Selasa, 9 Julai 2013

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Mahkamah Pilihan Raya tolak petisyen dan bantahan awal Pas

Posted: 09 Jul 2013 10:24 PM PDT

KOTA BHARU 10 Julai - Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak petisyen yang difailkan oleh Pas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising.

Pada masa yang sama, mahkamah juga menolak bantahan awal Pas

dan menerima tiga petisyen yang difailkan oleh Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Bachok dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat dan Gaal.

Keputusan tersebut oleh Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim selepas mendengar hujah daripada kedua-dua belah pihak. - BERNAMA

Dakwat kekal akan dicelup bukan dicalit pada PRK Besut

Posted: 09 Jul 2013 10:18 PM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Julai - Pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Besut perlu mencelup jari telunjuk kiri ke dalam dakwat kekal yang disediakan pada hari mengundi dan tidak lagi sekadar dicalit oleh pegawai bertugas seperti yang dilakukan pada pilihan raya umum lepas.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof dalam kenyataan mengulangi bahawa penggunaan dakwat kekal merupakan prosedur tambahan pengundian bagi mengelak sebarang percubaan mengundi dua kali oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Kali ini dakwat kekal akan digunakan pada hari pengundian awal 20 Julai dan pengundian biasa PRK Kuala Besut pada 24 Julai. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan