Jumaat, 8 April 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Radio di lokasi dekatkan Tfm

Posted:

Radio di lokasi dekatkan Tfm

Radio di lokasi dekatkan Tfm

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
utusanterengganu@utusan.com.my


Khazan Che Mat menunjukkan tanda bagus ketika menaiki kenderaan baru Tfm bersama Dj Terengganu fm di RTM, Bukit Pak Apil, Kuala Terengganu, baru-baru ini. - utusan/AZLAN BAHRUM


KUALA TERENGGANU 7 April - Juruhebah atau penyiar dalam istilah semasa menjadi nadi yang akan menentukan sama ada stesen radio itu terus popular dengan bilangan pendengar terus meningkat atau sebaliknya.

Justeru, dalam senario penuh persaingan masa kini, stesen-stesen radio perlu mengkomersial dan mempopularkan penyiar dan juga slot kelolaan mereka.

Seiring dengan itu, mereka juga perlu lebih kreatif dan lebih peka dengan cita rasa pendengar yang disasarkan, juga meningkatkan mutu penyampaian di samping menghiburkan dengan pilihan lagu berkualiti.

Stesen radio tempatan, Terengganu fm (Tfm) yang masih kukuh ikatannya dengan pendengar di negeri ini mula mengambil langkah sama termasuk melalui paparan wajah penyiarnya melalui setem, laman sesawang, banting dan papan iklan besar.

Terbaru wajah-wajah mereka dipaparkan di kenderaan Tfm yang digunakan dalam operasi radio di lokasi yang lebih mendekatkan mereka dengan khalayak pendengar.

Wajah baru kenderaan Tfm itu dilancarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat sambutan Hari RTM Ke-65 serta Tfm Bersama Pendengar dan Penaja di Auditorium Tfm di sini baru-baru ini.

Khazan turut melancarkan penerbitan buku koleksi pantun, Guano Gamok Orang Kita (GGOK) daripada pendengar yang mengikuti slot Mari Berpantun yang ke udara setiap Jumaat.

Hadir sama, Pengarah Bahagian Program Radio Malaysia, Mohamad Mat Husin; Pengarah Jabatan Penyiaran Terengganu, Dr. Nawiyah Che Lah, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur, Azmi Ibrahim dan Pengurus Besar, Telekom Malaysia Berhad, Badrul Hisham Bahari.

Berucap pada majlis itu, Khazan berharap Tfm terus menjadi pilihan utama masyarakat di negeri ini dengan memenuhi cita rasa mereka dan lebih bersifat interaktif.

Beliau menarik perhatian dengan pendekatan radio di lokasi banyak membantu mengekalkan populariti stesen penyiaran itu di kalangan masyarakat negeri ini.

Menurut khazan, usaha Tfm selaras dengan langkah turun padang kerajaan negeri mendekati rakyat menerusi pelbagai kegiatan.

Katanya, melalui penglibatan bersama dan hebahan yang dijalankan oleh Tfm juga, program anjuran kerajaan negeri mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.

Khazan menghargai Tfm yang sentiasa memainkan peranan penting dalam usahanya bersama mendidik dan membangunkan rakyat negeri ini ke arah kehidupan yang lebih sejahtera.

"Selain maklumat terkini dan hiburan berkualiti bagi memenuhi cita rasa pelbagai lapisan, juga termasuklah melalui program Tadarus al-Quran, Suara Kampus, Rentak Remaja dan Terengganu Indah," katanya.

Selain itu, menurut beliau, dengan koleksi buku pantun GGOK, pendekatan yang dirintis mendekatkan lagi Tfm dengan pendengar di samping mempopularkan budaya berpantun yang indah.

Sementara itu, Nawiyah memberitahu, selain stesen penyiaran sendiri, Tfm turut memerlukan kerjasama saluran media lain termasuk media cetak untuk menjenamakan stesen itu.

Katanya, Tfm akan terus melakukan pembaharuan dari semasa ke semasa agar ia terus segar di hati pendengar.

Menurut beliau, buku koleksi pantun yang dirintis itu juga sebagai menghargai para pendengarnya yang tertarik dengan slot siarannya dan pihaknya bercadang untuk memasarkannya secara komersial.

Katanya, sambutan orang ramai terhadap rancangan mari berpantun mengilhamkan kewujudan koleksi berkenaan hasil nukilan pendengar sepanjang setahun setengah.

Katanya, koleksi pertama ini memuatkan 100 pantun dan dicetak sebanyak 200 naskah untuk diagihkan kepada jabatan-jabatan kerajaan negeri dan Persekutuan, perpustakaan awam serta pendengar berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kaedah efektif bantu OKU

Posted:

Kaedah efektif bantu OKU

Kaedah efektif bantu OKU


Dr. Mohd. Zarhamdy Md. Zain (belakang, kanan) membantu warga OKU menggunakan eBraille di Hotel Primula, Kuala Terengganu, baru-baru ini .


KUALA TERENGGANU 7 April – Abu Hasan Azhaari Razak mula menjalani kehidupan dalam kegelapan apabila penglihatannya beransur menghilang ketika berusia 6 tahun.

Dia tidak tahu punca sebenar tetapi mengaitkannya dengan kesan daripada kemasukan pasir ke dalam mata yang menyebabkan pandangan semakin kabur dan terus hilang.

Dengan kekurangan Abu Hassan, 46, berdepan kesukaran untuk belajar tetapi ia tidak mematahkannya semangatnya terutama untuk menguasai al-Quran.

Dahulunya dia diperkenalkan al-Quran naskhah braille, satu-satunya kaedah yang digunakan oleh golongan cacat penglihatan biarpun agak payah dan memakan masa untuk menguasai.

Abu Hasan dan mereka yang senasib dengannya kini merasa syukur dengan munculnya kaedah yang lebih mudah bagi mereka mempelajari al-Quran.

Ia hasil kejayaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) UTM dan Pertis.

Alat bantu mengajar, al-Quran Braille Elektronik atau dikenali dengan eBraille ternyata merupakan kaedah yang efektif untuk golongan ini.

Jika dahulu mereka perlu mengusung al-Quran braille seberat 10 kilogram yang hanya memuatkan enam juzuk, jika hendak membawanya ke mana-mana namun kini ia hanya seberat papan kekunci komputer biasa.

Abu Hasan turut bersama kalangan yang cacat penglihatan yang hadir bagi mendengar sesi penerangan tentang eBraille di Zon Timur di sini baru-baru ini.

Ia merupakan anjuran kedua kali oleh UTM bagi menerangkan kepada mereka alat yang bakal menggantikan kaedah lama pengajaran al-Quran.

eBraille menggunakan dua modul iaitu pengajaran dan pembacaan di mana setiap ebraille yang dibina mempunyai bentuk dan sistemnya seakan-akan komputer riba biasa.

Ia dipanggil panel atau papan kekunci perkin yang dilengkapi pengisian 30 juzuk al-Quran secara tulisan braille dan bacaan menggunakan teknologi sambungan tanpa wayar yang fleksibel.

Panel ini juga boleh digunakan untuk mempelajari huruf 'a b c' Braille dan memperkenalkan sistem bookmark yang memboelhkan pengguna menyambung bacaan al-Quran pada tempat terakhir bacaan diberhentikan walaupun panel telah dipadam.

Selain itu, eBraille juga turut dimuatkan dengan keistimewaan dengan pengisian beberapa mata pelajaran seperti mengenal huruf dan matematik bagi penggunaan kanak-kanak.

Ia dijadikan sebagai alat bantuan mengajar oleh guru kerana turut mempunyai sistem pengajaran sambungan secara berkumpulan.

Menurut Abu Hasan, ia ternyata sangat mudah digunakan walaupun dia tidak pernah menggunakan komputer.

Katanya, arahan suara serta titik-titik halus braille amat mudah disentuh selain bacaan yang jelas dari alat itu.

''Kita juga dapat mengurangkan kesalahan bacaan kerana ada rakaman suara yang jelas berbanding sebelum ini hanya bergantung kepada guru yang kebanyakkannya juga buta," jelasnya.

Sementara itu, Ketua Penyelidik eBraille, Dr. Mohd. Zarhamdy Md. Zain memberitahu, projek yang menelan kos RM1.9 juta itu dilaksanakan pada 1 November tahun lalu bagi memberi alternatif lain kepada golongan ini.

"Sebelum ini, agar sukar bagi mereka untuk membawa sebuah al-Quran braille kemana-mana, namun kini ia lebih praktikal dan memudahkan pembelajaran al-Quran terutamanya pada peringkat kanak-kanak.

"Pun begitu, setakat ini kita masih dalam peringkat percubaan untuk memperkenalkan penggunaan eBraille ini yang sehingga kini hanya enam buah panel sahaja berjaya dihasilkan," katanya.

Mohd. Zarhamdy berkata, eBraille masih belum dikomersialkan namun telah digunakan di Pertis Wilayah Persekutuan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kilang curi 4,000 silinder gas disita

Posted:

Kilang curi 4,000 silinder gas disita

Kilang curi 4,000 silinder gas disita

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my


Fauzi Haron (dua dari kiri) bersama pegawainya memeriksa tong gas yang disita kerana mengubah suai pemegang silinder gas di sebuah kilang di Pantai Senok, Bachok, Kelantan, kelmarin.


BACHOK 7 April - Sebuah kilang membuat silinder gas memasak disita setelah dipercayai mencuri lebih 4,000 silinder gas pelbagai jenama sebelum diubah suai dan diedarkan semula atas jenama lain dalam serbuan di Pantai Senok, dekat sini semalam.

Turut disita mesin penyembur dan pemotong, 85 kilogram cat serta 500 pemegang silinder yang kesemua rampasan tersebut bernilai RM2 juta.

Serbuan kira-kira pukul 5 petang itu dibuat Bahagian Penguatkuasaan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri hasil aduan daripada pengeluar asal silinder terbabit.

Pengarahnya, Fauzi Haron berkata, aduan tersebut dibuat selepas pengeluar itu mendapati silinder gas mereka di pasaran berkurangan pada setiap bulan biarpun menambahnya sejak awal tahun lalu.

"Pemilik kilang itu dikesan mengutip silinder gas memasak syarikat lain di kedai di seluruh negeri ini sebelum menanggalkan pemegang asal dan menggantikan serta mengecat semula.

"Ini disebabkan pada setiap pemegang terbabit ada maklumat pemilik asal silinder serta nombor sirinya.

"Pemilik kilang cuba untuk menghapuskan identiti asal dengan menggantikannya dengan maklumat palsu," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian, di sini malam tadi.

Fauzi berkata, bagi setiap silinder, pemilik kilang tersebut mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda kerana hanya perlu mengeluarkan modal sebanyak RM20 sedangkan kos sebenar hampir RM100.

Katanya, tindakan itu juga sebagai langkah untuk memonopoli dan memastikan bekalan mereka sentiasa berada di pasaran serta tiada pesaing lain.

Katanya, siasatan awal pihaknya mendapati kilang terbabit telah melakukan aktiviti itu sejak tiga bulan lalu dan sekurang-kurangnya lima syarikat pengeluar gas memasak mengalami kerugian lebih RM1.2 juta setiap bulan.

"Selepas mengubah suai silinder terbabit, pekerja syarikat ini dipercayai akan menghantarnya ke kilang bersebelahan yang turut dimiliki syarikat sama untuk diisi gas sebelum diedarkan di pasaran.

"Pemilik kilang itu tidak ditahan tetapi diambil keterangan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 3 (1) (A) Akta Perihal Dagangan yang jika sabit kesalahan didenda tidak lebih RM250,000," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan