Khamis, 28 April 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Penjenayah diburu maut ditembak polis

Posted:

Penjenayah diburu maut ditembak polis

Penjenayah diburu maut ditembak polis

28/04/2011 7:31pm

TAWAU — Polis Lahad Datu menembak mati seorang lelaki yang dikenali sebagai 'Oyong' selepas disyaki terlibat dalam empat kes rompakan di sekitar Lahad Datu dan Kinabatangan.

Lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditembak di Kilometer 14, Jalan Silam-Kunak pada 7.35 malam tadi setelah melepaskan tembakan ke arah polis ketika cuba meloloskan diri.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata sebelum itu, Oyong yang menunggang motosikal, dikatakan bertemu seorang rakan apabila terserempak dengan sepasukan anggota polis.

"Sebaik keluar di jalan raya, anggota polis memberi amaran agar berhenti, namun tidak diendahkan suspek, sebaliknya memecut motosikal sehingga polis terpaksa mengejarnya sejauh lima kilometer sebelum berjaya memintasnya.

"Selepas dipintas, penjenayah berkenaan turun dari motosikal dan terus melepaskan satu das tembakan ke arah polis. Polis yang bertindak mempertahankan diri melepaskan dua das tembakan dan mengenai perutnya," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Ketua-Ketua Polis Daerah seluruh Sabah hari ini.

Polis menemui sepucuk pistol yang berisi lima butir peluru dan 44 peluru hidup di tempat kejadian.

Hamza berkata, polis juga memburu rakan suspek yang dikenali sebagai Dul Kibe, berusia lingkungan 30-an dengan alamat terakhir di Ladang Permai Lahad Datu, yang berjaya melarikan diri dalam kejadian itu.

Katanya, Dul amat dikehendaki polis dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki berkenaan diminta menghubungi polis dengan segera. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Melaka tawar tapak perumahan saudara baru

Posted:

Melaka tawar tapak perumahan saudara baru

Melaka tawar tapak perumahan saudara baru

28/04/2011 7:31pm

MELAKA — Melaka menawarkan kawasan seluas empat hektar kepada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) bagi dibangunkan sebagai taman perumahan untuk saudara muslim.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata tapak itu, yang terletak di Kampung Lesong Batu, Alor Gajah, diharap mampu mengurangkan masalah saudara muslim (mereka yang baru memeluk Islam) mendapatkan tempat kediaman.

"Taman saudara muslim ini boleh dibina mengikut konsep Rumahku Syurgaku, yang dibangunkan Majlis Agama Islam Melaka di Bukit Katil di sini, untuk membantu golongan miskin memiliki rumah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan majalah Sinar Perkim di sini hari ini.

Mohd. Ali juga mencadangkan taman perumahan itu dilengkapi kemudahan seperti surau, kedai runcit dan bengkel untuk membolehkan penduduk memperoleh pendapatan tambahan. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pasangan suami isteri dituduh edar dadah

Posted:

Pasangan suami isteri dituduh edar dadah

Pasangan suami isteri dituduh edar dadah

28/04/2011 6:07pm

KUALA TERENGGANU — Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan mengedar dadah jenis metamphetamine dan heroin, 17 April lepas.

Sunaidi Ismail, 33, dari Rantau Panjang dan isterinya, Nuur Muhaimi Yahya, 25, dari Kampung Raja, Besut hanya mengangguk faham apabila tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Faraziana Zainuddin.

Bagi pertuduhan pertama, kedua-duanya didakwa secara bersama mengedar 80.0 gram metamphetamine ketika berada dalam kereta Proton Waja dengan nombor pendaftaran AFL 4630 di Kampung Durian Kassim, Ajil, Hulu Terengganu, pada 1 pagi, 17 April lalu.

Bagi pertuduhan kedua, pasangan itu didakwa pada 1.30 pagi, pada hari dan tempat yang sama, mengedar dadah jenis heroin seberat 46.2 gram.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ketiga, kedua-duanya didakwa memiliki heroin seberat 4.2 gram pada 1 pagi, di lokasi sama dan didakwa mengikut Seksyen 12(2) ADB itu membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih RM100,000 atau kedua-duanya sekali. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan