Selasa, 26 April 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Motocross serlahkan Kg. Bintang

Posted:

Motocross serlahkan Kg. Bintang

Motocross serlahkan Kg. Bintang

Oleh ADNAN MOHAMAD
utusanterengganu@utusan.com.my


Salah satu aksi peserta pada Kejohanan Motocross Terbuka Setiu 2011 di Litar Kampung Bintang, Setiu, baru-baru ini.


SETIU 25 April - Kampung Bintang dekat sini, suatu ketika hanyalah sekadar salah sebuah kampung di pinggir laluan utama yang menghubungkan negeri ini dengan Kelantan.

Namun sejak beberapa tahun lalu, suasana di kampung itu mula berubah bukan sahaja menjadi tapak bagi kegiatan Pekan Budaya tetapi dimeriahkan lagi dengan kewujudan litar motocross.

Kawasan tumpuan anak-anak muda tempatan menghabiskan waktu terluang itu kini semakin dipertingkatkan kemudahannya dan litar motocross di kawasan seluas lapan hektar itu mempunyai tarikan tersendiri dengan cabaran yang menanti.

Kemudahan itu mendorong tertubuhnya Kelab Motocross Daerah Setiu (KMDS) yang mana kelab itu kemudian mengorak langkah menganjurkan Kejohanan Motocross Terbuka Setiu mulai tahun lalu dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan.

Ia bukan lagi sekadar 'suka-suka' apabila kejohanan sukan lasak itu dinaikkan tarafnya yang memberi ruang kepada anak-anak muda tempatan melangkah lebih jauh dalam sukan permotoran.

Pengerusi Kelab Motocross Setiu, Wan Sharudin Wan Latif memberitahu, kini kampung itu berjaya menaikkan imej daerah ini sebagai pusat perlumbaan motocross bertaraf antarabangsa.

Menurutnya, selain pelumba tempatan, kejohanan yang dianjurkan di litar itu turut disertai pelumba dari Thailand dan Singapura.

''Kawasan litar ini turut menyediakan kemudahan seperti surau, tandas dan dewan di samping tempat makan," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Wan Sharudin berkata, kejohanan Motocross Terbuka Setiu 2011 yang berlangsung baru-baru ini disertai 137 pelumba termasuk peserta wanita tunggal, Siti Nor Shuhaida Jafri, 15.

Kejohanan selama dua hari itu yang dibahagi kepada lima kategori dirasmikan oleh Pegawai Daerah Setiu, Mohamad Nor Ibrahim manakala upacara penutup disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri, Abdul Halim Jusoh.

Bagi kategori terbuka, johan disandang pelumba Thailand, Ranabodee, 23, yang membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, piala serta hamper.

Naib johan turut dimenangi pelumba Thailand, Amrin, 17, yang menerima wang tunai RM700 berserta piala manakala tempat ketiga dimenangi, Mohd. Noh Hadik dari Johor yang mendapat wang tunai RM500 dan piala.

Bagi kategori Motocross Endurance Open pula, tempat pertama dimenangi pelumba dari Kedah, Ahmad Nasaie Naimi, 25, yang membawa pulang RM800, piala serta hamper.

Tempat kedua dimenangi, Mohd. Zakhirie Yaacob, 28, dari Kelantan (RM500, piala dan hamper) dan Mohd. Zaidi Mat Nor, 26, dari Kelantan menduduki tempat ketiga yang membawa pulang hadiah RM400, piala dan hamper.

Bagi kategori Cub Cross Final, johan disandang Aswadi Mohammad dari Kelantan dengan hadiah RM800, piala, penginapan dan hamper, tempat kedua peserta dari Terengganu, Mohd. Taufik Othman, 26 (RM500, piala dan hamper) dan ketiga Mohd. Abdul Salam, 30, dari Terengganu yang mendapat RM400, piala dan hamper.

Pelumba dari Johor, Zakaria Muri, 45, pula meraih kejuaraan bagi kategori Motocross Veteran Endurance Open dengan hadiah wang tunai RM800, piala dan hamper manakala tempat kedua, Mat Lani Nor Saham, 43, dari Johor (RM500) dan ketiga, peserta dari Kedah, Haszhar Mat Hassan, 43, (RM400, piala dan hamper).

Bagi Motocross Junior, juara disandang oleh Mohd. Zulnazmi, 12, dari Selangor dengan hadiah RM200, piala dan hamper, tempat kedua oleh Mohd. Harith Danial Rizal, 14, dari Selangor (RM150, piala dan hamper) dan ketiga, Siti Nor Shuhaida Jafri, 15, dari Kelantan yang mendapat RM100.

Sementara itu, Abdul Halim ketika ditemui pada majlis itu baru-baru ini berkata, pihaknya tidak menjangka program yang dianjurkan mendapat sambutan yang begitu hebat.

Malah, katanya, kehadiran penonton terutama para penduduk di sekitar kawasan itu di luar jangkaan sehingga melebihi 5,000 orang sepanjang kejohanan berlangsung.

''Program seumpama ini mungkin boleh diadakan dua kali setahun kerana ia dilihat dapat menyemarakkan kegiatan sukan ini di samping meningkatkan keupayaan pelumba tempatan," katanya.

Peserta, Siti Nor Shuhaida semasa ditemui memberitahu, minatnya dalam acara sukan lasak itu bermula kira-kira dua tahun lalu sebagai membuktikan kepada masyarakat bahawa motocross tidak terbatas kepada lelaki sahaja.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Yahya Petra I, Kuala Krai, Kelantan itu berkata, dia telah beberapa kali menyertai kejohanan motocross seperti di Perak, Johor, Selangor dan juga di Thailand.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Program JPJ bersama masyarakat

Posted:

Program JPJ bersama masyarakat

Program JPJ bersama masyarakat

KOTA BHARU 25 April - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri akan mengadakan Program Satu Komuniti Satu JPJ di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Neting, Pengkalan Kubor, Tumpat pada Rabu dan Khamis ini.

Ketua Bahagian Khidmat Pelanggan JPJ negeri, Mohd. Faisal Abdul Malik memberitahu, program itu dijadual bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang dan bertujuan merapatkan hubungan penduduk setempat dengan jabatan berkenaan.

"Antara aktiviti yang diatur sepanjang program adalah pameran pelbagai agensi swasta, pemeriksaan motosikal, kaunter bayaran lesen memandu, semakan senarai hitam serta perkhidmatan insurans.

"Pihak kami turut menyediakan sukan futsal antara JPJ dan komuniti serta acara sukaneka," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sambutan Hari Belia di Kuala Berang

Posted:

Sambutan Hari Belia di Kuala Berang

Sambutan Hari Belia di Kuala Berang

HULU TERENGGANU 25 April - Kira-kira 3,000 belia di negeri ini dijangka menghadiri pelancaran sambutan Hari Belia Negara peringkat Terengganu pada 20 Mei depan di Padang Astaka, Kuala Berang.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat berkata, pelbagai program diadakan bagi menambahkan kemeriahan dan menarik penglibatan remaja termasuk pertandingan futsal, Pekan Budaya dan City Night Game.

"Pada masa sama, setiap daerah turut memainkan peranan dengan menganjurkan aktiviti keilmuan dan sosial yang boleh turut mengeratkan silaturahim antara masyarakat setempat," katanya di sini hari ini.

Katanya, Hulu Terengganu bakal menganjurkan Forum Perdana, Marang (Sentuhan Rohani bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan), Besut (Gotong-Royong Perdana) dan Setiu (Seminar Kepenggunaan Belia).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan