Rabu, 27 April 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


'Empower' rangsang modal insan

Posted:

'Empower' rangsang modal insan

'Empower' rangsang modal insan

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my


Pelajar SK Sulaiman, Bentong yang menyertai program pendidikan akademik Empower meraikan kejayaan mereka dalam peperiksaan UPSR di Bentong, baru-baru ini.


BENTONG 27 April - Kejayaan program Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) bagi melahirkan modal insan di kalangan penduduk daerah ini yang dilaksanakan sejak tahun lalu kini menjadi perintis untuk diperluaskan ke beberapa daerah lain di negeri ini.

Program yang dikenali sebagai 'Empower' itu melibatkan 1,000 penduduk terdiri daripada pelajar, penganggur, lulusan sekolah, mahasiswa dan ibu bapa tunggal merangkumi pendidikan akademik, kemahiran dan keusahawanan.

Empower dilihat berjaya membantu peserta menambah pendapatan isi rumah, meningkatkan prestasi akademik pelajar manakala golongan penganggur, lepasan sekolah, ibu dan bapa tunggal mendapat pekerjaan dengan memulakan perniagaan kecil-kecilan.

Kejayaan yang membanggakan dalam akademik, sosial dan ekonomi itu secara tidak langsung menjadi aspirasi untuk menjayakan gagasan sebuah negara berpendapatan tinggi selaras dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Pertubuhan Kemajuan Sosial Malaysia (PKSM) dilantik oleh ECERDC untuk menyediakan perkhidmatan Empower kepada golongan sasar di daerah ini.

Lebih 400 peserta atau 86 peratus daripada 600 peserta program latihan kemahiran dan keusahawanan berjaya memperoleh pendapatan bulanan tambahan minimum RM600 hingga RM1,000 sebulan.

Malah, ada yang meraih pendapatan lebih tinggi sehingga mampu mencecah RM1,500 hingga RM2,000 sebulan.

Selain itu, seramai 15 peserta program tersebut berjaya membuka gerai makanan dan minuman sendiri, 14 peserta mendapat pekerjaan dan 386 peserta memperoleh ilmu kemahiran untuk bekerja dari rumah.

Seorang peserta, S. Mala, 39, yang mempelajari kemahiran andaman pengantin memberitahu, dia mampu meraih pendapatan sebanyak RM1,000 sebulan hasil perniagaan yang dibuat secara sambilan.

Selain itu, ibu tunggal kepada dua anak tersebut yang mempunyai pendapatan tetap sebagai pencuci bukan sahaja berniaga di sekitar tempat tinggal di Bentong tetapi turut mempunyai pelanggan dari Kuantan.

''Sebelum menyertai kursus Empower, saya mempunyai kemahiran andaman pengantin tetapi kurang yakin untuk mengurus majlis perkahwinan.

''Bagaimanapun, selepas menyertai Empower, saya berjaya meningkatkan kemahiran baru dan mendapat ramai pelanggan yang sentiasa ingin menggunakan perkhidmatan saya," katanya.

Seorang lagi peserta, Rozita Abu Samah, 40, dari Kampung Desa Damai telah mengikuti kursus membuat kek dan pastri bersama Empower selama enam bulan dan kini berjaya menambah pendapatan keluarga sebanyak RM700 sebulan.

Ibu sepenuh masa kepada lima anak yang berasal dari Perak itu bercita-cita untuk membuka kedai kek kerana tidak mahu mempersia-siakan kemahiran yang dipelajarinya.

''Saya yakin jika mempunyai sebuah kedai kek, saya dapat menambahkan lagi pendapatan keluarga kerana sekarang ini saya hanya menerima tempahan dari rumah sahaja.

''Saya mula nampak kehidupan keluarga saya boleh berubah menjadi lebih baik sejak dipilih menjadi peserta empower saya dapat membantu meringankan bebanan kewangan suami yang bekerja kilang," katanya.

Seorang bekas murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Bentong, G. Yashini, 13, memperoleh keputusan cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu apabila mendapat keputusan 7A.

Sebelum menyertai tuisyen anjuran Empower, dia tidak yakin mampu mendapat keputusan secemerlang itu.

''Pengajar daripada program Empower berjaya memberikan keyakinan dan kesungguhan untuk mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan walaupun kami bukan berasal daripada kalangan pelajar yang pandai sebelum ini," katanya.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sulaiman di sini, Vinod N. Nadarajan, 18, tidak menyangka mendapat keputusan 9A, IB dan IC dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

''Saya amat menghargai bimbingan daripada tuisyen menerusi program Empower apabila berjaya mendorong saya untuk belajar lebih rajin sehingga mampu mendapat keputusan di luar jangkaan.

''Selain itu, saya juga berterima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru yang memberikan dorongan kuat sehingga membolehkan saya mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan SPM," katanya.

Kejayaan yang diperoleh ibu tunggal, pelajar dan suri rumah itu adalah gambaran betapa program empower mampu memberikan impak dan mengubah hidup para peserta program tersebut.

Seramai 400 pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM daripada 12 sekolah menengah, sekolah rendah, SJKT dan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dalam daerah ini telah mengikuti 15 modul program akademik, pengayaan dan program khas.

Seramai 163 pelajar mendapat keputusan lulus 100 peratus dalam UPSR dengan 67 pelajar mendapat gred minimum 2A dan 3B berbanding sasaran 17 pelajar.

Seramai 119 pelajar mencapai keputusan 100 peratus dalam keputusan PMR dengan 16 pelajar mendapat gred minimum 3A dan 4B berbanding sasaran hanya 12 pelajar.

Bagi keputusan peperiksaan SPM pula, seramai 120 pelajar lulus 100 peratus dengan pencapaian 36 pelajar mendapat gred minimum 5A & 5B berbanding sasaran seramai 12 pelajar.

Dalam bidang kemahiran dan keusahawanan pula seramai 600 peserta dipilih mengikuti program Empower yang terdiri daripada 214 penganggur, golongan dewasa (283,054 orang), remaja lepasan sekolah dan ibu tunggal (49 orang).

Mereka mengikuti 10 kursus kemahiran termasuk andaman, membuat kek, seni kulinari dan jahitan pakaian.

Daripada jumlah tersebut, 86 peratus atau 480 peserta melibatkan diri dalam pelbagai bentuk pekerjaan seperti perniagaan kecil-kecilan membabitkan 15 peserta, bekerja di syarikat swasta (14 peserta) dan bekerja di rumah (386 orang).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Program diperluas ke Temerloh, Lipis

Posted:

Program diperluas ke Temerloh, Lipis

Program diperluas ke Temerloh, Lipis

BENTONG 27 April - Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) akan memperluaskan lagi program Empower ke daerah Temerloh dan Lipis berikutan kejayaan fasa pertama program itu di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Jebasingan Issace John berkata, seramai 2,700 penduduk tempatan di ketiga-tiga daerah itu akan dipilih menjadi peserta program tersebut yang akan dilanjutkan selama 15 bulan bagi fasa kedua ini.

''Program Empower telah membuahkan hasil yang begitu memberangsangkan apabila berjaya meningkatkan pendapatan isi rumah penduduk Bentong yang terlibat dan meningkatkan prestasi akademik pelajar di daerah ini.

''Kejayaan membanggakan itu mendorong kami membawa program ini ke peringkat lebih tinggi bagi membantu penduduk miskin, golongan kurang upaya, belia dan penganggur menambah pendapatan, memperoleh pekerjaan dan menjadi usahawan," katanya.

Menurut Issace John, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM2.4 juta bagi membangunkan modal insan menerusi projek Empower fasa dua bertujuan membantu golongan tersebut meningkatkan taraf hidup mereka melalui modul pendidikan, keusahawanan dan latihan kemahiran.

''Modul akademik yang dilaksanakan itu berjaya membantu ramai pelajar kurang berjaya dalam akademik mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia Malaysia (SPM).

''Modul keusahawanan dan latihan kemahiran berjaya membantu golongan tersebut menambah pendapatan keluarga melalui perniagaan kecil-kecilan dan mengambil tempahan di rumah, ada yang mendapat pekerjaan membaiki telefon bimbit dan komputer," katanya.

Tambahnya, sebanyak RM4.1 juta dibelanjakan bagi menjayakan fasa satu program itu untuk membantu penduduk kaum India di daerah ini yang masih ketinggalan selain kaum Melayu dan Cina.

Katanya, program Empower merangkumi profesionalisme kakitangan barisan hadapan, pengurusan gerai makan, jahitan dan reka fesyen, pembuatan kek, solekan dan andaman pengantin.

Katanya, program itu turut menyediakan latihan membaiki telefon bimbit, latihan jaringan rangkaian komputer dan berkaitan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dalam bidang perkhidmatan.

Selain program tersebut, tambahnya, penglibatan pihak swasta berjaya membantu lepasan universiti dan penganggur seramai 2,715 orang mendapat pekerjaan menerusi program Kerjaya Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dengan 13 majikan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mara bina 502 lot perniagaan

Posted:

Mara bina 502 lot perniagaan

Mara bina 502 lot perniagaan

KUANTAN 27 April - Majlis Amanah Raya (Mara) membina 502 lot premis perniagaan di sembilan daerah di negeri ini bagi memberi peluang kepada kaum bumiputera menjalankan perniagaan kecil-kecilan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Koperasi dan Usahawan negeri, Datuk Ishak Muhamad berkata, Mara mengenal pasti lokasi perniagaan yang strategik sebelum membina premis terbabit.

"Kadar sewa yang dikenakan adalah munasabah jika dibandingkan dengan kadar sewa semasa," katanya di sini baru-baru ini.

Tambah beliau, Mara Pahang juga memohon untuk membeli lima unit kedai di daerah Bera di dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan