Rabu, 27 April 2011

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Sekolah ‘ditembak’

Posted: 26 Apr 2011 12:17 PM PDT

AMPANG: Pelajar Sekolah Kebangsaan Agama Islam Adni, Taman Seri Ukay, di sini, gempar selepas beberapa peluru ditemui selain terdapat kesan tembakan di cermin tingkap bangunan tingkat tiga itu, semalam.

Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata tembakan dipercayai dilakukan individu tidak dikenali lebih 50 meter dari sebuah kondominium di belakang sekolah berkenaan.


Katanya, kejadian itu masih dalam siasatan bagi mengenal pasti peluru digunakan.

"Kami sudah menghantar anggota forensik bagi menjalankan siasatan yang akan mengenal pasti jenis peluru digunakan dalam tembakan itu," katanya di sini, semalam.


Kejadian itu diketahui selepas seorang guru membuat laporan di Balai Polis Ulu Klang kira-kira jam 10.30 pagi, semalam selepas melihat cermin tingkap di sekolah itu berkecai akibat kesan tembakan.


Beliau berkata, kira-kira 15 minit kemudian, pihaknya menghantar pasukan forensik untuk menyiasat punca kejadian itu.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39, Akta Senjata Api 1960," katanya yang meminta orang ramai membantu siasatan jika mengetahui kejadian itu.


Sementara itu, seorang pekerja sekolah berkenaan yang enggan dikenali memberitahu tembakan berkenaan mungkin berlaku malam kelmarin atau Ahad lalu hingga tidak disedari penghuni sekolah.

Katanya, perkara itu tidak dihebohkan menyebabkan suasana di sekolah itu masih tenang dan pembelajaran berjalan seperti biasa.


"Seorang guru menyedari perkara itu membuat laporan polis untuk tindakan lanjut kerana bimbang dengan keselamatan pelajar," katanya yang ditemui di sekolah berkenaan, semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Diserang enggan beri wang perlindungan

Posted: 26 Apr 2011 12:16 PM PDT

PETALING JAYA: Demi mempertahankan perniagaan diwarisi daripada ayahnya, seorang peniaga surat khabar bergelut dengan sekumpulan empat lelaki yang menyerangnya ketika sibuk menjaga gerainya di Sri Hartamas, Ahad lalu.

Dalam kejadian pada jam 9.30 pagi itu, empat lelaki warga tempatan terbabit dipercayai meminta wang perlindungan perniagaan daripada mangsa dan mendakwa kawasan itu di bawah pengawasan mereka.


Mangsa yang dikenali sebagai Jefri, 29, enggan memenuhi kehendak mereka kerana dia mendakwa sudah bertahun-tahun berniaga di kawasan itu menyebabkan tercetus pertengkaran.

Difahamkan, kerana tidak berpuas hati, seorang daripada suspek bertindak agresif dengan menumbuk muka dan badan mangsa sebelum semua suspek membelasah mangsa.


"Mereka tiba-tiba datang dan menyuruh saya tidak berniaga di kawasan itu.


"Kalau ingin meneruskan perniagaan, saya diminta membayar wang perlindungan RM2,000 hingga RM3,000 sebulan," katanya.

Suspek turut mengugut akan bertindak lebih kejam termasuk membunuh mangsa sekiranya enggan membayar wang perlindungan dan menjalankan perniagaannya di situ.


Bagaimanapun, mangsa diselamatkan beberapa anggota polis yang bersarapan di kawasan berhampiran tempat kejadian dan meleraikan pergaduhan itu.

Mangsa yang cedera di kepala selain kecederaan dalaman pada pipi kirinya, kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran.


Menurutnya, identiti dua daripada suspek sudah dikenal pasti dan menyerahkan maklumat terbabit kepada polis untuk mengesan suspek.


Sementara itu, ketika dihubungi, Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengesahkan menerima laporan kes itu dan akan meneruskan siasatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan