Khamis, 9 Jun 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Isu bahasa: DBP, IPT dan agensi bahasa perlu adakan pertemuan

Posted: 09 Jun 2011 03:00 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta serta agensi bahasa perlu mengadakan perjumpaan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi mengkaji isu penggunaan bahasa pesanan khidmat ringkas (SMS) dalam penulisan karangan dan tesis.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zakarshi, berkata ia bagi mencapai kata sepakat sama ada bahasa singkatan patut dibenarkan dan mengeluarkan garis panduan berkenaan jika perlu.

Katanya, ia juga akan mencari jalan penyelesaian supaya pelajar sekolah dan IPT tidak menggunakan bahasa terlarang dalam penulisan termasuk tata bahasa serta kosa kata terutama dalam peperiksaan yang boleh menjejaskan markah peperiksaan. "Isu bahasa singkatan yang digunakan dalam peperiksaan adalah satu kesan negatif dan ia mampu mencemarkan kemurnian bahasa Melayu itu sendiri.

"Selepas mengadakan perjumpaan bersama agensi bahasa dan badan kerajaan, DBP boleh mengeluarkan satu garis panduan terkini yang mana boleh mengelak pelajar atau anak muda daripada menggunakan bahasa SMS atau bahasa singkat dalam pembelajaran terutama bahasa Melayu," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan Anugerah Pelajar Cemerlang (APC) Berita Harian 2010 di Balai Berita di sini, hari ini.

Seramai 18 pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerima anugerah pada majlis itu.

Hadir sama Pengarang Urusan Kumpulan New Straits Times Press (NSTP), Datuk Zainul Ariffin Mohammed Isa; Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid; Pengarang Eksekutif (berita) , Norhayati Md Said; Pengarang Eksekutif Rencana Berita Harian Sdn Bhd, Zainor Said dan Pengarang Pendidikan Berita Harian, Muhd Yusuf Abu Bakar.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rasuah bola: Ahli perniagaan direman

Posted: 09 Jun 2011 02:53 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]KUALA TERENGGANU: Seorang ahli perniagaan berusia 51 tahun direman empat hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung kes rasuah dan mengatur perlawanan membabitkan Piala Liga Presiden T-Team tahun lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan