Sabtu, 30 April 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Anwar patut sumpah nafi tuduhan

Posted: 30 Apr 2011 04:05 PM PDT

Nasional

Kes babit video seks aibkan masyarakat Islam, perlu diselesai segera: Mufti

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya bersumpah menafikan beliau adalah pelaku dalam video seks yang didedahkan, bukan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang patut berbuat demikian, kata Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya.

Ketika dihubungi di Makkah semalam, Juanda berkata memadai bagi Anwar bersumpah dengan berkata 'Wallahi tuduhan itu palsu'.

Beliau berkata, dalam hukum Islam, kaedah yang diamalkan dalam kes jenayah seperti ini ialah pendakwa perlu membukti pertuduhan dan yang kena tuduh bersumpah menafikan tuduhan. "Datuk Shazryl Eskay tidak patut bersumpah, yang patut bersumpah adalah orang yang kena tuduh (Anwar) bagi menafikan tuduhan itu," katanya kepada Berita Minggu, semalam.

Juanda turut berkata, beliau mahu kes membabitkan video seks berkenaan diselesaikan dengan segera kerana ia memalukan umat Islam.

"Mahkamah Syariah perlu proaktif memutuskan hal ini dengan segera untuk menutup aib umat Islam, bukan menjadi penonton saja. Semua pihak perlu menjaga imej Islam," katanya.

Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata beliau tidak ditemui atau dihubungi Anwar bagi mendapatkan nasihat berhubung sumpah laknat untuk membuktikan ketua pembangkang itu bukan pelaku dalam video seks.
Sebaliknya, beliau tidak menolak kemungkinan Anwar menggunakan kenyataannya yang disiarkan dalam beberapa portal berita untuk tidak bersumpah laknat seperti dilakukan Shazryl Eskay, kelmarin.

Beliau turut menafikan ada menzahirkan kata-kata simpati terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

"Saya tidak pernah dihubungi atau ditemui Anwar untuk mendapatkan pandangan saya mengenai sumpah laknat, mungkin dia berpandu kepada kenyataan saya baru-baru ini," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Harussani antara tokoh agama yang didakwa Anwar memberi nasihat kepadanya untuk tidak bersumpah laknat, malah Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mendakwa Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menasihatkan beliau supaya tidak melayan desakan untuk bersumpah laknat kerana tuduhan yang dikenakan terhadapnya perlu diselesaikan di mahkamah syariah.

Dalam ucapan di Dewan Kampung Bukit Seputeh, malam kelmarin, Anwar mendakwa beberapa bekas mufti seperti bekas Mufti Wilayah Persekutuan dan bekas Mufti Perlis menasihatkannya selain Harussani dan menyatakan simpati tuduhan zina yang dikenakan terhadapnya.

Sementara itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengesahkan upacara sumpah laknat Shazryl Eskay di Masjid Amru Ibni Al-As kelmarin mendapat kebenaran pihaknya dan juga jawatankuasa kariah masjid itu.

Ketua Pengarah JAWI, Datuk Che Mat Che Ali menegaskan pihaknya tidak menghalang mana-mana pihak atau individu Islam hendak mengadakan upacara seumpama itu di dalam masjid bawah kawal seliaan mereka.

"Ada 140 masjid di dalam Wilayah Persekutuan dan mereka boleh pilih masjid mana mereka hendak adakan majlis itu. Pada mulanya mereka memilih Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta untuk adakan majlis itu, dan kita benarkan.

"Selepas itu mereka ubah fikiran dan memilih Masjid Amru Ibni Al-As Bandar Baru Sentul. Kita benarkan. Sumpah laknat boleh dibuat di dalam atau di luar masjid. Tetapi lebih baik di dalam masjid sebab menyebut nama Allah," katanya kepada Berita Minggu, semalam.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dua Datuk T terima ugutan lapor polis

Posted: 30 Apr 2011 04:00 PM PDT

Nasional

pix_gal0
BANGI: Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik mendakwa beliau dan seorang lagi trio 'Datuk T' iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah menerima ugutan serta ancaman keselamatan daripada pihak tidak dikenali.

Beliau berkata, ugutan serta ancaman berkenaan diterimanya beberapa minggu lalu selepas mendedahkan video seks yang dikatakan mirip wajah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, pihak terbabit juga bukan saja mengugut serta mengancam untuk mencederakan dirinya, malah ahli keluarga mereka. "Saya menerima ugutan daripada pihak tidak dikenali mahu mencederakan saya serta ahli keluarga beberapa minggu lalu dan saya sudah membuat laporan polis berhubung perkara itu.

"Bukan saya saja, malah (Datuk) Shazryl Eskay juga turut menerima ugutan sama," katanya semalam, selepas menyampaikan ucaptama Program Memperkasakan Model Baru Ekonomi (MBE) anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu serta UMNO Bahagian Serdang.

Rahim menggesa polis mendedahkan segera identiti pelaku dalam video seks berkenaan supaya rakyat tidak terkeliru.

Sementara itu, empat laporan polis dibuat oleh tiga individu ekoran kekecohan dicetuskan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika majlis sumpah laknat oleh Shazryl Eskay di Masjid Amru Ibni Al-As, Bandar Baru Sentul, petang kelmarin.
Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub, Pahang; Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, Melaka dan Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh, Kelantan petang dan malam kelmarin manakala satu lagi laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, ibu negara, petang semalam.

Semua laporan berkenaan dibuat tiga individu berkenaan yang meminta supaya pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang cuba mencetuskan huru-hara ketika di dalam masjid berkenaan termasuk melakukan provokasi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata pihaknya sudah menerima semua laporan itu dan akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan yang dinyatakan.

"Kita akan menyiasat mengikut saluran undang-undang termasuk menyiasat dakwaan menyatakan pihak pembangkang cuba merampas pembesar suara surau berkenaan serta bertindak kasar terhadap jemaah," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan