Jumaat, 29 April 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Jambatan ketiga Malaysia-Thailand

Posted:

Jambatan ketiga Malaysia-Thailand

Jambatan ketiga Malaysia-Thailand

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
Rodelio.taucan@utusan.com.my


TENUNG Vejkorm Kanon (kiri) bersama pegawai kerajaan melihat persembahan tradisional tempatan sempena Festival Palang Merah Tahunan di Wilayah Narathiwat, semalam. - utusan/Yatimin Abdullah


NARATHIWAT 28 April - Thailand merancang membina jambatan ketiga menghubungkan negara itu dengan Malaysia membabitkan laluan sepanjang satu kilometer dari Tak Bai ke Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan.

Gabenor Wilayah Narathiwat, Tenung Vejkorm Kanon berkata, pelan dan reka bentuk jambatan itu telah siap dan pembinaannya akan dimulakan di Mukim Kok Sekon iaitu sebuah penempatan di Tak Bai yang paling hampir dengan sempadan kedua-dua negara.

Jelas beliau, pelan tersebut bagaimanapun perlu dibentang dan mendapat kelulusan terlebih dahulu dari negara ini dalam mesyuarat Jawatankuasa Bersama Malaysia - Thailand (JBMT) yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Ini adalah projek di bawah jawatankuasa itu, Malaysia serah kepada Thailand untuk buat kajian dan kita sudah pun siapkan rekaan jambatan, sekarang hanya menunggu jawapan dari Malaysia.

"Perkara ini adalah fokus utama pada mesyuarat jawatankuasa yang bakal diadakan nanti untuk merealisasikan pembinaan jambatan menghubungkan rakyat dua negara," katanya pada sidang akhbar sempena Festival Palang Merah Tahunan di sini semalam.

Hadir sama, Timbalan Gabenor Narathiwat, Dejrath Simsiri; Timbalan Ketua Tentera Narathiwat, Mejar Jeneral Utis Sunthorn dan Pemangku Ketua Polis Wilayah-Wilayah Selatan, Mejar Jeneral Yongyut Charoenwanit.

Sebelum ini, rakyat kedua-dua negara terutama yang tinggal di Tak Bai dan Pengkalan Kubor terpaksa menggunakan bot dan feri yang disediakan bagi merentasi Sungai Golok yang menjadi pemisah antara Malaysia dan Thailand.

Ketika ini dua buah jambatan yang telah menjadi simbol hubungan persahabatan antara rakyat kedua-dua negara adalah Jambatan Persahabatan di Bukit Bunga Jeli, Kelantan dengan Ban Buketa serta Jambatan Muhibbah antara pekan Sungai Golok dan Rantau Panjang.

Vejkorm Kanon ketika diminta mengulas mengenai kos keseluruhan membabitkan pembinaan jambatan itu berkata, perkara itu hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa itu nanti kerana ia membabitkan dua negara.

Beliau berkata, idea membina jambatan baru itu timbul kira-kira 10 tahun lalu, namun perancangan rapi termasuk kajian alam sekitar perlu diperincikan terlebih dahulu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

600 nelayan terima bantuan

Posted:

600 nelayan terima bantuan

600 nelayan terima bantuan

MARANG 28 April - Seramai 600 nelayan yang berdaftar dengan Persatuan Nelayan Kawasan Marang (PNKM) menerima elaun sara hidup bulanan sebanyak RM200 seorang pada satu majlis di sini hari ini.

Bantuan yang keseluruhannya berjumlah RM120,000 itu disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Yahya Khatib Mohamad.

Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri, Mohd. Safee Mohd. berkata, jumlah bantuan itu merupakan sebahagian daripada RM28 juta yang disalurkan kepada lebih 8,000 nelayan di seluruh negeri.

Menurutnya, selain subsidi 10 sen bagi setiap kilo hasil tangkapan dan subsidi diesel dan petrol, bantuan secara tunai ini bertujuan mengurangkan beban golongan itu.

"Untuk itu juga, golongan nelayan perlu memperbaharui kad e-nelayan mengikut tempoh yang telah ditetapkan bagi mengelak berlaku sebarang kesulitan untuk berurusan dengan pelbagai pihak termasuk LKIM," ujarnya.

Sementara itu, Yahya memberitahu, selain LKIM golongan nelayan di negeri ini boleh memohon bantuan melalui Tabung Darul Iman (TDI) sekiranya mereka berhadapan dengan masalah yang mendesak.

Yahya yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Marang berkenaan, tabung kelolaan kerajaan negeri boleh dirujuk kepada pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) masing-masing.

Yahya turut mencadangkan agar jeti tidak harus dijadikan sebagai tempat pendaratan ikan semata-mata tetapi juga sebagai pusat kegiatan agro-pelancongan seperti memancing, menjual ikan bakar dan sebagainya.

"Seharusnya mereka berusaha mempelbagaikan punca pendapatan dan ini akan membantu kerajaan mencapai sasaran meningkatkan pendapatan nelayan sekali ganda menjelang tahun 2020," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ketibaan PM dinantikan

Posted:

Ketibaan PM dinantikan

Ketibaan PM dinantikan

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
utusanterengganu@utusan.com.my


DATARAN Shahbandar Kuala Terengganu menjadi lokasi majlis makan malam bersama rakyat pada hari Sabtu yang merupakan program kemuncak lawatan Perdana Menteri ke Terengganu. -utusan/AZLAN BAHRUM


KUALA TERENGGANU 28 April - Datuk Seri Najib Tun Razak meneruskan siri Program Turun Padang (PTP) untuk bersama rakyat dengan melakukan lawatan kerja sehari ke negeri ini yang dijadualkan Sabtu ini.

Puluhan ribu rakyat dijangka berkumpul di lima lokasi dalam kawasan Parlimen Kuala Nerus dan di sini untuk bersama Perdana Menteri dalam majlis-majlis yang diatur secara santai.

Kunjungan pemimpin utama negara melalui program itu, selepas Sarawak dan Johor sememangnya dinantikan dan ramai kalangan penduduk dan pemimpin negeri menyifatkan ia bakal memberi makna yang cukup besar.

Apatah lagi, beberapa lokasi-lokasi tumpuan adalah di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Tunggal dan Manir yang tidak diwakili oleh parti kerajaan memerintah.

PTP memberi ruang bagi membolehkan Perdana Menteri meninjau perkembangan pembangunan sekitar, mendengar cadangan, permasalahan, harapan dan rintihan penduduk setempat di samping memastikan semua janji dapat ditunaikan.

Dalam lawatan sehari dengan atur cara padat itu beliau dijangka menyampaikan amanat berhubung gagasan transformasi negara dan mungkin membawa perkhabaran yang menggembirakan rakyat negeri di samping bermesra dengan anggota masyarakat setempat khususnya tanpa jurang pemisah.

Perdana Menteri dijadualkan tiba malam ini dan akan memulakan program Turun Padang pada pukul 8.45 pagi esok dengan lawatan ke Pasar Batu Enam yang telah dibaikpulih dan beri wajah baru.

Pada masa sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan merasmikan majlis penutup program Pandu Puteri Turun Padang di Padang Astaka Kampung Seberang Pintasan, Dungun.

Melalui program 'walkabout' yang bersifat tinjauan mesra dan prihatin itu, Perdana Menteri akan bersarapan di sebuah kedai sebelum bertemu peniaga kuih-muih, barangan basah dan sayur-sayuran.

Pasar itu pernah dikunjungi Allahyarham bapanya lebih empat dekad lalu dan sebilangan peniaga masih mengingati kenangan bersama bekas pemimpin itu.

Perdana Menteri kemudiannya akan menziarahi mereka yang kurang upaya, uzur, warga tua dan memerlukan bantuan di Kampung Pengkalan Arang di samping bersama bergotong-royong membaiki rumah seorang penduduk.

Selepas itu beliau kemudiannya akan meninjau tapak pasar Bukit Tunggal yang akan dibangunkan sejajar dengan peningkatan penduduk sekitar dan kira-kira pukul 11.40 pagi, bersama rakyat DUN Manir di kampung Pulau Bahagia.

Di situ (Pulau Bahagia) beliau akan melawat Klinik Kesihatan Masyarakat yang diusahakan oleh pemimpin UMNO setempat untuk memberikan lebih kemudahan kepada penduduk dengan penempatan doktor pakar pada setiap hujung minggu memberikan khidmat secara percuma.

Perdana Menteri kemudiannya akan mengadakan Program Perjumpaan Mesra bersama rakyat di padang bola kampung itu dan bersama menikmati juadah tengah hari bersama ribuan rakyat dalam majlis kenduri kampung terbesar.

Pada sebelah petang pula, Perdana Menteri akan merasmikan Perumahan Pangsapuri Rakyat Mampu Milik di Pulau Duyong (DUN Bukit Tunggal) di samping menemui rakan-rakan laman sosial 'facebook' di Marina Ri-Yaz Resort.

Manakala di sebelah malam pula, Perdana Menteri akan menghadiri Jamuan Rakyat bersama kira-kira 20,000 orang pelbagai kaum di Dataran Shahbandar.

Ia merupakan acara kemuncak lawatan dalam program yang dirangka berkisar kepada pertemuan dan bermesra dengan rakyat tanpa protokol sebagaimana yang dihasratkan sendiri oleh Perdana Menteri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan