Sabtu, 23 April 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Rakan Facebook taktik terbaru latih keldai dadah

Posted: 23 Apr 2011 01:40 PM PDT

Nasional

Rakyat Malaysia perlu waspada elak jadi mangsa warga Afrika

PUTRAJAYA: Sekat atau 'block' (halang) warga Afrika daripada menjadi rakan Facebook dan tindakan itu mungkin menyelamat anda. Itu nasihat Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot, yang mendedahkan taktik terbaru warga asing untuk menjadikan rakyat Malaysia sebagai keldai dadah atau melakukan jenayah lain menerusi laman sosial Facebook.

Oleh itu, katanya, orang ramai jangan terlalu mempercayai rakan yang baru dikenali, terutama menerusi Facebook, sehingga ada yang terpengaruh menjadi keldai dadah atau melakukan jenayah lain, walaupun pihak berkuasa berkali-kali memberi amaran mengenai sindiket yang mendalanginya. Beliau kesal kerana kebanyakan kes jenayah membabitkan rakyat Malaysia di luar negara adalah akibat diperalatkan pihak lain bagi perbuatan seperti menyeludup dadah, walaupun ada yang baru saja mengenali satu sama lain.

"Antara 1991 hingga 31 Mac lalu, 1,880 warga Malaysia ditahan di luar negara atas pelbagai kesalahan, termasuk 833 orang atas kes berkaitan dadah, kebanyakannya dari kawasan luar bandar, berusia antara 20 hingga 30 tahun, tiada rekod jenayah dan menganggur atau daripada golongan berpendapatan rendah.

"Dalang perbuatan ini kebanyakannya warga Afrika yang menyasarkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan ibu tunggal menggunakan Facebook. Justeru, saya syorkan pengguna Facebook jangan layan atau 'block' (halang) warga Afrika daripada memasuki laman sembang mereka.

"Saya juga musykil kenapa dadah yang diseludup ini tidak dikesan ketika dibawa keluar dari sini supaya tidak perlu kita berurusan dengan kerajaan asing," katanya pada sidang media selepas merasmikan hari keluarga Wisma Putra di sini, semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kes terbaru, Rabu lalu membabitkan pelajar kejururawatan kolej swasta di Damansara, Marylyne Sandra Sapat, 22, ditahan pihak berkuasa China kerana menyeludup 100 biji dadah jenis heroin dengan menelannya.

Mangsa dipercayai ditawarkan RM5,000 untuk menyeludup dadah berkenaan oleh rakan Facebook lelaki warga Afrika yang hanya dikenali sebagai Chimezie Michael dalam akaun Facebook.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Fran

kalau Datuk Richard Riot hairan, saya pun hairan bagaimana pengedar dadah tidak dapat dikesan semasa mereka berlepas. adakah mesin pengimbas kita jauh lebih kolot daripada mesin pengimbas china? atau yang berkenaan tidur..

amza

Saya juga pernah dapat email dari seorang wanita asing. Wanita ini menyatakan dalam emailnya bahawa dia menetap di london, bapanya malaysia manakala ibunya orang england. Dia mengajak saya jadi rakan karibnya & kononnya bercadang datang ke malaysia melihat negara bapanya. Kalau kita berhati-hati, kita tidak terpedaya... awas dengan orang asing yang menawarkan sesuatu yang lumayan!!! semuanya tipu daya...

pakcik

kita dah tahu dia org nii penipu..buat apa kita nak layang dia org plawokkk..plawaokkkk..penyangok..penipu besoo..

luna

saya pun pernah dapt emel dari warga asing yang kononnya kaya cucu kepada tokeh minyak dari London. cucu tokei minyak ni minta saya berikan id facebook saya untuk berkawan lebih rapat lagi dgn saya... tau dah ler taktik nak menipu ni macam2... tapi ada jgk rakyat malaysia yang terdesak dan terpedaya.. :D


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

17 main judi sebelah mayat

Posted: 23 Apr 2011 01:39 PM PDT

Nasional

BUTTERWORTH: Akibat gila judi, sekumpulan 17 kaki judi, termasuk dua wanita sanggup melakukan kegiatan itu di sebelah mayat di Rumah Pangsa Seri Tanjung, Jalan Raja Uda di sini, tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, kumpulan terbabit berusia antara 27 hingga 60 tahun bermain judi belangkas di bawah khemah yang menempatkan keranda tanpa menghiraukan tetamu memberi penghormatan kepada si mati.

Meja judi hanya dipisahkan dengan keranda oleh kain tabir. Tanpa menghiraukan waris si mati, mereka leka berjudi hinggalah sepasukan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, menyerbu tempat itu, kata Pegawai Turus D7 IPK Pulau Pinang, Asisten Superintendan Sayuti Harun.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen