Sabtu, 30 April 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa

The Malaysian Insider :: Bahasa


Najib sekali lagi ajak PAS sertai BN

Posted: 29 Apr 2011 11:13 PM PDT

KUALA TERENGGANU, 30 April — Datuk Seri Najib Razak meneruskan usahanya dengan hari ini sekali lagi mempelawa PAS agar menyertai BN sambil berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam. 

"Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam? 

"Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN," kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat sini. 

Najib (gambar) mengadakan lawatan kerja ke Terengganu hari ini. 

Laporan Utusan Online memetik Najib memberitahu masa depan Malaysia sebenarnya lebih terjamin menerusi kepimpinan kerajaan BN dan Umno. 

Kata Presiden Umno, parti itu yang akan menyambut ulang tahun penubuhan 11 Mei ini berkata ia lahir di istana dan bukannya lahir di jalanan seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR). 

Katanya, rakyat telah bijak untuk menilai kepimpinan yang benar-benar dapat memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara. 

Pelawaan BN-Umno hari ini bukan sesuatu yang baru khususnya sejak selepas pilihan raya umum ke-12 8 Mac 2008.

Ini termasuklah satu pertemuan membabitkan empat pemimpin kanan - masing-masing dua dari Umno dan PAS sempena majlis santapan bersama Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun menjelaskan isu di sebalik pertemuan 24 Disember itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Januari lalu berkata, PAS telah mengulangi jaminan kepada rakan-rakannya dalam perikatan itu parti Islam itu tiada rancangan untuk menjalin kerjasama politik dengan Umno.

Anwar memberitahu, Hadi telah memberi penjelasan mengenai objektif pertemuan di Istana Terengganu.

"Kami berpuas hati dengan penjelasan. Sebagaimana dikatakan oleh (Mursyidul Am PAS Datuk) Nik Aziz (Nik Mat), PAS komited untuk bersama dengan Pakatan Rakyat.

"Tidak perlu untuk kita membangkitkan isu ini lagi atau meragui mereka," kata beliau.

Bagaimanapun seminggu sebelum itu, Najib mengambil langkah untuk tidak mendedahkan hasil pertemuan bersama pemimpin 24 Disember lalu, yang dihadiri atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Nik Aziz, yang tegas dengan pendirian menolak idea kerajaan campuran antara PAS-Umno, juga hadir pada pertemuan itu.

Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan, telah berulang kali menekankan bahawa PAS tidak akan kembali menjalin kerjasama politik dengan Umno atas alasan telah dikhianati pada akhir 1970-an.

PAS pernah menyertai BN pada 1974 atas jemputan perdana menteri ketika itu Tun Abdul Razak, yang juga bapa kepada Najib.

PAS membentuk kerjasama dengan DAP dan PKR untuk mewujudkan perikatan PR pada April 2008.

Justeru PAS mengetuai kerajaan negeri Kelantan dan Kedah sekarang, Pulau Pinang pula wakil dari DAP manakala Selangor pula pemimpin PKR.

Selain pemimpin Umno sendiri Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria juga pernah mengatakan kesediaan mahu menjadi orang tengah antara PAS-Umno.Pelawaan BN-Umno hari ini bukan sesuatu yang baru khususnya sejak selepas pilihan raya umum ke-12 8 Mac 2008.

Ini termasuklah satu pertemuan membabitkan empat pemimpin kanan - masing-masing dua dari Umno dan PAS sempena majlis santapan bersama Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun menjelaskan isu di sebalik pertemuan 24 Disember itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Januari lalu berkata, PAS telah mengulangi jaminan kepada rakan-rakannya dalam perikatan itu parti Islam itu tiada rancangan untuk menjalin kerjasama politik dengan Umno.

Anwar memberitahu, Hadi telah memberi penjelasan mengenai objektif pertemuan di Istana Terengganu.

"Kami berpuas hati dengan penjelasan. Sebagaimana dikatakan oleh (Mursyidul Am PAS Datuk) Nik Aziz (Nik Mat), PAS komited untuk bersama dengan Pakatan Rakyat.

"Tidak perlu untuk kita membangkitkan isu ini lagi atau meragui mereka," kata beliau.

Bagaimanapun seminggu sebelum itu, Najib mengambil langkah untuk tidak mendedahkan hasil pertemuan bersama pemimpin 24 Disember lalu, yang dihadiri atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Nik Aziz, yang tegas dengan pendirian menolak idea kerajaan campuran antara PAS-Umno, juga hadir pada pertemuan itu.

Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan, telah berulang kali menekankan bahawa PAS tidak akan kembali menjalin kerjasama politik dengan Umno atas alasan telah dikhianati pada akhir 1970-an.

PAS pernah menyertai BN pada 1974 atas jemputan perdana menteri ketika itu Tun Abdul Razak, yang juga bapa kepada Najib.

PAS membentuk kerjasama dengan DAP dan PKR untuk mewujudkan perikatan PR pada April 2008.

Justeru PAS mengetuai kerajaan negeri Kelantan dan Kedah sekarang, Pulau Pinang pula wakil dari DAP manakala Selangor pula pemimpin PKR.

Selain pemimpin Umno sendiri Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria juga pernah mengatakan kesediaan mahu menjadi orang tengah antara PAS-Umno.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Video seks: MP Kapar terima CD dari Thai, pertikai PDRM

Posted: 29 Apr 2011 10:48 PM PDT

KUALA LUMPUR, 30 April — Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam mempertikaikan PDRM selepas beliau menerima cakera padat (CD) yang mengandungi rakaman aksi seks penuh, si pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, dari Thailand semalam. 

Manikavasagam (gambar) , wakil rakyat PKR, juga mempersoalkan bagaimana CD berkenaan masih boleh disebarkan sedangkan "Datuk T" mendakwa rakaman asal sudah pun diserahkan kepada polis bulan lalu. 

Beliau mengesahkan telah menonton CD itu empat kali, sekali gus menegaskan lelaki yang dimaksudkan bukan Anwar. 

Wakil rakyat penggal pertama itu menerima CD itu semalam yang dihantar ke pejabatnya. 

"Saya telah melihat VCD ini tiga kali dan saya juga menonton sekali lagi pagi ini. Tetapi, sah si pelakunya bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Rupa bentuk fizikal dan rambutnya semua berbeza," kata beliau kepada pemberita di sini. 

"Ini adalah CD penuh, jadi mahu minta polis menyiasat dan saya juga ada menyatakan dalam laporan polis bahawa Datuk T telah memberi CD asal kepada polis, tetapi kemudian CD ini masih disebarkan?" kata beliau kepada pemberita selepas membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini. 

Katanya, CD itu membuktikan bahawa polis tidak boleh dipercayai dan mahu satu badan bebas menyiasat kes ini. 

"Saya tidak yakin dengan polis (lagi) kerana jika CD asal sudah diserahkan, maka bagaimana (salinan) boleh ada untuk disebarkan? Saya telah minta supaya sebuah badan bebas dibentuk untuk siasatan," kata beliau bersama Naib Presiden PKR N. Surendran, yang juga seorang peguam. 

Bagaimanapun, apabila ditanya sama ada CD itu asasl atau sebaliknya, Manikavasagam menafikan beliau ada menonton video seks asal. 

"Saya tidak melihat video tersebut, tetapi selalu keluar di TV3 dan ia sama," katanya. 

Surendran menambah, sampul surat yang mengandungi CD itu diemel dari Thailand. 

"Tanda pos pada sampul surat adalah dari Thailand, jadi adalah jelas mereka di belakang cuba untuk mengelak pergerakan mereka dikesan. 

"Mereka sangat takut bahawa kami akan mengesan siapa di belakangnya kerana jika anda ikut kesemua kaitan ini, anda akan lihat bahawa ia menunjukkan Umno dan BN," kata Surendran. 

Semalam, salah seorang "Datuk T" iaitu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berhubung isu video seks di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul. 

Turut hadir dua lagi "Datuk T", bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim. 

Kelmarin, rakaman video seks yang tidak diedit dimuat naik di YouTube, dilihat sebagai langkah mengenakan tekanan ke atas Ketua Pembangkang itu yang sejak sebulan lalu menafikan beliau sebagai si pelaku dalam aksi seks terbabit. 

Rakaman video itu dibahagi kepada empat segmen dan berlarutan kira-kira empat minit dan 28 saat. Dalam video itu, seorang wanita pada awalnya dilihat mengadakan seks oral dengan seorang lelaki mirip Anwar. 

Kedua-dua mereka kelihatan mengadakan hubungan seks kira-kira lima minit. 

Rakaman tidak diedit ini yang disebarkan hari ini termasuk sedutan klip yang telah pun dimuat naik dua kali termasuk yang terbaru semalam. 

Video seks 21 minit itu buat kali pertama dipertontonkan kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara di sini, 21 Mac lalu. 

Pada sidang media 24 Mac lalu, Rahim berkata rakaman video seks itu didedahkan untuk membuktikan "lelaki yang mahu menjadi perdana menteri itu tidak layak." 

Polis sedang menyiasat "Datuk T" di bawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah. 

Awal minggu ini, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata pihaknya masih menjalankan siasatan dan yakin akan menyerahkan hasil siasatan kepada pejabat Peguam Negara minggu ini. 

Beliau juga berkata akan "mendedahkan" identiti pelaku pada masa yang sesuai. 

Khalid berkata polis telah memulakan siasatan terhadap penyebaran sedutan klip kedua video seks oleh beberapa portal dan blog sejak tengah hari kelmarin. 

Khalid berkata pihaknya dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang mengenal pasti pihaknya yang bertanggungjawab memuat naik bahan itu di YouTube. 

Satu rakaman klip video hitam putih aksi seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin tertinggi pembangkang telah dimuat naik dalam laman Internet tiga hari lalu. 

Sedutan klip video dengan durasi satu minit 47 saat itu menampilkan seorang lelaki dan wanita dalam keadaan bertuala dan kemudian berbogel sebelum lelaki itu memakai seluar. 

Pada 4 April lalu, satu klip video berdurasi yang sama tersebar luas di Internet.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan