Rabu, 27 April 2011

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Pertahan Anwar habis-habisan

Posted:

Pertahan Anwar habis-habisan

Pertahan Anwar habis-habisan

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 27 April – Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendakwa pembangkang telah membuat ketetapan untuk mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim habis-habisan jika mahkamah memutuskan ketua pembangkang itu bersalah dalam pertuduhan liwat.

Yang Dipertua JMM, Azwanddin Hamzah berkata, ketetapan itu dibuat kerana pembangkang menganggap pemimpin mereka tidak melakukan sebarang kesalahan dan Anwar sendiri mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada undang-undang negara.

"Saya difahamkan keistimewaan ini bukan hanya membabitkan Anwar seorang tetapi turut melibatkan seluruh ahli keluarga Anwar terutamanya Wan Azizah (Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) dan Nurul Izzah.

"Ketetapan ini membuktikan pembangkang sanggup melakukan apa sahaja termasuk membelakangkan undang-undang negara jika ia tidak memberi sebarang keuntungan politik kepada mereka," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang menetapkan 16 Mei ini, sama ada Anwar akan dipanggil membela diri atau dibebaskan daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Mengulas lanjut Azwanddin berkata, ketetapan yang dibuat itu membuktikan bahawa pembangkang tidak pernah ikhlas berjuang untuk rakyat sebaliknya, mereka hanya berjuang demi kepentingan cita-cita politik Anwar seorang sahaja.

Katanya, demi cita-cita Anwar untuk bergelar Perdana Menteri, rakan komponen pembangkang terutamanya Pas yang sebelum ini melabelkan diri mereka sebagai parti Islam pun terpaksa menjadi 'pak turut' sehingga sanggup menghalalkan segala salah laku moral ketua pembangkang itu.

"Rakyat perlu sedar bahawa pembangkang tidak pernah ikhlas. Mereka hanya ingin kuasa demi kepentingan Anwar sehingga sanggup menggadaikan segala integriti dalam berpolitik," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita gembira jika ketua pembangkang lakukan sumpah laknat

Posted:

Berita gembira jika ketua pembangkang lakukan sumpah laknat

Berita gembira jika ketua pembangkang lakukan sumpah laknat

PUTRAJAYA 27 April – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengalu-alukan jika benar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ingin bersumpah mubahalah iaitu sumpah laknat dalam masa terdekat.

Menurut beliau, kesediaan Anwar melakukan sumpah laknat tersebut akan membolehkan rakyat negara ini mengetahui kedudukan sebenar isu yang menyelimuti Penasihat PKR itu.

"Saya tidak tahu mengenai perkara itu, tetapi kalau benar, Alhamdulillah dan amat dialu-alukan supaya umat Islam dapat penjelasan mengenai kedudukan sebenar.

"Jika benar dia akan melakukan sumpah laknat dalam masa terdekat, ia satu berita gembira kepada masyarakat ketika ini mahu mengetahui cerita sebenar di sebalik isu video seks yang kian hangat diperkatakan," katanya.

Menurut Jamil Khir, bersumpah merupakan salah satu cara dalam Islam bagi membuktikan diri tidak bersalah dalam sesuatu perkara

"Anwar hanya perlu lafazkan Wallahi, Wabillahi, Watallahi di hadapan masyarakat umum seperti yang dilakukan individu lain bagi membersihkan namanya, jika betul dia tidak terlibat dalam video seks tersebut, maka sumpah laknat bukan satu masalah baginya," katanya.

Jamil Khir mengulas khabar angin yang mengatakan Anwar dan trio 'Datuk T' akan melakukan sumpah laknat dalam masa terdekat bagi membuktikan siapa yang benar dalam isu video seks yang dikatakan mirip Ketua Pembangkang itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan