Khamis, 28 April 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


DUA PM BERTEMU

Posted:

DUA PM BERTEMU

DUA PM BERTEMU


NAJIB Tun Razak dan Wen Jiabao memberikan pos istimewa untuk dirakamkan sebelum menaiki bot ke Seri Perdana di Putrajaya, semalam. – AGENSI


PERDANA Menteri China, Wen Jiabao memulakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia semalam sebagai membalas lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2009.

Jiabao akan bertemu Najib hari ini di Putrajaya dengan kedua-dua pemimpin dijadual akan mengadakan perbincangan rasmi.

Najib juga akan menganjurkan majlis makan tengah hari untuk Jiabao di Seri Perdana hari ini.

Ini merupakan lawatan rasmi kedua Jiabao ke Malaysia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 keldai dadah ditahan

Posted:

10 keldai dadah ditahan

10 keldai dadah ditahan

KUALA LUMPUR 27 April — Sepuluh rakyat Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland, New Zealand, semalam selepas didapati cuba menyeludup masuk dadah bernilai NZ$10 juta (RM24 juta).

Akhbar New Zealand Herald melaporkan, dadah jenis methamphetamine itu ditemui disorokkan dalam kasut suspek.

Laporan menyebut, kastam membuat tangkapan itu selepas menahan dua rakyat Malaysia daripada sekumpulan pelancong yang tiba di lapangan terbang tersebut pada tengah hari semalam.

Selepas diperiksa dan disoal siasat, pihak berkuasa mendapati mereka membawa methamphetamine atau 'P' dalam kasut masing-masing, sebelum bertindak mengesan kumpulan pelancong terbabit.

"Kesemua mereka didapati membawa antara 800 gram dan sekilogram P dalam kasut masing-masing. Nilai semasa P dianggar NZ$1 juta (RM2.4 juta) sekilogram," kata akhbar itu.

Lapan lelaki dan dua wanita berusia dalam lingkungan awal 20-an dan lewat 60-an itu dijadual dihadapkan ke Mahkamah Daerah Manukau hari ini.

Laporan itu memetik Pengurus Siasatan Dadah Kastam Mark Day sebagai berkata, tangkapan tersebut membabitkan bilangan 'keldai dadah' teramai dalam satu operasi di New Zealand.

"Dengan menyertai kumpulan pelancong yang dilihat sebagai sah, penjenayah ini cuba mengikuti corak perjalanan yang biasa dilakukan pelancong agar tidak dianggap sebagai kumpulan berisiko tinggi," katanya.

Menurut Kementerian Luar Malaysia, sehingga 31 Mac tahun ini seramai 833 daripada 1,880 rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara adalah kerana kes dadah. — BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Saya tidak kata baca Utusan haram'

Posted:

'Saya tidak kata baca Utusan haram'

'Saya tidak kata baca Utusan haram'

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA dan RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 27 April - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din hari ini menafikan sekeras-kerasnya laporan akhbar Suara Keadilan yang memetik beliau sebagai berkata, hukum membaca Utusan Malaysia adalah haram seperti disiarkan lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Menurutnya, beliau juga tidak pernah menasihatkan orang ramai supaya jangan membeli Utusan Malaysia dengan alasan ia menyebarkan fitnah seperti dilaporkan akhbar berkenaan semalam.

"Semasa dihubungi wartawan Suara Keadilan tiga hari lalu, pemberita berkenaan meminta saya mengulas hukum bagi berita berbentuk fitnah dan dia langsung tidak menyebut Utusan Malaysia, jadi saya beri pandangan umum saya terhadap fitnah dalam pemberitaan.

"Jadi, saya langsung tidak mengaitkan Utusan Malaysia dan saya anggap ia disalah lapor tetapi tidak tahu mengapa ia jadi begitu, saya enggan ulas mengenai kekhilafan itu kerana tidak mahu panjang cerita.

"Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak akan mengeluarkan kenyataan bodoh sebegitu (baca dan beli Utusan Malaysia haram) kerana saya sendiri membaca Utusan Malaysia," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Haron diminta menjelaskan laporan muka dua lidah rasmi PKR itu semalam yang kononnya memetik beliau sebagai mengeluarkan hukum membaca serta membeli akhbar Utusan Malaysia sebagai haram kerana ia mengeluarkan berita berunsur fitnah.

Dalam pada itu, beliau masih lagi memikirkan tindakan sewajarnya yang akan diambil ke atas Suara Keadilan ekoran 'kesilapan' laporan berkenaan.

"Saya dihujani panggilan dan khidmat pesanan ringkas pelbagai pihak hari ini akibat kesilapan laporan itu tetapi tengok dahulu keadaan sehingga minggu hadapan (untuk mengambil tindakan ke atas Suara Keadilan)," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan