Jumaat, 29 April 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa

The Malaysian Insider :: Bahasa


Video seks: Majlis kecoh, angkat sumpah laknat ‘Datuk T’ batal

Posted: 28 Apr 2011 11:49 PM PDT

Suasana kecoh dalam masjid menyebabkan majlis angkat sumpah dibatalkan. — Foto oleh Choo Choy May

KUALA LUMPUR, 29 April — Majlis angkat sumpah oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah - salah seorang "Datuk T" — dibatalkan saat-saat akhir ekoran bantahan oleh sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat dikepalai ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Pengerusi jawatankuasa Masjid Amru al-As di Bandar Baru Sentul Abdul Razak Hussin mengesahkan majlis itu dibatalkan.

Terdahulu, Masjid Amru al-As yang dipilih Shazryl untuk melakukan sumpah laknat, bertukar menjadi kecoh ekoran tindakan sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat membantah tindakan "Datuk T" itu.

Sejurus selepas solat Jumaat, mereka melaungkan takbir dan mendesak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan mengambil tindakan qazaf terhadap "Datuk T" sebelum membenarkan sumpah laknat dilakukan.

Bagaimanapun ketika protes itu, dipercayi dilakukan oleh berpuluh-puluh orang, Shazryl tidak berada di masjid tersebut.

Ketika dihubungi, beliau berkata: "Saya menunggu pengesahan. Akan hubungi balik."

Semalam, beliau berkata akan menunaikan solat Jumaat bersama dua rakannya dan kemudian menyempurnakan sumpah laknat di masjid itu.

The Malaysian Insider difahamkan ahli perniagaan itu bersolat Jumaat di masjid lain dan sedang dalam perjalanan ke  Masjid Amru al-As.

Dalam kenyataan SMS, Shazryl seterusnya berkata, apakah zaman Nabi Lut sudah berlaku di Malaysia apabila penentang kemungkaran liwat dan zina dibenarkan dan penegak kebenaran ditentang.

"Tunggu petunjuk dari Allah," katanya.

Terdahulu kumpulan penyokong Pakatan Rakyat menjerit "pembohong', "tahan dia" dan "Allah Maha Besar" manakala sesetengah pula mula menendang pegawai-pegawai yang duduk di lantai termasuk berada ketika itu ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Dalam pada itu Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin memberitahu hadirin di masjid ketika itu bahawa mengangkat sumpah laknat bukan Islamik dengan satu tangannya memegang garis panduan mengenai qazaf.

"Ini bukan caranya. Jika Jawi tidak tahu. Kami mahu Pengarah Jawi membaca tentang qazaf dalam buku ini.

"Kami mahukan qazaf," katanya kepada para hadirin.

Situasi menjadi kelam-kabut apabila pegawai-pegawai polis preman cuba menarik keluar penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.

Kemudian Shamsul dan pengikutnya mengadakan solat hajat.

Selepas solat berakhir, pengurusan masjid mengumumkan majlis angkat sumpah dibatalkan.

MENYUSUL LAGI Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Keluarga Aminulrasyid tuntut Najib tunai janji

Posted: 28 Apr 2011 10:22 PM PDT

Surendran dengan ditemani kakak Allahyarham Aminulrasyid, Nor Azura (kiri) menunjukkan surat yang akan dihantar kepada Perdana Menteri, hari ini. — Foto oleh Jack Ooi

PETALING JAYA, 29 April — Datuk Seri Najib Razak mesti memenuhi janji beliau tahun lalu bahawa satu siasatan terperinci akan dijalankan berhubung kematian Aminulrasyid Amzah, keluarga remaja itu menuntut hari ini.

Norsian Mohamad, ibu kepada Aminulrasyid berkata, beliau percaya ada usaha mahu menutup kes itu di pihak polis dan menggesa kesemua anggota polis termasuk Datuk Khalid Abu Bakar yang baru-baru ini dilantik sebagai timbalan ketua polis negara disiasat.

Khalid, kata beliau, pernah membuat kenyataan bersifat fitnah mengenai Aminulrasyid, menggambarkan Allahyarham sebagai seorang penjenayah dan tidak menarik balik kenyataannya.

"Perdana menteri telah menjanjikan kepada kami bahawa keadilan akan dipertahankan tetapi janji itu tidak ditunaikan lagi.

"Setahun sudah berlalu tetapi polis dan juga Kementerian Dalam Negeri tidak mengambil tanggungjawab berhubung kenyataan fitnah ataupun menarik balik apa yang mereka katakan," kata beliau lagi.

Oleh itu kata Norsiah, dia membuat laporan polis hari ini.

Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

"Say mahu kesemua anggota polis yang terlibat termasuk timbalan ketua polis disiasat kerana cuba menutup kes ini.

"Kami telah menunggu selama setahun dan tidak apa yang berlaku, hanya seorang sahaja dicaj," katanya lagi.

"Najib tidak memenuhi janjinya. Ada bukti menekan bukti dalam kes ini dan juga soal fitnah, tetapi tiada apa-apa pun dilakukan," kata peguam keluarga Aminulrasyid N. Surendran.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang turut hadir berkata, beliau akan cuba dapatkan temu janji dengan Najib untuk menyelesaikan perkara itu dalam waktu terdekat.

"Polis harus menarik balik kenyataan mereka, kerana ia adalah fitnah, dan mereka yang bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan