Ahad, 10 April 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Program khusus untuk OKU terima bantuan kebajikan

Posted:

Program khusus untuk OKU terima bantuan kebajikan

Program khusus untuk OKU terima bantuan kebajikan

10/04/2011 10:00pm

RAWANG — Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang merangka program khusus untuk mempersiapkan golongan yang diberi bantuan kebajikan termasuk Orang Kelainan Upaya (OKU) berdikari dan mempunyai pendapatan sendiri.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, program itu sebagai usaha kerajaan memberi peluang kepada kira-kira 4,800 orang golongan tersebut mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kebolehan mereka.

"Mereka yang mendapat bantuan kebajikan akan diberi latihan dan ditempatkan di sektor pekerjaan yang sesuai. Kita tidak mahu rakyat (golongan ini) bergantung kepada bantuan kebajikan sahaja.

"Contohnya, warga emas yang mendapat bantuan kebajikan sebanyak RM100 sebulan dan golongan lain yang mendapat RM200...jadi kita lihat melalui program ini sekurang-kurangnya dapat membantu mereka berdikari dan mendapatkan pendapatan lebih," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Penempatan Pekerjaan di sini, hari ini. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lelaki lemas di Air Terjun Lata Kinjang

Posted:

Lelaki lemas di Air Terjun Lata Kinjang

Lelaki lemas di Air Terjun Lata Kinjang

10/04/2011 9:56pm

TAPAH — Seorang lelaki mati lemas ketika mandi di kawasan perkelahan Air Terjun Lata Kinjang di sini, hari ini.

Mayat Zulfazly Azhar, 21, ditemui orang awam yang mandi di kawasan itu pada pukul 3.45 petang.

Ketua Polis Daerah Tapah, Supt. Roslan Bek Ahmad berkata, Zulfazly yang berasal dari Kuala Lumpur dikatakan datang berkelah di kawasan air terjun itu bersama keluarganya tengah hari ini.

"Terdapat kecederaan di bahagian kepalanya dipercayai akibat terkena batu," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, mayat Zulfazly dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Banjir: 255 dipindah di Hulu Terengganu

Posted:

Banjir: 255 dipindah di Hulu Terengganu

Banjir: 255 dipindah di Hulu Terengganu

10/04/2011 9:52pm

KUALA TERENGGANU — Hujan lebat yang turun sejak awal pagi ini menyebabkan beberapa kawasan di daerah Hulu Terengganu di naiki air.

Sehingga pukul 6 petang ini, seramai 255 orang dari Kampung Pelandang dan Kampung Cheting dipindahkan ke empat pusat pemindahan banjir di daerah itu, mulai pukul 4.10 petang.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Hulu Terengganu berkata seramai 40 orang dari Kampung Pelandang dipindahkan ke balai Kampung Pelandang manakala 140 pelajar sekolah pondok di kampung itu ditempatkan di masjid.

Di Kampung Cheting pula, seramai 34 mangsa dari lapan keluarga dipindahkan ke balai raya kampung itu dan 41 orang lagi ditempatkan di Balai Raya Kampung Beris, katanya.

Beliau berkata beberapa jalan di daerah itu turut ditutup kepada semua kenderaan apabila dinaiki air sedalam 0.5 meter hingga 1.3 meter.

Jalan-jalan terbabit ialah Jalan Kuala Berang ke Felda Mengkawang di Kampung Perih, Jalan Kuala Berang ke Felda Mengkawang berhampiran Kampung Lubuk Periuk dan Jalan Kuala Berang ke Sungai Tong berhampiran Kampung Kuala Ping. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan