Khamis, 9 Jun 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


EKSKLUSIF: Projek mega telus

Posted: 08 Jun 2011 03:16 PM PDT

kewangan negara sedang tenat, rakyat marhaen tiada tempat mengadu.Kerja tukang sapu gaji RM450-500 sebulan.Hidup tertekan.Projek mega makin banyak.Tak cukup duit naikkan cukai, rakyat makin menderita.Makin besar projek, makin besar tiris. Harap SPRM pastikan tiada ketirisan. Kesian rakyat terpaksa tanggung beban semua ni. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pekerja Vietnam, Bangladesh bergaduh rebut wanita

Posted: 08 Jun 2011 03:13 PM PDT

BANDAR BARU NILAI: Hanya kerana seorang wanita, lebih 200 pekerja lelaki warga Vietnam dan Bangladesh bertempur mengakibatkan 23 cedera dalam pergaduhan di asrama sebuah kilang tekstil di Taman Semarak di sini, malam kelmarin.

Mereka yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) dan tiga dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, dua kumpulan terbabit yang saling melakukan provokasi bertempur menggunakan kayu, besi dan membaling batu di dalam kawasan asrama yang terletak kira-kira 300 meter dari kawasan rumah penduduk.

Bagaimanapun, tindakan pantas 150 pegawai dan anggota polis termasuk dua pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berjaya meleraikan pergaduhan itu.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Abd Manan Mhd Hassan, berkata pergaduhan itu dipercayai berpunca daripada tindakan seorang pekerja Bangladesh yang cuba memikat wanita Vietnam ketika bekerja syif malam Isnin lalu.

"Wanita itu mengadu kepada teman lelakinya yang juga warga Vietnam bekerja di kilang sama yang kemudian membawa beberapa rakan senegara membelasah lelaki Bangladesh terbabit sekali gus mencetuskan ketegangan antara dua kumpulan itu," katanya di sini, semalam.

Berikutan itu, berlaku pergaduhan kecil di kilang tekstil di Kawasan Perindustrian Nilai itu sebelum melarat ke asrama yang terletak kira-kira dua kilometer dari kilang.
Katanya, polis juga berjaya menghalang lebih 500 pekerja Bangladesh yang berarak dari kilang untuk menyerbu asrama pekerja Vietnam dan menenangkan mereka sebelum mengiringi mereka pulang ke blok asrama masing-masing.

Abd Manan berkata, polis berjaya menenangkan kedua-dua kumpulan itu kira-kira lapan jam kemudian, tetapi terpaksa menempatkan 150 pegawai dan anggota termasuk satu pasukan FRU sebagai langkah berjaga-jaga di kawasan asrama itu hingga keadaan benar-benar selamat.

"Hari ini (semalam) kita akan membuat pemeriksaan di semua bilik pekerja di asrama untuk memastikan mereka tidak menyimpan senjata atau benda terlarang sebagai langkah berjaga-jaga.

"Polis belum membuat sebarang tangkapan dan sedang menyiasat lanjut kes ini mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya yang menasihatkan pengurusan kilang menghentikan operasi kilang itu selama sehari.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Untuk jebon

laa.. jebon buat apa ko nak bantai bangla tue.., dia bkn buat apa pun.. ngorat awek ko jer...klu awek ko x layan lama2 dia pun dah x ngorat dah.. benda kecik nak besar2kan buat apa.. be rational lah.. awek vietnam tue yg lebih2 budget hot.. x pyh lah nak layan klu di ngorat nih mesti tergedik nak ngadu lah.. konon2 nya hot lah tue ada org ngorat..

pretender

tangakp je semua pendatang tu.. hntar balik negara diorg.. habis cite..

farahliza

ini bukan budaya kite. Orang luar datang sini macam2 hal jadi. Bunuh, dera, dengki khianat dah jadi perkara biasa. Campak bayi dari bangunan pun da macam xjadi hal. Kite sekarang hidup dalam zaman moden jahiliah.

zulfikar

Setuju ngan pak lang, alyjpn dan hani. tapi yang lebih penting...., lawa sangat ke awek tu sampai orang gaduh2. Ratu cantek ke ke apa? kalau 5 atau 10 orang gaduh takpe, 200 lebih tuu..... KOMPOM MODEL lah awek tu...

yusop

pak...kami cari makan saja kat sini. Nggak suka gaduh2

esma

Jangan hantar balik mereka, sapa yang nak buat kerja ni nanti. Nak harapkan orang tempatan banyak pemalas... hari-hari duduk lepak cerita pasal senario politik negara ini yang tak kesudahan. Hidup nak membangkang saja dan selalu menyalahkan kerajaan . Kalau kilang ni tutup kerajaan akan rugi dari pendapatan cukai yang berjuta ringgit. Duit tu lah yang bagi subsidi pada mereka yang tak pernah berterima kasih..renungkanlah...

duzza

Kadang kadang kita pong tak faham macamana mereka ni mudah sangat masuk kat Malysia ni. Dah lah tu nak jadi samseng pulak. Hantar balik je abis cerite

jebon

setuju dgn hani, tp kalau pikir sudut positif, tak de pendatang asing, alamatnye negara kita lebih mundur dari negara diorang. tapi kalau aku jadi orang vietnam tu, mau 3 bulan mamat bangla tu koma.

niki

pemuda/lelaki dr Lombok.. xcampur ke..?

alyjpn

Jangan menudung jari pada orang kita.. salahkan pemilik kilang... nak cepat kaya ambil orang luar bekarja disini.. keluarkan iklan jawatan kosong, buaT syarat je.. untuk kaburkan mata kerajaan.. lepastu buat surat rayuan kononnya sukar untuk mendapat pekerja tempatan.. ini berlaku disemua tempat dimalaysia.. kerana mendapat khidmat orang luar lebih mudah macam kerbau dicucuk hidung. boleh bayar gaji sesuka hati.. orang tempatan perlu gaji yang tinggi tapi orang luar tak kisah semua tu sebab dinegara mereka nak dapat rm5 sehari pun susah. pihak yang bertanggungjawab perlu lebih ketatkan syarat kemasukan pekerja asing.

lan

dtg negara orng nak gaduh2 ,,x reti nak hormat pada negara ini..sedar la diri...

iqbal khan

tangkap dan penjarakan mereka yang mencetuskan pergaduhan,untuk iktibar pada yang lain...ini negara kita,mereka mesti mematuhi undang-undang negara kita dan menghormati budaya malaysia.

anggun

bilangan warga asing terlalu ramai.. kadang-kadang sy berasa berada di negara lain.. huhu..

gery jee asong

klu blh hantar warga asing ke negara mereka
lagi senang.

KAK MAH

ORG KITA RAMAI YANG TAK ADA KEJA,DUK LEPAK MERATA.TAUKEH2 NAK KAUT KEUNTUNGAN DENGAN MEMBERI GAJI MURAH KEPADA PENDATANG.KALAU KAT WARGANEGARA TAK BOLEHLAH NAK BAYAR MURAH.KENALAH PADAN DENGAN GAJI SEMASA.HAH SEKARANG TERIMA AKIBATNYA.

mokhtar

to hani..
isk..isk..isk...x sesuai....
saya ni bekas pekerja kilang biskut yang terkenal..
bukan saya tak nak bekerja kilang,tapi diberhentikan kerana nak kurangkan pekerja...
dan tiada seorang pon pekerja asing (bangladesh) yang diberhentikan...hanya pekerja tempatan yg bergaji sederhana diberhentikan..jangan nilai sesuka hati...hati saya sakit dan geram bila baca kenyataan hani...

Hani

Salahnya orang kita juga, tak suka nak kerja kat kilang, lebih suka melepak, jadi terpaksa ambil orang luar. Kita kena perbetulkan masyarakat kita yang seakan-akan hilang jati diri, lebih rela membiarkan orang asing mencurah keringat untuk negara kita. Hasilnya inilah masalah yang kita tanggung, jangan nak serahkan kat kerajaan aje, apa peranan kita sebagai warganegara? Apa kita boleh buat untuk negara kita?

zargon

tulah bagi muka kat dia orang,sekarang padan muka kita.mana nok sorok muka. he.he.

ajoi

tutup aje kilang tu kalau mmg mendatangkan masalah serta menggugat keselamatan penduduk tempatan...

MAHAT

Sekarang sekadar amalan negara kebajikan dan banyak mendtangkan masalah tetapi masih boleh dikawal,tetapi kalau dijadikan dasar pemerintah negara kebajikan akan serah negara kepada orang luar secara sukarela kerana kebajikan ajaran agama yang disalah tafsirkan

parameswara

erm...entah laa...orang kter sebenarnyer ramai yang nak kejer..antar jer la blik..wat habis beras n gula subsidi jer..

payid30

saya harap pihak berwajib mengambil tindakan yang tegas termasuk menghantar pulang mereka yang bermasalah kerana ia mengacam ketenteraman penduduk sekitar dan awam, saya lihat di nilai n9 terlampau banyak warga asing berbanding penduduk tempatan terutama sekali bila berjalan ke pasar malam,pekan nilai lama, taman semarak dan desa cempaka, ini akan menimbulkan ketakutan kepada penduduk setempat. saya harap pihak berwajib faham dan peka akan masalah ini dan tindakan susulan harus diambil agar keselamatan penduduk sekitar terjamin selamat dan bebas.....jangan biarkan warga asing taburkan arang negara bertuah kita ini..jangan biarkan hidup kita terasing di negara sendiri kerana terlampau manjakan warga asing...sudahnya mereka makan seafood kita makan ikan masin la jawapnya...renung renungkan lah..........

Lenny Azlin

Rasanya macam tak selamat lagi duduk di Taman Semarak. Tambahan pula ada sekolah rendah betul-betul depan hostel berkenaan. Mujur sekarang cuti sekolah. Apa perasaan mereka bila melihat ramai polis dan fru di situ.

Keton negara

warga asing ni tak pernah rasa berterima kasih kpd malaysia. Dah la mewah kerja di malaysia ni, malah lebih kaya dan siap ada banglo lagi kat kampung diorang.

nurul haizam

syer cadang kan warga asing ni di hantar pulang ke negara dia lik.....supaya tidak berlaku nyer rusuhan ni g...itu saje terima kasih......

wanjeff

wanita mana yg malang sangat tu woooiii...semangat petriotik dia orng ini boleh tahan jugak ya...

mei_mei246

rakyat malaysia kena tanggung kos hidup yg tinggi dgn harga tenaga yg mahal dan bayar cukai lagi tetepi warga asing yg tidak berkerja ditempatkan di depo tahanan yg makanannya ditanggung oleh warga Malaysia.. hidup Malaysia... negara prihatin....

hizam75

sib baik dia kacau wanita vietnam.kalau dia kacau wanita tempatan.lagi la huru hara.
harap pihak berwajib dapat tangani masalah ini dengan segera.keruntuhan moral mereka lebih teruk dari negara kita.

yunos hamzah

Masalah pergaduhan pekerja asing tu boleh diatasi dengan membenarkan isteri pekerja itu bercuti dimalaysia dan ditempatkan diasrama suami mereka bekerja selama seminggu dua,Ok tak.

Kejadian ini sudah kerap kali berlaku. bahkan bertahun-tahun lamanya. Tindakan kerajaan yang tidak bersungguh-sungguh menangani masalah pendatang asing. Rakyat malaysia hidup dalam ketakutan khususnya dibandar-bandar besar. Kurangkalah Warga Asing .rakyat sudah mula naik bosan dan mungkin boleh menjejas BN pada pru 13 nanti.

christ

alaaa ni problem 3 pihak lh.. jangan pula yang lain tu masuk campur...biarlah pompuan,teman lelaki dan lelaki yang cuba mengurat pompuan ni settel kan problen dorang sendiri....

skivaar

saya sokong dengan cadangan s.hajar mana-mana pekerja asing yang membuat kesalahan nama mereka perlu disenarai hitamkan dan dilarang memasuki negara.

shah

apala diorg nih,buat mlysia mcm negra sendri..mlysia xska2 gduh2 tau!phak bwajib hrus ambil tndakan tegas,jgn hya nk bertegas dgn rkyt sndri aje..pntg asing kna la lbh tgs..jagn la dh terhantuk br trengadah..kta ada hak utk hntr mrka blik

zaharah_paan

kami sebagai rakyat Malaysia memang dah muak dengan gelagat pekerja asing dan PTI ini. Tak tahulah nasib anak cucu 10 tahun akan datang. Mereka dah sama banyak dengan rakyat Malaysia sendiri terutama dengan Bangsa Melayu. Apakah pihak pemerintah tidak nampak atau sedar?

zaharah_paan

kami sebagai rakyat Malaysia memang dah muak dengan gelagat pekerja asing dan PTI ini. Tak tahulah nasib anak cucu 10 tahun akan datang. Mereka dah sama banyak dengan rakyat Malaysia sendiri terutama dengan Bangsa Melayu. Apakah pihak pemerintah tidak nampak atau sedar?

Pak Lang

Kita renungkan bersama kenapa warga asing ramai bekerja di negara kita...? Puncanya ramai peluang pekerjaan di negara kita. Tetapi rakyat malaysia yang enggan mengisi kekosongan pekerjaan tersebut. Memilih pekerjaan. Remaja di Malaysia lebih berminat menjadi Mat Rempit, Bohsia,..... Suka mencari duit dengan cara yg mudah... Akhirnya bila warga asing ramai di Malaysia, salahkan Kerajaan. Tahukah semua, salah satu punca utama peningkatkan kos barangan adalah berpunca dari kos mengaji dan membawa pekerja warga asing. So... Bila harga barang dinaikkan, semua tunding jari kepada kerajaan. Akan tetapi peranan masyarakat sendiri tidak dilaksanakan... Lu pikir la sendiri...

radin am

aku setuju dengan komen rakyat malaysia..
aku harap pihak kerajaan buat undang-undang baru supaya warga asing tak dibenarkan berkerja di negara kita.diaorang lah merosakan keamanan negara kita.
hidup warganegara malaysia,hapuskan warga asing...

suhaimi

Pihak berkuasa perlu ambil tindakan tegas keatas semua pekerja kedua-dua negara ini,hantar pulang mereka semua dan larang kemasukan mereka ke Malaysia di masa akan datang.Untuk pengajaran kepada pendatang-pendatang agar menghormati undang-undang Malaysia.

rakyat malaysia

diharap semua pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap bangsa asing yang semakin hilang rasa hormat pada penduduk setempat. Harap pihak kerajaan sudah dapat membekukan pengambilan pendatang asing datang ke Malaysia.

lunabella

susah-susah, hantar jak semua balik tempat sendiri..biar malaysia ni 'CLEAR' dari pendatang yg suka membuat huru hara...

aziz_naemah@yahoo.com

hantar balik je asyik buat kacau kat negara kita je mcm negara kita x ada undang2

izura

kdg2 pelik mcm mane mrk boleh senang dpt keje kt negara nie

siti hawa

hidup kita skrg bertambah bimbang dgn kehadiran p/asing yg maharajalela yg tidak menghormati undang2 negara malaysia yg sebelum ini aman damai tanpa p/asing, cuba renungkan pemandu bas express indonesia yg cuba merogol penumpang dlm bas, salah siapa...mari kita renungkan bgmana wawasan 2020 nanti

Empty

UsiR Je merekA NIE...SEMAK LA RAMAI2 KAT MALAYSIA NI...JENAYAH MENINGKAT

Har

Harus diperketatkan undang-undang negara agar kedatangan pendatang tanpa izin dapat dibanteras...Pelbagai masalah yang timbul akibat penularan kebanjiran pendatang tanpa izin ini...

affieq shamsul

malaysia ni tempat cari makan bukan tempat nak tujuk samseng!!!

adzharkojack

bayangkan lg 20 30 tahun akan datang klu kita terlalu bergantung dgn pekerja asing... silap ari bulan merusuh plak nak taraf warganegara.....

cek mat parang tumpul

tolong la...tolong la..rakyat malaysia ramai lagi yang memerlukan kerja kenapa warga asing jugak yang di ambil..na sekarang tengok la akibat nya..jgn jd mcm palestin yang d kuasai oleh israel...1 hari nti baru nak sedar tp suda terlambat....renung2 kn dan selamat beramal...

aziz_naemah@yahoo.com

kami penduduk yg berhampiran dgn asrama pekerja kilang,merasa takut dgn pegaduhan ini harap pihak yg berwajib dapat mengambil tindakan yg sewajarnya.....

abh

Bangsa Bangla ni, memang dah terkenal dengan perangai 'hidung belang'. Orang tempatan sendiri kena lebih berhati-hati dengan mereka.

khairulafiq

Melampau dorang ni. buat negara kita macam negara dorang plak.sukati wat undang2 sendiri. apa tindakan kerajaan kita selepas tragedi ni?

linnda

dia org ni memang suka membawa masalah...kena tegas dan ade kuata utk membawa mrk bekerja di sini.

Muhammad Azwan

Salam,
Rakyat sangat tertekan dengan jutaan warga asing dalam negara sekarang ini. Tapi sekuat mana suara rakyat pun jika taukeh-taukeh perniagaan ini berjaya memujuk kerajaan atas dasar kemajuan ekonomi, pekerja asing tetap akan memenuhi negara ini. Adakah kerajaan mengutamakan pihak lain dari rakyat jelata sendiri? kos kerosakan sosial adalah lebih besar dari keuntungan ekonomi akibat memilih dasar pekerja asing ini. JANGAN WARISKAN NEGARA YANG CACAMARBA DENGAN KEROSAKAN SOSIAL KEPADA GENERASI ANAK CUCU KITA!
Fikir-fikirkanlah wahai pemimpin yang memerintah negera.

terang

FRU tak bawa water canon ke untuk surai pegaduhan.kalau demo pasti dah kena.

zikri

mereka memang berani,kalau warganegara malaysia buat demotrasi kalau tak kena tembak kena tahan masuk lokap sudah tentu saya tak tahu kerajaan malaysia secara halus terus menzalim rakyatnya sendiri.sekarang ini rakyat asing semakin ramai dan mereka semakin berani sebad budaya inilah yang ada didalam negara mereka sendiri, mukin akan sampai suatu masa nanti mereka tak mahu balik lagi kenegara sal mereka,bila mereka dah ramai mereka demotrasi untuk hak sama seperti warganegara malaysia, masa tu sudah terlambat untuk kerajaan malaysia bertindak.kerana warganegara asing bukan lagi minority tetapi sudah menjadi manjority ramai.

rohana bt. taib.

selalu jadi gaduh pasal perempuan.ketingalan zamanlah. itulah jadinya jika nafsu menguasai fikiran. rugi.

Tarunasalam

Halau balik negara asal, menyusahkan negara kita ge, kenapa begitu ramai orang asing di malaysia apa malaysia ni tempat pendatang haram ke

Khamisah Sulaiman

Inilah akibatnya penguatkuasaan yang rapuh di pihak kita sendiri. Undang-undang kita dipermainkan dan orang luar tidak langsung menghormatinya. Dimana silapnya dan siapakah yang perlu dipertanggungjawabkan di atas perkara yang berlaku. Keganasan yang dilakukan oleh para pendatang mengerunkan semua lapisan rakyat Malaysia...Fikir2lah bahaya yang mendatang akibat kerapuhan undang-undang kita sendiri. Wallahua'lam

s.hajar

Lambakan warga asing akan mengakibatkan masalah sosial. seharusnya mereka yang terlibat dengan masalah disiplin perlu ditamatkan kontraknya dan dihantar balik serta namanya diblackliskan

noriza rahim a'ala

pendatang asing memang membawa masalah.

amir

Hantar balik ke negeri asal baru mereka tahu...bertapa susah nak dapat kerja disana.

balachandar

Pihak pengurusan kena serahkan mereka kapada pihak polis untuk mengambil tindakan sewajarnya.

zuwai

Bahaya kalau kemasukan pekerja asing tak terkawal. Perlu ada kouta khas pekerja asing bagi setiap kilang. Contoh senang mcm sistem bolasepak hanya few % pemain import yg dibenarkan...kebanyakkan kilang di Malaysia guna sistem near to 100% pekerja asing..

sya

diorg ni salu buat kacau...

noriza rahim a'ala

pendatang asing memang membawa masalah.

lina

Bikin susah je ... dah le kaki mengacau ... dah kena hentak.. nak ganggu keamanan. pangggil plak ... apa nak jadi production kena stop company rugi ... company org lain pun rugi jugak.... bisness tak jalan ... menyusahkan semua org polis kena jaga , FRU nak kena standby ....org ramai takut...

ctfadz

Hantar jer diorang ni balik.ramai lagi org susah kat bangladesh nak kija..

ayah mat

nyahkan pekerja asing yang mengganggu keamanan di Malaysia. kerajaan wajib bertindak tegas dalam hal ini...dengan menggantikan dengan pekerja Malaysia yang banyak mengganggur...

ali jb

mereka ini memang tidak bertamadun. Membuat keputusan dan mengambil tindakan atas kehendak sendiri.Mereka seperti tidak menghormati undang-undang negara kita. Hanya kerana perempuan sanggup gadai nyawa.

man

aku pernah kerja kat klg Hualon ni pd tahun 97. dulu pekerja asing juga pernah menterbalikkan kereta polis ketika merusuh dan mengibarkan bendera negara mereka. itulah padahnya jika terlalu ramai pekerja asing diambil sehingga mereka merasakan tempat itu dikuasai oleh mereka. masa aku kerja kat sana dulu, supervisor aku adalah mat bangla. betapa hebatnya.

majid

hantar balik laa... mentang2la ada muka mcm shah rukh khan hahahaha...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan