Ahad, 10 April 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Lemas di Lata Kinjang, Tapah

Posted: 10 Apr 2011 04:07 AM PDT

TAPAH: Seorang lelaki mati lemas ketika mandi di kawasan rekreasi Lata Kinjang di sini, hari ini.

Mayat Zulfazly Azhar, 21, ditemui orang awam yang mandi di kawasan air terjun itu pada 3.45 petang.


Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Roslan Bek Ahmad, berkata Zulfazly yang berasal dari Kuala Lumpur dikatakan datang berkelah di kawasan air terjun itu bersama keluarganya, tengah hari ini.

"Terdapat kecederaan di bahagian kepalanya dipercayai akibat terkena batu," katanya ketika dihubungi di sini.


Beliau berkata, mayat Zulfazly dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mayat wanita terbakar

Posted: 10 Apr 2011 03:32 AM PDT

JOHOR BAHARU: Mayat seorang wanita yang hangus terbakar ditemui di dalam beg pakaian di kawasan belukar berhampiran Pantai Sekakap, dekat Mersing, hari ini.

Ketua Polis Daerah Mersing, DSP Mohd Nor Rasid, berkata mayat itu ditemui dua anggota tentera yang ingin menangkap ikan di pantai berkenaan pada pukul 10.30 pagi.


"Pemeriksaan mendapati mayat itu 95 peratus terbakar. Mayat itu dikenal pasti sebagai wanita berdasarkan jam tangan, gelang kaki dan rantai leher yang masih ada pada tubuh mangsa," katanya ketika dihubungi di sini.

Mohd Nor berkata, polis percaya wanita itu dibunuh di tempat lain kurang dari 24 jam lepas sebelum mayatnya dimasukkan ke dalam beg pakaian dan dibakar di kawasan belukar itu.


Beliau berkata, mangsa dipercayai berusia awal 20-an dan berdasarkan bahagian kakinya yang tidak terbakar, wanita itu berkulit cerah.


Tiada dokumen pengenalan diri ditemui dan mayat itu dihantar ke Hospital Mersing untuk bedah siasat, katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen