Khamis, 28 April 2011

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


UMNO ‘pujuk’ DAP masuk BN tidak berasas

Posted:

UMNO 'pujuk' DAP masuk BN tidak berasas

UMNO 'pujuk' DAP masuk BN tidak berasas

KUALA LUMPUR 28 April – Dakwaan bahawa UMNO sedang mendekati DAP atas agenda membawa masuk parti itu ke dalam Barisan Nasional (BN) disifatkan sebagai kenyataan tidak masuk akal dan hanya bertujuan mencipta provokasi.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan lidah rasmi Pas, Harakah berbuat demikian hanya bertujuan mahu melariskan akhbar.

"Ia satu kenyataan bersifat populis yang langsung tidak berasas serta tidak bertanggungjawab. Saya selaku Naib Presiden UMNO tidak tahu-menahu tentang dakwaan mengarut ini. Kami tidak pernah terlintas untuk berbuat demikian," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan muka hadapan Harakah hari ini bertajuk UMNO Pujuk DAP yang antara kandungannya melaporkan kononnya UMNO sedang mendekati DAP atas agenda membawa masuk parti itu ke dalam BN selepas mendapati pengaruh DAP semakin kuat khasnya selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 baru-baru ini.

Menurut lidah rasmi Pas itu, usaha itu diperhebatkan lagi ekoran kemarahan UMNO terhadap MCA yang mengajak masyarakat memboikot Utusan Malaysia dan beranggapan langkah menjemput DAP adalah mesej UMNO kepada MCA.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi pula berkata, kerjasama di antara UMNO dan DAP seperti 'jauh panggang dari api' kerana perjuangan kedua-dua parti sangat berbeza dan saling bertentangan.

"DAP dengan perjuangan 'Malaysian Malaysia' yang mahu menjadikan negara ini sebuah republik seperti Singapura dan UMNO pula dengan perjuangan mempertahankan hak orang Melayu dan kesultanan Melayu. Manakan logik kedua-dua parti ini bekerjasama dalam BN," katanya.

Menurutnya, DAP yang terkenal dengan sikap mementingkan diri sendiri dan tamakkan kuasa tidak boleh duduk sebumbung dengan parti-parti lain yang jujur dan ikhlas terhadap perjuangan mereka.

Katanya, pihak pembangkang sememangnya gemar memainkan isu sebegitu bagi mewujudkan provokasi yang akhirnya menyebabkan kekeliruan di kalangan rakyat.

"Kalau dengan Pas, ya, kami ada niat untuk berbaik-baik. Justeru saya menasihati pemimpin-pemimpin Pas supaya memandang ke hadapan dan membuka ruang kerjasama bersama UMNO," katanya lagi.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, laporan Harakah itu amat jelas tersasar daripada hakikat sebenar politik kedua-dua parti.

"Ia umpama mimpi ngeri rakyat negara ini untuk melihat kedua-dua parti tersebut bekerjasama. Saya harap perkara ini dinilai secara waras oleh semua pihak supaya tidak terpedaya dengan fitnah yang keterlaluan ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MB Selangor gila kuasa

Posted:

MB Selangor gila kuasa

MB Selangor gila kuasa

Oleh NORILA DAUD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 28 April - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor didakwa melakukan pembaziran ke atas wang rakyat apabila meluluskan RM600,000 daripada Akaun Amanah Penswastaan untuk kempen memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar menyifatkan kempen itu tidak lebih daripada gimik politik pembangkang kerana hanya Kerajaan Pusat yang boleh memansuhkan akta berkenaan.

"Saya mencabar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Ahli Parlimen Bandar Tun Razak menggunakan peluang di Dewan Rakyat untuk membincangkan peruntukan memansuhkan ISA.

"Abdul Khalid bukan sahaja tidak tahu menggunakan platform (yang betul) malah dianggap gila kuasa kerana undang-undang hanya boleh dimansuh dengan sokongan majoriti di Dewan Rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Noh mengulas keputusan kerajaan PKR Selangor meluluskan peruntukan RM600,000 untuk melaksanakan kempen memansuhkan ISA yang dijangka bermula bulan depan.

Beliau berkata, rakyat Selangor seharusnya dapat menilai tindakan yang dilakukan kerajaan negeri itu adalah sesuatu yang sia-sia.

Ketua Pemuda MIC, T. Mohan pula mendesak kerajaan PKR Selangor menunaikan janji-janjinya kepada rakyat dan bukan menyalahgunakan duit rakyat untuk kempen itu.

"Orang ramai boleh membuat aduan mengenai penyalahgunaan kuasa kerajaan negeri itu jika mereka tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut," ujarnya.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong pula berkata, parti pembangkang 'cakap tidak serupa bikin' apabila sering menuntut kerajaan Barisan Nasional (BN) melaksanakan perbelanjaan berhemat sedangkan mereka melakukan sebaliknya.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula berkata, tindakan kerajaan negeri itu menunjukkan sikap pembangkang yang sanggup menggunakan wang rakyat untuk menentang akta yang diwujudkan demi keamanan dan kesejahteraan rakyat.

"Puteri UMN0 percaya pembangkang kehabisan modal sebab itu membangkitkan semula isu ISA sedangkan kerajaan sentiasa memastikan akta itu digunakan untuk menahan pesalah yang dikenal pasti berniat menjejaskan keselamatan negara," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan