"Pemain-pemain kita telah mempamerkan bahawa disiplin, kerja berpasukan dan kegigihan merupakan ramuan untuk mencapai kejayaan.

"Jika kita terus berusaha berteraskan semua nilai ini, kita mampu melonjakkan bola sepak Malaysia ke tahap yang lebih tinggi," ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib berharap rakyat akan bergembira menikmati cuti umum esok.

"Ini untuk meraikan kejayaan kita dan seterusnya menyambut ketibaan tahun baru yang diharapkan akan lebih berjaya," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.