Ahad, 10 April 2011

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Ekspedisi jejaki sejarah Melayu Asia Tenggara

Posted:

Ekspedisi jejaki sejarah Melayu Asia Tenggara

Ekspedisi jejaki sejarah Melayu Asia Tenggara


Sebahagian daripada ahli Majma' Budaya dan Warisan Jawi yang akan mengikuti Jelajah Warisan Jawi II bergambar selepas mengadakan sidang akhbar di Klang, baru-baru ini. - utusan/Saharuddin Abdullah


KLANG 10 April - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Majma' Budaya dan Warisan Jawi (MBWJ) melancarkan ekspedisi khusus untuk menjejaki budaya dan warisan sejarah Melayu di Asia Tenggara menggunakan jalan darat.

Ekspedisi unik yang dikenali sebagai Jejak Warisan Jawi II (JWJ-II) itu, bakal melibatkan tujuh buah negara meliputi Thailand, Kemboja, Vietnam, Laos, China dan Myanmar bermula 28 Mei hingga 13 Jun ini.

Pengerusi MBWJ, Zaid Muhammad Mohd. Rais berkata, ekspedisi itu diadakan sebagai salah satu usaha untuk memartabatkan sejarah dan warisan Melayu di rantau ini yang mungkin tidak diketahui oleh sebilangan besar masyarakat Malaysia.

Beliau berkata, ia akan disertai 40 peserta dan melibatkan penggunaan 10 buah kenderaan pacuan empat roda.

"Kebiasaannya, ramai pihak merasakan bahawa masyarakat Melayu hanya menetap di Malaysia, Indonesia dan Selatan Thailand tetapi sebenarnya mereka tinggal meluas di kawasan Asia Tenggara sebelum wujudnya sempadan politik pada hari ini.

"Malah ada di antara masyarakat Melayu di negara-negara berkenaan masih lagi berpegang kepada agama Islam, kebudayaan dan cara hidup yang diwarisi daripada nenek moyang mereka," katanya.

Beliau yang juga pengarah ekspedisi JWJ-II berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pra-pelancaran Ekspedisi JWJ-II di Taman Selatan, di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Zaid memberitahu, selain mengadakan pertemuan dengan masyarakat Melayu di negara-negara berkenaan, pihaknya turut menyampaikan sumbangan berupa keperluan asas, buku-buku dan sebagainya kepada mereka yang memerlukan.

"Kita juga akan mengadakan program kebudayaan bersama mereka antaranya permainan kompang, pencak silat dan sebagainya agar seni itu tidak dilupakan oleh generasi baru masyarakat Melayu di sana," ujarnya.

Sementara itu, penasihat program ekspedisi JWJ-II, Saiful Anwar Yahya pula berharap, lebih ramai pihak sama ada orang persendirian, badan-badan korporat dan sebagainya dapat bersama-sama menyalurkan sumbangan kepada masyarakat Melayu di negara yang bakal dilawati.

Ini kerana katanya, kebanyakan masyarakat Melayu di sana merupakan golongan minoriti dan rata-rata mereka merupakan golongan miskin selain tidak mempunyai kemudahan pendidikan yang baik berdasarkan ekspedisi JWJ pertama di Thailand pada tahun lalu.

Untuk maklumat lanjut ekspedisi ini, mereka yang berminat boleh mengunjungi laman web www.jwjonline.com atau menghubungi Zaid di talian 0192202327.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Proton bawa anak yatim dekati F1

Posted:

Proton bawa anak yatim dekati F1

Proton bawa anak yatim dekati F1


ANAK-anak yatim dan pelajar sekolah tersenyum riang apabila diberi peluang menyaksikan kehebatan perlumbaan Formula Satu (F1) sempena Grand Prix Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, kelmarin.


SEPANG 10 April - Proton Holding Berhad (Proton) memberi peluang kepada lebih 100 anak yatim dan pelajar sekolah sekitar Lembah Kelang dan Perak untuk melalui pengalaman istimewa sempena perlumbaan Formula Satu GP Malaysia 2011 di sini.

Anak-anak yatim dan pelajar sekolah yang berusia antara lapan dan 17 tahun itu turut berpeluang bermesra dengan ahli Pasukan GP Lotus Renault, termasuk tiga pemandu pasukan itu iaitu Vitaly Petrov, Nick Heidfeld dan Bruno Senna.

Selain itu, mereka turut melawat Muzium Automobil Negara, gerai jualan Proton dan F1 Village di sekitar Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini.

Anak-anak yatim tersebut adalah dari Pertubuhan Kebajikan Yayasan Anak Yatim Piatu Darul Aitam di Temoh, Perak dan Rumah Bakti Nur Syaheera di Cheras, Kuala Lumpur.

Sementara pelajar sekolah pula dipilih dari Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya dan Sekolah Kebangsaan Tanjung Malim, Perak.

Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan, Proton menyifatkan program itu sebagai salah satu tanggungjawab sosial syarikat itu sepanjang pertandingan itu berlangsung.

"Ia adalah satu inisiatif bukan hanya untuk memeriahkan suasana pertandingan itu tetapi bagi memberi kesedaran kepada generasi muda tentang dunia sukan permotoran," kata Proton.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Restoran dijadi pusat hiburan disita

Posted:

Restoran dijadi pusat hiburan disita

Restoran dijadi pusat hiburan disita

KUALA LUMPUR 10 April - Sebuah premis perniagaan di Putra Residence, Putra Sulaiman, Ampang dekat sini yang berselindung di sebalik nama sebuah restoran untuk menjalankan kegiatan pusat hiburan tanpa lesen, disita oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) baru-baru ini.

Pemeriksaan mendapati pengusaha restoran itu memohon lesen daripada MPAJ di bawah Undang-Undang Kecil Establishmen Makanan namun aktiviti yang dijalankan adalah sebagai pusat hiburan iaitu pub dan kafe.

Pegawai Perhubungan Awam MPAJ, Norhayati Ahmad berkata, pemiliknya juga didapati menyediakan minuman keras kepada pelanggan sedangkan aktiviti itu perlu mendapatkan lesen di bawah Enakmen Hiburan dan empat-tempat Hiburan (Selangor) 1995 serta Jabatan Kastam.

"Tindakan sita telah diambil dalam operasi yang diketuai oleh Penolong Pegawai Penguat Kuasa, Rosli Jaafar bersama 25 anggota manakala pihak Kastam telah merampas minuman keras untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan