Jumaat, 29 April 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Henti salahkan nasi lemak

Posted:

Henti salahkan nasi lemak

Henti salahkan nasi lemak

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 28 April - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menasihatkan ibu bapa supaya menguruskan pemakanan anak dengan baik dengan membawa bekal ke sekolah setiap hari.

Katanya, langkah itu adalah jalan terbaik memastikan anak-anak sihat daripada terus menyalahkan penjual nasi lemak, pengurusan kantin sekolah dan penjual 'jajan' di luar kawasan sekolah.

''Ini pandangan saya, sama ada makanan tidak sihat dijual dalam sekolah, mahupun luar sekolah, sebenarnya ia bergantung kepada pembeli.

''Jika anak kita menggemarinya, maka berlakulah urusan jual beli itu. Tetapi jika tiada pembeli, jual apa pun, pasti tiada siapa yang peduli untuk membelinya," katanya di sini, hari ini.

Mohamad memberitahu, kenapa cepat sangat melenting dan menyalahkan nasi lemak, kononnya menyebabkan anak menjadi gemuk.

''Orang di Amerika sana, tak makan nasi lemak pun, tetapi gemuk-gemuk juga. Jangan cepat 'melantun-lantun' dalam membuat keputusan. Kita tidak mahu pentadbiran yang 'melantun-lantun'," katanya.

Tambahnya, individu yang berniaga di luar sekolah mahupun dalam sekolah, semuanya hendak mencari rezeki.

''Mungkin mereka diberhentikan kerja atau berhadapan kesukaran untuk mendapatkan kerja. Maka mereka berniaga kecil-kecilan dan hendak sara anak serta isteri.

''Kita kena tengoklah perkara ini, kepayahan orang ramai berniaga. Ini sampai hendak suruh tangkap penjual 'jajan' dan kompaun peniaga nasi lemak," katanya.

Justeru Mohamad mahu ibu bapa dahulu memainkan peranan dan pastikan anak-anak membawa makanan yang sihat dari rumah dan menyediakan wang poket yang seimbang atau tidak berlebihan.

''Kalau semua pihak mainkan peranan dalam hal ini, tanpa menjejaskan periuk nasi orang lain dan kepentingan mereka, akhirnya semua akan merasa gembira,'' katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

8 pelajar keracunan makanan

Posted:

8 pelajar keracunan makanan

8 pelajar keracunan makanan


SEBAHAGIAN daripada lapan pelajar SMK Malim keluar dari Farmasi Klinik Pakar Hospital Melaka selepas mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar akibat keracunan makanan selepas menikmati hidangan nasi goreng di kantin sekolah, semalam.


MELAKA 28 April - Lapan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Malim di sini dikejarkan ke Hospital Melaka setelah mengalami keracunan makanan disyaki selepas menikmati hidangan nasi goreng di kantin sekolah tersebut hari ini.

Difahamkan, kesemua pelajar perempuan tersebut tiba di hospital terbabit menaiki tiga buah ambulans selepas mereka mengadu sakit perut.

Salah seorang ibu pelajar berkenaan yang enggan dikenali berkata, dia mendapat panggilan daripada pihak sekolah mengatakan dua anak perempuannya dibawa ke Hospital Melaka akibat keracunan makanan.

"Pihak sekolah menelefon saya kira-kira pukul 12 tengah hari memaklumkan anak saya mengalami sakit perut kerana keracunan makanan selepas menikmati hidangan nasi goreng di kantin sekolah pada pukul 10 pagi.

"Ini bukan kali pertama kejadian sebegini berlaku, malah sebelum ini saya sudah beberapa kali mengadu tentang makanan di kantin sekolah tersebut yang kurang memuaskan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di hospital di sini hari ini.

Salah seorang pelajar yang sempat ditemui mendakwa, selain nasi goreng, makanan seperti kentang goreng yang dijual berlendir.

"Akibatnya, saya mengalami sakit perut selepas mengambil makanan itu," katanya yang enggan dikenali.

Sementara itu, tinjauan di bahagian Farmasi Klinik Pakar Hospital Melaka mendapati, beberapa pelajar sedang mendapatkan ubat setelah mengalami sakit perut.

Usaha pemberita untuk menemubual pelajar juga cuba dihalang beberapa guru sekolah terbabit.

Malah beberapa ibu bapa pelajar berkenaan yang ditemui juga enggan mengulas lanjut atas arahan guru sekolah.

Kesemua pelajar terbabit bagaimanapun dilihat meninggalkan pekarangan hospital selepas kira-kira dua jam kemudian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anugerah tanah penempatan saudara baru

Posted:

Anugerah tanah penempatan saudara baru

Anugerah tanah penempatan saudara baru

MELAKA 28 April – Kerajaan negeri menganugerahkan sebidang tanah seluas empat hektar bagi membina penempatan saudara baru Muslim yang akan diuruskan oleh Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di Kampung Lesung Batu, Alor Gajah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, penempatan baru itu akan dibina beberapa infrastruktur seperti sebuah bangunan yang mempunyai 50 pintu sebagai rumah kediaman, kedai, sekolah tadika, surau, sekolah agama dan beberapa kemudahan lain.

''Kerajaan negeri memberikan tanah untuk dijadikan penempatan baru saudara baru Muslim bertujuan mereka yang hidup dalam keadaan daif dan susah dapat menjalani kehidupan sempurna seperti orang lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan majalah Sinar Perkim di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC0 Ayer Keroh di sini hari ini.

Turut hadir ialah Setiausaha Agung Kehormat Perkim, Tan Sri Dr. Abd. Hamid Othman dan Pengerusi Perkim negeri, Abu Pit.

Mohd. Ali berkata, saudara baru Muslim yang tidak mempunyai rumah boleh menyewa rumah kediaman yang akan dibina itu dengan kadar sebanyak RM50 sebulan.

Di samping itu, katanya, penempatan baru yang akan dikenali sebagai Taman Saudara Muslim itu membolehkan aktiviti dakwah dapat dilaksanakan sebagai panduan kepada mereka menjalani kehidupan sebagai Muslim yang baik.

Mengenai penerbitan majalah Sinar Perkim pula, beliau berkata, ia adalah langkah tepat untuk menyebarkan mengenai maklumat terkini mengenai sebarang kegiatan dan aktiviti yang dilakukan oleh pertubuhan itu.

''Melalui Sinar Perkim banyak lagi perkara yang boleh disebarkan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan fakta khususnya kepada orang ramai dan saudara baru Muslim," katanya.

Majalah itu juga, katanya, boleh digunakan oleh Perkim untuk berdakwah selain memuatkan bahan-bahan seperti rencana berunsur ilmiah, nasihat, soal jawab agama dan sebagainya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan