Ahad, 24 April 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


AC Mizal, isteri sertai UMNO

Posted: 24 Apr 2011 02:47 AM PDT

Mutakhir

IPOH: Pelakon dan pengacara, Datuk Mizal Zaini atau lebih dikenali sebagai AC Mizal bersama isterinya, Emylia Rosnaida menyemarakkan Program Jom Masuk UMNO di sini apabila bersama 500 yang lain mengemukakan borang kemasukan sebagai ahli parti itu hari ini.

AC Mizal, 40, yang juga ahli perniagaan berjaya itu menyerahkan borang keahlian kepada Ketua UMNO Bahagian Ipoh Barat, Datuk Shamsuddin Ghaffar.

Bercakap kepada pemberita, AC Mizal berkata, beliau menyertai UMNO kerana selari dengan perjuangannya dan selepas dipelawa oleh Ketua Pemuda Bahagian Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi. "Saya terus menerimanya kerana selama ini saya lihat (UMNO) begitu komited dalam perjuangan demi menegakkan keadilan," katanya ketika program anjuran UMNO Bahagian Ipoh Barat.

AC Mizal turut mendedahkan bahawa beliau sebelum ini telah ditawarkan menyertai sebuah parti pembangkang serta dijanjikan jawatan tinggi dalam parti itu tetapi menolaknya kerana tidak bersetuju dengan dasar yang diperjuangkan oleh parti berkenaan.

"Adalah sukar untuk saya menerima pelawaan menyertai parti tersebut kerana saya dibesarkan dengan perjuangan UMNO yang popular dengan slogan "Dulu, Kini dan Selamanya...tambahan pula saya langsung tidak bersetuju ataupun serasi dengan dasar perjuangan yang didukung oleh mereka," katanya.

AC Mizal berkata, beliau akan bergiat secara ikhlas dan telus sebagai seorang ahli biasa Pemuda UMNO dan tidak berhasrat untuk merebut jawatan di dalam parti.
"Saya berniat untuk bergerak secara aktif dalam pergerakan Pemuda walaupun usia telah mencapai 40 tahun pada tahun ini tetapi bagi saya masih belum terlambat bagi membantu parti yang menjaga negara sejak ia ditubuhkan," katanya.

Anak kelahrian Muar, Johor itu berkata, beliau turut memilih untuk bersama-sama UMNO Perak berdasarkan nasihat Allahyarham ayah mentuanya yang telah berpesan sekiranya beliau ingin memperjuangkan nasib bangsa, Perak adalah tempatnya.

Isterinya, Emylia berasal dari sini.

Sementara itu, Pengarah filem Hantu Mak Limah Balik Rumah, Mamat Khalid yang turut berada pada majlis itu berkata, beliau datang untuk memberi sokongan kepada rakannya. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cadangan penggabungan DAP-SNAP masih dibincangkan: Kit Siang

Posted: 24 Apr 2011 02:26 AM PDT

Mutakhir

SIBU: Cadangan penggabungan antara DAP dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) masih di peringkat awal perbincangan, kata penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Beliau berkata, ia tidak sepatutnya dilihat sebagai satu ancaman kepada perpaduan pakatan pembangkang tetapi bagi menggalakkan pertumbuhan, sokongan dan kekuatan bukan sahaja di negeri ini tetapi juga di seluruh negara.

"Cadangan itu adalah demi kepentingan pakatan pembangkang dan bukan satu penentangan terhadapnya. "Kepimpinan DAP Sarawak masih meneliti idea ini lebih lanjut. Ia tidak akan diteruskan jika pimpinan SNAP menentangnya," katanya di sini, hari ini selepas bedah siasat parti mengenai pilihan raya negeri.

Lim juga berkata, bahawa kemenangan DAP di 12 kerusi pada pilihan raya negeri 16 April lalu bukan atas sokongan kaum Cina sahaja tetapi daripada semua kaum.

"Jika bukan kerana sokongan Bumiputera, ia agak sukar untuk memenangi kawasan pilihan raya seperti Batu Kawah, Meradong, Kidurong, Kota Sentosa, Repok, Piasau dan Dudong.

Mereka memainkan peranan penting dalam kejayaan kita iaitu bagi semua orang Sarawak," katanya.
Pengerusi DAP negeri, Wong Ho Leng berkata, satu mesyuarat antara DAP, PKR dan PAS akan diadakan pada 1 Mei jam 2 petang di Kuching bagi membincangkan lebih lanjut mengenai penggabungan itu. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan