Isnin, 22 Julai 2013

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


PRK Kuala Besut: Wanita jangan ambil mudah kewajipan

Posted: 22 Jul 2013 07:22 PM PDT

BESUT 23 Julai - Wanita diseru agar tidak mengambil mudah dalam soal menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi Rabu ini bagi memastikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut kekal di bawah Barisan Nasional (BN).

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, walaupun telah memberi kemenangan kepada BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, mereka perlu keluar untuk mengundi sekali lagi.

"Ini bagi memastikan BN kekal menerajui negeri ini dan kerajaan BN yang memerintah kembali kukuh dan dapat merencanakan usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat dengan lebih berkesan secara berterusan.

"Mereka perlu menunjukkan sokongan lebih kukuh,'' ujar beliau

kepada pemberita pada Mjlias Ramah Mesra Bersama Media di sini malam tadi.

Katanya, jumlah pengundi wanita yang dianggarkan hampir separuh daripada keseluruhan pengundi berdaftar, wajar mencorakkan kerajaan dan masa depan yang mereka impikan.

"Wanita adalah antara golongan penting yang menjadi penentu hala tuju pembangunan rakyat dan negara, oleh itu saya berharap pengundi dapat membuat keputusan bijak dan memilih kerajaan yang mampu memberikan keselesaan, keamanan dan pembangunan untuk rakyat.

"Saya merayu agar mereka membuat keputusan untuk meletakkan jaminan kestabilan, keamanan, kesejahteraan dan persekitaran hidup yang harmoni dan selesa. Apa yang lebih penting ialah kesinambungan dan jaminan masa depan yang lebih baik dan meyakinkan kita semua," katanya. - UTUSAN ONLINE

PRK Kuala Besut: Dewan ulama mahu Hadi pimpin negeri

Posted: 22 Jul 2013 07:20 PM PDT

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB

BESUT 23 Julai - Dewan Ulama Pas mahu parti itu menerajui Terengganu dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kembali menduduki kerusi Menteri Besar jika pembangkang berjaya menyamakan jumlah kerusi dengan Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Setiausahanya, Dr. Khairuddin Aman Razali berkata, Abdul Hadi layak diangkat semula ke jawatan yang pernah disandangnya pada tahun 1999 jika ditakdirkan Pas menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

"Beliau pernahh menjadi Menteri Besar, jadi apabila Pas berjaya dapat 16:16, kita lantik semula beliau menjadi Menteri Besar," katanya ketika berceramah di Kampung Tok Saboh di sini, malam tadi.

Jumaat lalu, Abdul Hadi dalam satu majlis ceramah membayangkan bahawa beliau tidak berminat untuk merebut jawatan Menteri Besar jika Pas berjaya memenangi PRK Rabu ini.

PRK yang pertama selepas PRU-13 diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar daripada BN akibat masalah paru-paru pada 26 Jun lalu.

Kali ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan calon Pas, Endut @ Azlan Yusof.

Abdul Hadi mengulangi kenyataan Naib Presiden parti itu, Datuk Husam Musa

bahawa Pas bersedia memberi laluan kepada BN untuk berkuasa di negeri ini walaupun jumlah kerusi sama banyak bagi memastikan pemerintahan dapat berjalan mengikut kehendak rakyat.

Beliau menjadi Menteri Besar selama satu penggal antara 1999 dan 2004 sebelum BN kembali merampas negeri itu pada PRU 2004. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan