Harian Metro: Mutakhir |
SPRM panggil pemain, jurulatih T-Team Posted: 03 Jun 2011 01:24 PM PDT KUALA TERENGGANU: Kegembiraan bekas pengurus pasukan Piala Presiden T-Team, Mohd Sabri Abas, yang menyambut kelahiran anak kembar perempuan pada 31 Mei lalu, terbantut apabila dia dipanggil memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri kelmarin. Mohd Sabri berkata, ketika sibuk menguruskan pendaftaran kelahiran anak kedua dan ketiganya itu tengah hari kelmarin, dia dihubungi pegawai SPRM dan diminta hadir ke pejabat agensi itu segera sehingga terpaksa menangguhkan urusan berkenaan.
"Ketika dihubungi, saya minta tangguh untuk memberi keterangan Ahad ini, tapi tidak boleh kerana mereka (SPRM) beritahu perlu segera berhubung pendedahan berlakunya gejala rasuah dalam pasukan bola sepak Piala Presiden T-Team. "Jadi saya pun hadir ke pejabat SPRM memberi keterangan dan kerjasama penuh kepada mereka supaya dapat menjalankan siasatan dengan sempurna," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Lapor polis tak tahan nafsu ganas suami Posted: 03 Jun 2011 01:23 PM PDT KUANTAN: Tidak tahan didera secara seksual oleh suami yang mengamalkan kaedah pelik ketika menjalin hubungan kelamin, seorang wanita mengalami penderitaan sejak empat tahun lalu membuat laporan polis. Mangsa yang hanya dikenali sebagai Minah, 55, berkata, dia sudah tiga kali membuat laporan di Balai Polis Jaya Gading dan laporan terakhir dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, 29 Mei lalu selepas suami mengetuk kepalanya dengan jag.
"Sudah empat tahun perasaan saya tertekan akibat terpaksa melayan nafsu pelik suami yang gemar menggunakan cincin penambat zakar ciptaan sendiri ketika hubungan kelamin. "Perbuatan pelik suami itu menyebabkan saya menderita kerana dia menggunakan pelbagai alat seperti besi rantai kunci, biji manik, benang, gelang getah, kepala jarum peniti dan pelbagai bahan tidak munasabah," katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan