Selasa, 26 April 2011

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Remaja mangsa 'kenduri seks'

Posted:

Remaja mangsa 'kenduri seks'

Remaja mangsa 'kenduri seks'

KUALA LUMPUR 26 April - Perkenalan seorang remaja dengan seorang lelaki menerusi laman sosial Facebook menjadi mimpi ngeri apabila dia menjadi mangsa 'kenduri seks' sembilan lelaki di sebuah rumah teres di Mahkota Cheras, dekat sini Sabtu lalu.

Sebelum kejadian itu, mangsa berusia 14 tahun dikatakan keluar menaiki teksi dari rumahnya di Kondominium Rakyat, Pantai Dalam, kira-kira pukul 7 pagi untuk menemui rakan lelaki yang baru dikenali menerusi laman sosial tersebut.

Bagaimanapun, sebaik sahaja bertemu di lokasi dijanjikan, suspek membawa seorang rakannya menaiki sebuah kereta Proton Saga ke rumah mereka.

Sebaik sahaja sampai, terdapat tiga lagi lelaki yang merupakan rakan suspek. Salah seorang suspek telah mendekati mangsa untuk mengadakan seks namun remaja itu yang enggan menurut kemahuannya telah dipukul lalu dirogol.

Suspek dikatakan memanggil empat lagi rakan lelakinya datang ke rumah tersebut sebelum menjadikan mangsa sebagai 'kenduri seks' beramai-ramai.

Kejadian malang itu berakhir kira-kira pukul 9 malam selepas mangsa berjaya melarikan diri ketika dibawa salah seorang suspek ke restoran makanan tom yam.

Mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian sebelum dibawa ke hospital berdekatan bagi pemeriksaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kajang, Supritendan Azman Ayob ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini mengesahkan kejadian tersebut.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. Kesemua suspek terbabit dipercayai berusia 20-an," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

100,000 rakyat Thailand masuk negara ini

Posted:

100,000 rakyat Thailand masuk negara ini

100,000 rakyat Thailand masuk negara ini

KOTA BHARU 26 April - Seramai 100,000 rakyat Thailand memasuki negara ini sebulan melalui Sungai Golok-Rantau Panjang yang merupakan antara laluan keluar masuk utama ke Malaysia, di sini.

Konsul Besar Diraja Thailand di sini, Surapon Petch-Vra berkata, mereka datang sebagai pelancong, peniaga dan pekerja, tetapi kurang mengetahui peluang lain yang mampu meningkatkan hubungan erat antara kedua-dua negara.

Menurut beliau, jumlah kemasukan rakyat Thailand ke negara ini jauh lebih tinggi berbanding antara 40,000 hingga 50,000 rakyat Malaysia dan pelancong asing memasuki negara berkenaan melalui pintu masuk sama.

"Hubungan dua hala yang baik antara Malaysia dan Thailand membolehkan rakyat Thailand berulang-alik ke negara ini," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Jalan Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Konsul, Itti Kawepornsakul; Pengarah Pusat Pentadbiran Selatan Thailand, Sommitr Silparasert dan Timbalannya, Boontum Munegan.

Sungai Golok-Rantau Panjang merupakan antara dua laluan keluar masuk ke negara ini di sini selain Tak Bai-Pengkalan Kubor di Tumpat.

Mengulas lanjut Suraporn berkata, dalam usaha meningkatkan lagi hubungan baik sedia ada, pihaknya akan menganjurkan Pesta Thai 2011 yang memasarkan pelbagai produk keluaran rakyat negara itu di Gelanggang Seni dekat sini selama lima hari bermula 4 Mei ini.

Beliau berkata, antara produk yang akan dipamer dan dipasarkan ialah makanan, pakaian, perabot, penjagaan kesihatan dan kraf tangan yang kebanyakannya dihasilkan oleh penduduk di Wilayah Selatan Thailand.

"Produk berkenaan dibawa terus dari kawasan terlibat sempena pesta itu," katanya.

Pesta itu, jelas beliau, merupakan program tahunan dan ia mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat tempatan setiap kali diadakan berikutan adanya hubungan baik antara kedua-dua negara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan