Harian Metro: Setempat |
Posted: 08 Jun 2011 12:57 PM PDT KAJANG: Samun dan bakar rumah dipercayai antara taktik terbaru digunakan penjenayah bagi menghilangkan kesan serta bukti kegiatan pecah rumah yang dilakukan mereka. Bagaimanapun, taktik terbabit hampir meragut nyawa empat beranak termasuk seorang kanak-kanak lelaki kurang upaya (OKU) apabila rumah mereka dibakar ketika tidur nyenyak dalam kejadian Ahad lalu.
Mangsa, Mahani Hashim, 33, berkata dia bersama suami, Mohd Asron Nizar Othman, 35, panik dengan kejadian itu dan bagi menyelamatkan diri dan dua anak termasuk anak bongsu yang juga OKU, Mohd Mualim, 3, mereka terpaksa terjun dari tingkap sebelum disambut penduduk kampung yang sedar kejadian itu.
Difahamkan, sejak awal tahun ini, empat kes dilaporkan dipercayai menggunakan taktik sama di tiga lokasi berlainan iaitu Taman Desa Mewah, Taman Tasik Semenyih dan Sungai Kantan, Kajang.
|
Hilang lepas jumpa lelaki Bangladesh Posted: 08 Jun 2011 12:52 PM PDT KUALA LUMPUR: "Saya bimbang dengan keselamatan bapa yang gagal ditemui sehingga kini selepas keluar rumah berjumpa seorang lelaki warga Bangladesh pada 10 Mei lalu atas urusan kerja," kata Tey Chin Soon, berhubung kehilangan bapanya, Tey Yu Hing, 59. Chin Soon, 26, berkata bapanya yang bekerja sebagai ejen hartanah sejak lima tahun lalu berkenalan dengan seorang lelaki Bangladesh ketika berurusan mencari rumah sewa di Taman Pasir Gudang, Johor.
"Bagaimanapun, pada 10 Mei lalu, bapa saya keluar rumah kira-kira jam 9 pagi dengan memandu Proton Persona untuk berjumpa lelaki itu dan sehingga kini masih tidak pulang," katanya pada sidang media di Wisma MCA, di sini, semalam.
"Pada mulanya kami tidak mengesyaki apa-apa sehingga bapa tidak pulang ke rumah," katanya.
"Saya juga melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah stesen minyak dan mendapati pada jam 9.12 pagi bapa masih kelihatan di situ.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan