Khamis, 28 April 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


JPAM bantu bina rumah uzur

Posted:

JPAM bantu bina rumah uzur

JPAM bantu bina rumah uzur

Oleh MUSAZLILA MUSTAPAR
utusanpahang@utusan.com.my


sebahagian kakitangan JPAM bergambar kenangan ketika Program Khidmat Sosial di Kampung Kelibang, Kerdau, Temerloh, baru-baru ini.


TEMERLOH 28 April - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Pahang sentiasa turun padang membantu golongan tidak bernasib baik dengan melaksanakan pelbagai program untuk membantu mereka.

Pengarah JPA Pahang, Che Othman Hussin berkata, antara bantuan yang dihulurkan termasuk membaiki rumah, mengecat dan mengganti atap usang.

Menurut beliau, tujuan khidmat sosial itu bagi meringankan beban golongan tersebut dan mahu memberikan keselesaan kepada mereka.

''Jika ada penduduk terutama golongan susah yang meminta pihak JPAM membantu mereka membaiki atap, rumah dan sebagainya pasti kita akan kerahkan anggota untuk membantu.

''Kita bersedia melaksanakan tanggungjawab sosial supaya penduduk dapat tinggal dalam rumah yang selesa. Kita simpati terhadap penduduk yang rumah mereka uzur dan atap berlubang-lubang. Peralatan untuk membaiki rumah seperti papan, atap, dan sebagainya disediakan tuan rumah atau pihak tertentu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa Program Khidmat Sosial di salah sebuah rumah penduduk di Kampung Kelibang, Kerdau, dekat sini baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad dan Pegawai JPAM Temerloh, Muszaidi Musa.

Che Othman berkata, program seumpama itu dapat mendekatkan lagi masyarakat dengan JPAM.

Selain menerima aduan penduduk, tambah beliau, pihaknya juga berperanan mengenal pasti rumah penduduk yang uzur bagi tujuan tanggungjawab sosial tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Atasi segera masalah banjir

Posted:

Atasi segera masalah banjir

Atasi segera masalah banjir

SAYA merupakan salah seorang penduduk Kampung Tanjong Buluh, Lipis yang hampir setiap hari melalui Jalan Mela ke Kuala Lipis. Untuk ke tempat kerja, saya perlu melalui hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kerambit ke bandar Kuala Lipis.

Sebelum ini, kakitangan kerajaan dan pelajar luar asrama berulang-alik melalui kawasan berkenaan ke Kuala Lipis melalui Pekan Kerambit dan ke sekolah sebagai jalan pintas walaupun struktur jalan kurang memuaskan.

Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, kekerapan banjir kilat yang berlaku mengganggu perjalanan kenderaan malah, penduduk kerap terkandas untuk ke destinasi masing-masing.

Kemelut banjir kilat itu juga dihadapi oleh penduduk di Kampung Sungai Lik, Kampung Samak Jani dan Kampung Temetong yang berulang-alik ke Pekan Kerambit dan Kuala Lipis apabila air kerap melimpahi jalan raya di kampung itu selepas hujan lebat.

Misalnya, selepas hujan lebat berterusan bermula pukul 2 pagi hingga 8 pagi minggu lalu menyebabkan laluan utama dari Mela ke Kuala Lipis berdekatan SMK Kerambit dinaiki air sedalam tiga meter.

Hujan berterusan beberapa jam menyebabkan laluan berdekatan SMK Kerambit ditenggelami air sehingga ke paras paha dan ramai pelajar terkandas.

Lebih memburukkan keadaan apabila hujan lebat itu menyebabkan paras air Sungai Beluan berhampiran Kampung Kerambit dan Kampung Tanjung Buluh naik hingga melepasi tebing.

Saya dapati banyak kenderaan ringan terkandas, malah ada yang tersangkut dalam air dan terpaksa ditolak oleh orang ramai. Keadaan itu berterusan sehingga pukul 2 petang sehingga air surut dan mengalir semula ke Sungai Beluan.

Selain itu, berlaku tanah runtuh di kawasan Taman Kerambit Jaya dan Gugusan Felcra Cheka menyebabkan pembetung tersekat dengan sampah sehingga pergerakan air tidak lancar.

Kejadian berkenaan semakin kerap sejak akhir-akhir ini berpunca daripada Sungai Beluan yang semakin sempit dan tidak diselenggara dengan sempurna di samping sisa dari kawasan perumahan dan projek baru kemudahan asas yang menyekat aliran pembetung dan Sungai Beluan. Sehubungan itu, saya berharap kerajaan negeri menaiktaraf sistem pembentungan di kawasan Kerambit dan perumahan Felcra Cheka dan hadapan SMK Kerambit.

Kami juga mencadangkan projek tebatan iaitu melebar dan mendalamkan Sungai Beluan dapat dilaksanakan untuk mengelakkan banjir berlaku setiap kali selepas hujan lebat.

Sebagai alternatif, pihak yang berkaitan perlu membina pembetung atau sungai kecil dari Sungai Beluan bagi memudahkan air mengalir ke Sungai Jelai berdekatan Kampung Tanjong Buluh.

MOHD. SALLEH JONO,

Kuala Lipis

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tengku Abdullah dilantik Canselor UMP

Posted:

Tengku Abdullah dilantik Canselor UMP

Tengku Abdullah dilantik Canselor UMP


TENGKU Abdullah Sultan Ahmad Shah mendengar penerangan daripada pegawai UMP mengenai peralatan elektronik ketika melawat kampus Pekan di Kuala Pahang, Pekan, semalam. - UTUSAN/RUSHDI SALLEH


PEKAN 28 April - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan berangkat menyempurnakan lawatan kerja di Universiti Malaysia Pahang (UMP) kampus Pekan di Kuala Pahang, di sini hari ini.

Pada lawatan itu, baginda menerima watikah pelantikan sebagai Canselor UMP bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 April lalu.

Pada majlis tersebut, Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim turut menyampaikan taklimat kepada baginda mengenai perancangan dan pembangunan kampus tersebut yang berkeluasan 257 hektar itu.

Dalam kunjungan selama lebih sejam itu, Tengku Abdullah berkesempatan melawat pembangunan fasa 1 yang menempatkan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

Sebelum mengakhiri lawatan rasmi tersebut, baginda menanam sebatang pokok Rantai Emas sebagai menyokong usaha kempen 'Hijaukan Bumi' yang sedangkan dijalankan universiti tersebut.

Hadir sama dalam lawatan tersebut, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Datuk Mohd. Hilmey Mohd. Taib.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan