Rabu, 27 April 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Pegawai SPRM diugut – Shafik

Posted:

Pegawai SPRM diugut – Shafik

Pegawai SPRM diugut – Shafik

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my


EAN YONG HIAN WAH, Ahmad Shafik


KUALA LUMPUR 26 April – Seorang pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu ekoran kematian Teoh Beng Hock, SPRM bukan sahaja tidak mendapat kerjasama saksi untuk meneruskan siasatan, malah pegawainya turut menerima ugutan.

Ekoran itu juga, tiada bukti dapat menunjukkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah terlibat dalam penyalahgunaan wang peruntukan Kerajaan Negeri Selangor.

Perkara itu dinyatakan oleh Pemangku Penguasa Kanan, Ahmad Shafik Abdul Rahman @ Alwee, 32, pada prosiding Suruhanjaya Siasatan Kematian Beng Hock di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di sini hari ini.

Beliau yang bertugas di Unit Pemeriksaan dan Perundingan di Putrajaya telah mengambil alih siasatan terhadap Hian Wah daripada pegawai penyiasat SPRM Selangor, Mohd. Anuar Ismail pada 27 Ogos 2009 berikutan kematian Setiausaha Politik Exco Selangor itu.

''Tiada siasatan berkaitan dengan tandatangan Beng Hock di bawah cop Hian Wah kerana selepas kematian Beng Hock, keterangannya tidak dapat diambil.

''Dokumen termasuk fakta kes dirujuk kepada Tuan Hishamuddin (bekas Timbalan Pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim) dan beliau arahkan siasatan lanjut berhubung kes tersebut. Tetapi disebabkan kematian Beng Hock, tiada kerjasama saksi, siasatan diganggu dan ada pegawai-pegawai SPRM yang diugut,'' jelas beliau.

Ahmad Shafik turut mengesahkan bahawa tiada sebarang keterangan yang membabitkan Hian Wah selain tiada bukti mencukupi untuk mendakwa beliau mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Kata beliau, kerja-kerja bagi empat projek yang dituntut oleh Hian Wah juga didapati telah siap dan dilaksanakan mengikut spesifikasi yang ditetapkan selain tiada tuntutan melampau ditemui dalam siasatannya.

Berikutan itu, jelas Ahmad Shafik, pihak SPRM mendapat arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya supaya siasatan terhadap kes tersebut dihentikan.

Berhubung kemasukan wang ke dalam akaun DAP, kata Ahmad Shafik, siasatan mendapati ia adalah tuntutan semula walaupun beliau tidak dapat memadankan 50 keping resit yang diserahkan oleh pegawai parti politik itu dengan projek- projek yang dilaksanakan.

Beliau turut mendapat arahan agar siasatan lanjut terhadap pembayaran kepada DAP tidak perlu dilakukan dengan alasan ia tiada kaitan dengan kes yang disiasat di bawah Seksyen 18 akta tersebut.

Semasa menyentuh tentang pendahuluan yang diberikan oleh DAP, anggota Suruhanjaya Siasatan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman menegur: ''Tidak mungkin kontraktor tidak ada RM1,800 untuk mulakan projek sehingga terpaksa pinjam daripada DAP. Kalau saya kontraktor itu, saya akan merasa malu. Macam mana mahu raih projek yang lebih besar.''

Beng Hock, 30, Setiausaha Politik Exco Selangor, Hian Wah, ditemui mati di koridor tingkat lima pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam, Shah Alam dekat sini.

Prosiding bersambung esok.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mustafa balas ‘serangan’ Azmin

Posted:

Mustafa balas 'serangan' Azmin

Mustafa balas 'serangan' Azmin

KUALA LUMPUR 26 April – Selepas tiga hari mengunci mulut meskipun 'diserang' secara terbuka oleh Azmin Ali ekoran kenyataan kontroversinya, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali akhirnya membalas balik kritikan tersebut.

Beliau menyifatkan Azmin walaupun berjawatan sebagai Timbalan Presiden dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi tidak mempunyai ketahanan politik sebagaimana mentornya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahupun Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Kata Mustafa, Azmin sekarang berada dalam keadaan yang sangat tertekan, maka bukanlah sesuatu yang menghairankan jika orang nombor dua PKR itu sering kali melenting secara berlebihan apabila berhadapan dengan sesuatu isu.

"Saya sebenarnya tidak terlalu mengambil kisah mengenai apa yang dikatakan oleh Azmin dalam laman Twitternya. Dia seorang pemimpin yang berada dalam keadaan yang sangat tertekan dan pada masa yang sama tiada ketahanan.

"Walaupun Azmin adalah Timbalan Presiden PKR tetapi dia tidak mempunyai ketahanan seperti Anwar dan Wan Azizah.

"Sepatutnya Anwar yang tertekan kerana tuduhan ini (video seks) dilemparkan terhadapnya, tetapi saya pelik kenapa Azmin pula yang terlebih tertekan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas kritikan terbuka Azmin yang berang apabila hampir keseluruhan media melaporkan kenyataan Mustafa bahawa Pas akan membuat ketetapan baru selepas siasatan terhadap video seks itu selesai.

Azmin dalam Twitternya dipetik sebagai berkata: "Apakah benar Mustafa Ali keluar kenyataan begitu untuk menyinggung Keadilan (PKR) dan DSAI (Anwar)? Rakyat tuntut penjelasan.

"Pimpinan perlu akur (dengan) kerangka besar agenda bersama pakatan rakyat. Jangan jadi jaguh kampung yang tidak lagi relevan tapi mahu perhatian."

Ditanya mengapa mengambil masa selama tiga hari untuk membalas kenyataan Azmin, jelas Mustafa, selaku Setiausaha Agung Pas, beliau tidak mahu menambah lagi tekanan kepada Timbalan Presiden PKR itu.

"Dia kawan kita, jadi kita tidak mahulah tambah beban dia," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

16 Mei tentukan nasib Anwar

Posted:

16 Mei tentukan nasib Anwar

16 Mei tentukan nasib Anwar

Oleh AMIRUDDIN HARUN dan SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 26 April - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 16 Mei ini, keputusan sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipanggil membela diri atau dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menetapkan tarikh tersebut selepas selesai mendengar hujahan lisan daripada pihak pembelaan dan pendakwaan hari ini.

Anwar, 64, dibicarakan selepas didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang hingga 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Semalam, pihak pendakwaan dalam hujahnya menamakan Ketua Pembangkang itu sebagai pemilik profil asid deoksiribonukleik (DNA) 'Lelaki Y' yang ditemui di dalam dubur Mohd. Saiful Bukhari.

Ketika menyambung hujah balasnya hari ini, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden menjelaskan pihaknya tidak memanggil Dr. Muhammad Osman Abdul Hamid sebagai saksi memandangkan keterangan doktor dari Hospital Pusrawi itu tidak boleh diterima dan sebahagiannya pula tidak benar.

Menjawab hujahan peguam Karpal Singh berhubung isu tersebut, beliau menyatakan, ini kerana berdasarkan keterangan Mohd. Saiful Bukhari, doktor tersebut tidak menjalankan ujian forensik ke atas dirinya sebaliknya menasihatkan pergi ke hospital kerajaan.

Berhubung hujah peguam RamKarpal Singh yang mendakwa keterangan ahli-ahli kimia, Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon berat sebelah, ujarnya, apa yang berlaku adalah setiap kali menjawab soalan balas peguam itu, keterangan mereka akan dipintas menyebabkan mereka tidak dapat memberikan penjelasan.

Justeru, beliau meminta mahkamah melihat secara menyeluruh keterangan sepanjang pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula kedua-dua saksi terbabit.

Hujah beliau lagi, berdasarkan bahan bukti yang dikemukakan, saksi-saksi pakar itu bukan sahaja cekap dalam menjalankan pemeriksaan dan analisis yang ditugaskan kepada mereka, bahkan telah menjelaskan penemuan atau pendapat mereka beserta dengan alasannya sekali.

''Tidak terputus rantaian keterangan berkaitan bahan-bahan bukti yang boleh memberi kesan kepada integriti mereka,'' tegas beliau.

Mengenai dakwaan peguam Sankara Nair bahawa tiada gel pelincir KY Jelly digunakan dalam kejadian itu, jelasnya, mengikut keterangan doktor, penggunaan gel tersebut sebagai alat pelincir adalah konsisten dengan apa yang berlaku.

Justeru, Mohd. Yusof menegaskan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa air mani ditemui dan ia adalah kepunyaan Anwar, maka adalah wajar Ketua Pembangkang itu menjelaskan bagaimana perkara itu boleh berlaku.

Beliau juga menyatakan tidak ada keterangan pengadu yang mustahil, tidak masuk akal atau diragui untuk mahkamah tidak merasa selamat menerimanya memandangkan pemuda itu merupakan saksi yang boleh dipercayai.

''Keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh pendakwaan pada peringkat ini adalah berwibawa untuk mahkamah menerimanya dengan selamat, telah diberikan perhatian dan tindakan sewajarnya selain telah membuktikan seluruh inti pati pertuduhan,'' katanya.

Oleh itu, tegas Mohd. Yusof, pihaknya bukan sahaja berjaya mengemukakan bukti bagi menyokong kes prima facie, tetapi telah mengemukakan kes tanpa sebarang keraguan bahawa tertuduh yang melakukan perbuatan itu dan bukan orang lain.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan