Sabtu, 30 April 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Jangan jual Rumah Mesra Rakyat

Posted:

Jangan jual Rumah Mesra Rakyat

Jangan jual Rumah Mesra Rakyat

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my


Mohamad Hasan dan Idris Haron serta sebahagian daripada kontraktor melaungkan '1Malaysia' selepas majlis Penyerahan Inden Kerja Kontraktor Rumah Mesra Rakyat Negeri Sembilan di Seremban, semalam.


SEREMBAN 29 April - Pemilik Rumah Mesra Rakyat (RMR) dinasihatkan supaya tidak menjual ataupun menyewa rumah mereka semata-mata untuk mengaut keuntungan melalui bantuan perumahan yang disediakan kerajaan itu.

Perkara itu ditegaskan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan terhadap segelintir pemilik RMR di negeri ini yang didapati menyalahgunakan 'hadiah kerajaan' itu kerana ia bertentangan dengan objektif dan hasrat pelaksanaannya.

''Saya telah dimaklumkan mengenai perkara ini, tetapi bukan semua pemilik yang berbuat demikian, seperti kata pepatah sebab nila setitik rosak susu sebelanga.

''Mereka tidak sepatutnya menjual atau menyewa rumah mereka kerana tujuan utama RMR diwujudkan adalah berasaskan keperluan untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan memiliki rumah sendiri," katanya.

Mohamad berkata demikian pada majlis Penyerahan Inden Kerja Kontraktor Rumah Mesra Rakyat (RMR) Negeri Sembilan di Dewan Besar, Pejabat Badan Perhubungan UMNO negeri, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Ir. Idris Haron dan Pengarah Urusan SPNB, Datuk Prof. Dr. Kamarul Rashdan Salleh.

Jelas Mohamad, meskipun pemilik RMR perlu membayar RM150 sebulan, tetapi rumah berkenaan boleh dianggap hadiah kerana kerajaan telah memperuntukkan subsidi 30 peratus terhadap setiap rumah RMR yang dibina.

''Tidak ada kerajaan dalam dunia yang memberikan kemudahan sebegini, oleh itu, saya harap pemilik RMR menghargai pemberian ini dengan mendiami rumah yang telah dibangunkan oleh SPNB melalui amanah kerajaan," katanya.

Dalam pada itu, Mohamad turut memberitahu, SPNB telah meluluskan pembinaan 90 lagi buah rumah jenis RMR untuk dibina di sekitar negeri ini sepanjang 2011.

''Hari ini, kita telah menyerahkan sebanyak 90 inden kerja kepada kontraktor yang dipilih untuk menjalankan kerja pembinaan rumah RMR yang bernilai hampir RM5.8 juta bagi Negeri Sembilan pada tahun ini.

''Jumlah tersebut merupakan sebahagian daripada 179 permohonan RMR pada 2010 yang telah diluluskan oleh SPNB untuk dibina di negeri ini bagi tahun ini," katanya,

Sementara itu, Mohamad menambah, sehingga Mac tahun ini, SPNB telah menerima permohonan sebanyak 4,260 dan telah meluluskan hampir 1,782 permohonan pembinaan RMR di negeri ini melalui peruntukan sebanyak RM110.9 juta.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kontraktor rosak produk sejarah disenarai hitam

Posted:

Kontraktor rosak produk sejarah disenarai hitam

Kontraktor rosak produk sejarah disenarai hitam

MELAKA 29 April - Mana-mana syarikat kontraktor yang didapati menjalankan kerja tanpa mengikut undang-undang sedia ada akan disenaraihitam dari mendapat sebarang projek pembangunan di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, beliau tidak akan bertolak ansur dengan sebarang perbuatan yang cuba merosakkan produk-produk sejarah di negeri ini terutamanya pokok-pokok yang berusia ratusan tahun.

Beliau yang nyata berang dengan perbuatan itu juga telah mengarahkan penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri meneliti undang-undang sedia ada bagi menghukum kontraktor berkenaan.

"Saya tidak tahu siapa yang memberi kebenaran kepada kontraktor untuk menebang pokok. Saya minta Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengambil tindakan di bawah Akta Perancang Bandar dan Desa 1972 kepada kontraktor terbabit kerana menebang pokok-pokok itu tanpa kebenaran.

"Kontraktor berkenaan juga akan disenaraihitam selain tidak boleh mendapatkan sebarang projek di Melaka bagi memberi pengajaran kepada kontraktor lain," katanya kepada pemberita di sini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan mengenai tindakan kontraktor sebuah projek membina hotel di Jalan Parameswara dan Jalan Merdeka, Banda Hilir di sini yang menebang beberapa batang pokok berusia ratusan yang mempunyai nilai sejarah di tapak projek berkenaan.

Kesemua pokok ratusan tahun itu terletak di Zon Penampan yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) pada Julai 2008.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bantu anak yatim jadi generasi cemerlang

Posted:

Bantu anak yatim jadi generasi cemerlang

Bantu anak yatim jadi generasi cemerlang


Mohammed Najeeb Abdullah (tengah) menyampaikan replika cek bernilai RM2,500 kepada Kamalul Arifin Abu Kasim sambil diperhatikan oleh pelajar-pelajar Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan di Ampangan, kelmarin.


SEREMBAN 29 April - Golongan kurang bernasib baik dari pertubuhan anak yatim tidak seharusnya dipinggirkan, malah perlu diberikan perhatian bagi menjamin masa hadapan yang lebih cemerlang.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Mohammed Najeeb Abdullah berkata, semua pihak terutamanya sektor korporat diharap sedia menjalankan tanggungjawab sosial korporat kepada mereka yang memerlukan.

Katanya, dengan kerjasama yang diberikan, pelbagai pertubuhan anak yatim mampu melahirkan generasi yang cemerlang memandangkan komitmen dan kecemerlangan yang telah ditunjukkan melalui Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan, Ampangan di sini.

''Saya amat berbangga kerana pertubuhan ini telah berjaya ditadbir dengan baik, malahan mampu melahirkan seramai lima orang penghuni sehingga berjaya melanjutkan pelajaran di universiti.

''Oleh itu, seharusnya kita turut serta membantu memberikan sedikit kemudahan serta bantuan untuk meningkatkan semangat mereka dalam meningkatkan mutu pelajaran," katanya.

Beliau ditemui Utusan Malaysia pada program jalinan mahabbah di bangunan Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan, Ampangan dekat sini malam tadi.

Pada majlis tersebut, Mohammed Najeeb turut menyampaikan replika cek berjumlah RM2,500 kepada pengasasnya, Kamalul Arifin Abu Kasim untuk menampung kos pentadbiran pertubuhan tersebut.

Seramai 32 penghuni berumur dari tiga hingga 16 tahun turut menerima cenderamata serta barang keperluan persekolahan.

Seorang penghuni, Normaznah Shamsudin, 16, merupakan anak yatim piatu yang menetap lebih tujuh tahun lalu merasa amat terharu dengan bantuan yang diberikan.

''Saya berterima kasih dengan bantuan yang diberikan malahan sedikit pun tidak rasa dipinggirkan oleh golongan yang lebih bernasib baik," katanya.

Rakannya, Nordiana Morter, 16, berkata, dia tidak akan lupa jasa baik yang diberikan oleh mana-mana pihak serta berjanji membantu insan memerlukan selepas dia berjaya kelak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan