Selasa, 5 April 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


PAS mohon maaf kematian Saiful Syazani

Posted: 05 Apr 2011 03:41 AM PDT

Mutakhir

KANGAR: PAS Perlis memohon maaf kepada rakyat Malaysia berikutan kematian seorang pelajar tujuh tahun kelmarin yang dikaitkan dengan tindakan hukuman seorang ustaz di Sekolah Rendah Islam Al Furqan kelolaan parti itu di Jejawi dekat sini.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin, berkata pihaknya juga memohon maaf kepada guru berhubung peristiwa yang telah mencalar imej dan persepsi umum terhadap warga pendidik.

Saiful Syazani Saiful Sopfidee meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar kelmarin selepas dipercayai dipukul seorang ustaz yang juga warden asrama sekolah itu pada Khamis lalu ketika menyiasat kes kecurian. "Kejadian ini sesuatu yang amat memeranjatkan setelah lebih 25 tahun mengelola institusi pendidikan milik parti," katanya selepas menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis di sini hari ini.

Hashim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang berkata, PAS Perlis berharap proses siasatan dan perbicaraan dilaksana secara rapi dan mendalam bagi menegakkan keadilan kepada semua pihak terbabit.

Pengerusi Lembaga Tadbir sekolah itu, Rus'sele Eizan, berkata pihaknya telah mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan semua institusi pendidikan milik parti itu beroperasi dalam suasana pembelajaran yang selamat dan lancar.

Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, pula berharap sekolah agama rakyat seperti itu melantik hanya guru bertauliah bagi mengelak kejadian seumpama itu daripada berulang.
"Setiap guru yang dilantik perlu melalui proses latihan perguruan meskipun mereka memiliki kelayakan akademik yang tinggi," katanya. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sasaran basmi kemiskinan di bandar dapat dicapai: Raja Nong Chik

Posted: 05 Apr 2011 01:52 AM PDT

Mutakhir

MIRI: Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, yakin sasaran kerajaan untuk membasmi kemiskinan di kawasan bandar akan dapat dicapai pada tahun ini.

Beliau berkata, ke arah mencapai sasaran itu, sebanyak RM19,894,800 diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10), membabitkan pelbagai program di bawah portfolio kementeriannya.

Ini, katanya, termasuk Projek Bantuan Perumahan dengan peruntukan sebanyak RM7.4 juta, program Bantuan Rumah Sewa sebanyak RM4.165 juta dan program Bina Upaya sebanyak RM3 juta. "Selain itu, ia juga termasuk program Menjana Pendapatan sebanyak RM4.665 juta dan Pembangunan Minda Insan sebanyak RM600,000," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Kesejahteraan Bandar kepada 154 penduduk di sini, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 50 murid menerima bantuan persekolahan masing-masing RM50, 100 orang menerima Bantuan Kesejahteraan Bandar masing-masing RM100 dalam bentuk makanan harian manakala empat orang lagi menerima bantuan membaiki rumah bernilai RM5,000 seorang.

Setakat ini, kata Raja Nong Chik, kemiskinan di Sarawak dicatatkan pada kadar 152 orang untuk miskin tegar, 1,659 golongan miskin dan 3,061 adalah mudah miskin.

"Jadi fokus kita (kementerian) sekarang ialah untuk membasmi kemiskinan golongan miskin tegar dan miskin terlebih dahulu iaitu sebanyak 1,811 orang," katanya sambil menambah masih terdapat golongan miskin yang ketinggalan dan tidak direkodkan.
Justeru, beliau berharap pemimpin setempat dan pihak berkuasa tempatan dapat memainkan peranan untuk mendaftarkan golongan itu melalui daftar e-kasih bagi mengemas kini statistik yang lebih tepat. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan