Jumaat, 8 April 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa

The Malaysian Insider :: Bahasa


Kes rasuah empat pegawai imigresen mula 13 Julai

Posted: 08 Apr 2011 12:51 AM PDT

Lapan pegawai imigresen dicaj tuduhan rasuah semalam (ikut jam) Azmir, Hafiz, Huzzai, Izuwanshah, Khairul, Shahrizal, Shahazlina dan Zahed.

SHAH ALAM, 8 April — Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 13 Julai ini untuk perbicaraan kes empat pegawai Jabatan Imigresen yang didakwa memperoleh rasuah sebagai upah bagi memudahkan kemasukan penumpang warga Indonesia ke Malaysia tanpa perlu mematuhi syarat tahun lalu.

Hakim Mat Ghani Abdullah juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan agar keempat-empat pegawai Imigresen terbabit, Ahmad Zahed Abd Alim, 28; Mohd Hafiz Zakaria, 27; Mohd Khairul Haqimie Kamarudin, 26, dan Azmir Mahadi, 28, dibicarakan bersama.

Ahmad Zahed didakwa melakukan 12 kesalahan menerima rasuah berjumlah RM13,590 di Maybank Cawangan Bukit Tinggi dan Pelabuhan Klang antara 26 Julai dan 28 Ogos, lapor Bernama Online hari ini.

Mohd Hafiz, dari Pelabuhan Klang pula didakwa melakukan empat kesalahan menerima suapan membabitkan RM8,640 di CIMB Bank Cawangan Pelabuhan Klang, Eon Bank Cawangan Pelabuhan Klang dan Kuarters Imigresen di Pandamaran, Klang antara 25 dan 30 September.

Mohd Khairul Haqimie dari Sungai Buloh pula didakwa melakukan tiga kesalahan membabitkan RM7,350 di Maybank Cawangan Bukit Tinggi dan Restoran Moden Simpang Kudrat, Klang, antara 28 Ogos dan 28 September.

Seorang lagi pegawai Imigresen, Azmir dari Melaka, didakwa melakukan enam kesalahan membabitkan nilai suapan RM5,710 di Affin Bank Cawangan Pelabuhan Klang dan Stesen Minyak Shell Pelabuhan Klang, antara 15 dan 28 Ogos tahun lepas.

Semalam, lapan pegawai Imigresen termasuk keempat-empat tertuduh yang bertugas di bahagian Perkapalan Pelabuhan Selatan, Pelabuhan Klang dekat sini, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen berasingan di sini atas 83 pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM122,140 sebagai upah bagi memudahkan kemasukan penumpang warga Indonesia ke Malaysia tanpa perlu mematuhi syarat.

Selain empat pegawai terbabit, turut dituduh ialah Md Shahrizal Che Dan, 26; Nor Shahazlina Sulaiman, 25; Mohamad Izuwanshah Samsuri, 25; dan Mohamad Huzzail Ahmad, 31.

Pendakwaan terhadap semua tertuduh dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dalang telur tiruan bakal diheret ke mahkamah

Posted: 08 Apr 2011 12:21 AM PDT

Semalam, 270 biji telur tiruan telah dirampas daripada beberapa buah gerai di Pulau Tikus. — Foto Reuters

KUALA LUMPUR, 8 April — Dalang di sebalik telur tiruan akan dikenakan tindakan mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan juga akta lain yang mungkin berkaitan.

Bernama Online melaporkan, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe berkata langkah itu bagi mengekang kegiatan tersebut daripada tersebar ke seluruh negara.

"Pegawai kami masih di akar umbi bagi menyiasat perkara ini dan kami berharap dapat menahan dalang di sebalik kegiatan ini secepat mungkin kerana kita tidak mahu mengorbankan nyawa pengguna demi keuntungan mereka," katanya di sini hari ini.

"Sebagai pengguna mereka patut tampil melaporkan kepada kementerian dan pada masa yang sama memboikot perniagaan seperti ini kerana ia tidak beretika," katanya.

Semalam, pegawai penguatkuasa kementerian itu merampas 270 biji telur tiruan daripada beberapa buah gerai di Pulau Tikus, Pulau Pinang susulan dakwaan telur tiruan dijual di situ.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen