Jumaat, 29 April 2011

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


'Aku dan Anwar berada dalam paparan video'

Posted:

'Aku dan Anwar berada dalam paparan video'

'Aku dan Anwar berada dalam paparan video'

Oleh MOHD. ZAINI SAMSU HADI dan MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
berita@kosmo.com.my


ORANG ramai memenuhi Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul semalam.


KUALA LUMPUR - Datuk Shazryl Eskay Abdullah meneruskan niatnya melakukan sumpah laknat walaupun terdapat cubaan sabotaj para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menggagalkan niat ahli perniagaan itu untuk membuktikan bahawa Anwar merupakan pelaku lelaki dalam rakaman video seks dengan pelacor yang mula tersebar sejak 21 Mac lalu.

Upacara sumpah laknat selama kira-kira lima minit itu dilakukan oleh Shazryl yang turut mewakili bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Agung Perkasa, Datuk Shuib Lazim di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul di sini semalam.

Rahim dan Shuib duduk bersama Shazryl ketika sumpah laknat itu dilafazkan.

Sumpah laknat itu terpaksa dilakukan pada pukul 4.20 petang selepas ditunda dari pukul 2 petang kerana berlaku ketegangan yang dipercayai membabitkan kumpulan penyokong parti pembangkang.



Shazryl melakukan sumpah laknat tersebut selepas seorang pendakwah bebas, Firdaus Supri memberi penerangan kepada trio Datuk T tentang risiko bagi orang Islam yang melakukan sumpah laknat jika perkara itu tidak benar.

Sumpah laknat itu bersaksikan Timbalan Imam Masjid Amru Al-As, Ezhan Shahril Md. Piah.

Selain itu, terdapat kira-kira 200 orang menyaksikan Shazryl melafazkan sumpah laknat tersebut.

Anwar yang dicabar oleh trio Datuk T untuk sama-sama melakukan sumpah laknat itu bagaimanapun tidak hadir ke masjid tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penyokong Anwar buat kecoh dalam masjid

Posted:

Penyokong Anwar buat kecoh dalam masjid

Penyokong Anwar buat kecoh dalam masjid


PENYOKONG pembangkang yang mencetuskan ketegangan berasak-asak dengan orang ramai di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul di sini semalam dibanjiri lebih 4,000 jemaah ekoran ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah memilih masjid berkenaan sebagai tempat dia melafazkan sumpah laknat bagi membuktikan Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pelaku lelaki dalam rakaman video seks yang sudah tersebar di Internet.

Masjid itu mula dibanjiri orang ramai bermula pada pukul 12.30 tengah hari sebelum kembali tenang pada pukul 4.30 petang selepas trio Datuk T meninggalkan masjid.

Dua lagi trio Datuk T ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim.

Turut kelihatan membanjiri masjid itu ialah sekumpulan pelajar sekolah agama. Mereka diperalatkan oleh pihak tertentu untuk mengangkat sepanduk membantah tindakan trio Datuk T yang mahu mengadakan sumpah laknat.

Keadaan di dalam masjid mula kecoh selepas solat Jumaat iaitu pada pukul 2.10 petang apabila beberapa orang penyokong Angkatan Muda Keadilan (AMK) pimpinan ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin melaungkan takbir serta ungkapan 'kami mahu qazaf, bukan sumpah'.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cadang pencen swasta 58 tahun

Posted:

Cadang pencen swasta 58 tahun

Cadang pencen swasta 58 tahun


KERAJAAN mencadangkan had umur pencen pekerja swasta dilanjutkan kepada 58 tahun agar mereka dapat memberi sumbangan lebih lama kepada negara. - Gambar hiasan


PUTRAJAYA - Had umur persaraan bagi sektor swasta mungkin dilanjutkan kepada 58 tahun selaras dengan umur persaraan sektor awam, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam.

Bagaimanapun, beliau berkata pada masa ini, perkara itu masih di peringkat perbincangan dan mengambil masa sebelum dimuktamadkan.

"Kita dalam proses mengadakan perbincangan dengan semua stakeholder untuk mencari satu jalan... suatu umur yang ditetapkan bagi sektor swasta.

"Tujuan kita membenarkan mereka bekerja lebih lama (berbanding umur bersara pada 55 tahun sekarang) kerana mereka masih mempunyai keupayaan dan boleh menyumbang kepada produktiviti (syarikat masing-masing)," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Sebelum ini, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) pernah menggesa kerajaan supaya melanjutkan umur persaraan bagi sektor swasta kepada 60 tahun sebagai langkah untuk mengekalkan modal insan dan meningkatkan produktiviti.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan