Sabtu, 4 Jun 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


PAS ubah haluan

Posted: 03 Jun 2011 03:48 PM PDT

MukaDepan

Negara Islam bukan lagi perjuangan utama

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, buat pertama kali menegaskan belum tiba masanya parti itu menegakkan negara Islam yang menjadi dasar perjuangannya selama ini, sebaliknya ia mahu memulakan dulu pelaksanaan negara berkebajikan sejajar tuntutan pakatan pembangkang.

Dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan PAS Ke-57 bertemakan 'Membangun Negara Berkebajikan' semalam, Abdul Hadi menjelaskan pelaksanaan negara berkebajikan yang diperkenalkan secara bersama dengan pembangkang menerusi Buku Jingga memberi tumpuan terhadap kesejahteraan spiritual serta akhlak serta pembangunan rohani yang dihubungkan dengan pegangan agama. Pendiriannya itu bertentangan dengan kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib, kelmarin yang mengingatkan pucuk pimpinan parti jangan menghilangkan identiti serta jati diri Islam yang dijunjung sekian lama hanya kerana terlalu ingin meraikan kehendak pihak tertentu terutama rakan dalam pakatan pembangkang.

Ketika mengulas pada sidang media kemudian, Abdul Hadi berkata, sama ada PAS memperjuangkan negara Islam atau tidak, bukan lagi isu kerana negara berkebajikan juga selaras dengan tuntutan Islam.

"Kita dah sebut negara berkebajikan, ada dalam Islam dan dalam kaum lain ada, kita dahulukan dalam perkara bersamaan.

"Kalau orang Islam itulah keyakinan kita. Belum tiba masanya... apa yang penting pelaksanaan, letak nama (negara Islam) tapi kalau tidak laksanakan tidak ada faedah.
"Kita mulakan dengan pelaksanaan (negara berkebajikan), ia ada dalam Islam dan al-Quran. Dalam al-Quran tidak sebut Islamic state, ia sebut negara berkebajikan," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Hadi berkata, PAS memberi tumpuan kepada negara berkebajikan kerana ia mempunyai kesamaan dengan apa yang diperjuangkan rakan komponen pakatan itu serta menyifatkan negara Islam tidak disebut dalam al-Quran.

Katanya, dalam negara berkebajikan, kerajaan mengambil tanggungjawab dalam perkara yang menjadi rukun hidup, keperluan asasi, kemudahan asas, makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, pendidikan dan lain-lain.

Beliau berkata PAS sudah melaksanakan sebahagian konsep negara berkebajikan mengikut kemampuan dan bidang kuasa yang ada di Kelantan dan Kedah, malah pernah dilaksanakan di Terengganu dan Perak serta memperkenalkannya di Selangor dan Pulau Pinang.

"Negara berkebajikan juga melaksanakan undang-undang yang mendidik rakyat, bukannya menakutkan rakyat dengan wajib menjatuhkan hukuman," katanya.

Pada sidang media ketika ditanya mengenai kerjasama PAS dan UMNO, beliau mengulangi pendirian bahawa parti berkenaan tidak akan sesekali menjalinkan kerjasama politik dengan parti lawannya itu.

Namun, katanya PAS boleh menjalinkan kerjasama dan berbincang dengan UMNO atas isu yang mempunyai persamaan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

M Ridzman

udah-udah le tu...toksah bertelagah sama sendiri...

"berpecah untuk bersatu"

ABD RAHIM ABD SAMAD

pengistiharan malaysia sebuah negara islam didalam perlembagaan adalah memang tepat dan ada rahsia sebaliknya melayu mudah lupa,tidak perlu istiharkan negara kebajikan dasar kerajaan sekarang berlandaskan dengan peraturan alQuran dan hadis sudah cukup dengan kebajikan dari smua sudut pentadbiran.Ada setengah pihak untuk memutarbelitkan fahaman hingga umat islam sendii di Malaysia telah berpecah disebabkan fahaman polotik untuk kepentingan pribadi dan kuasa.Setengah daripadanya tidak bersyukur kononya dia saja yang benar. Yang benar hanya Allah sahaja,menabur fitnah kepada kerajaan.perlu diambil tindakan kepada yang menabur fitnah.

kolop bin ngah

melayu itu islam bersatulah , jgn tergadai negara

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan