Selasa, 5 April 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


1,510 kampit baja subsidi dirampas

Posted:

1,510 kampit baja subsidi dirampas

1,510 kampit baja subsidi dirampas

05/04/2011 8:26pm

KANGAR - Sebanyak 1,510 kampit baja subsidi bernilai RM25,670 dirampas di sebuah rumah di Jalan Sungai Baru, Simpang Empat dekat sini Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supritendan Mohd Nashir Ya berkata, seorang lelaki ditahan di rumah itu yang sedang mengangkut kampit-kampit baja ke dalam sebuah lori.

Ekoran tangkapan itu itu polis menahan seorang lagi lelaki.

Mohd Nashir berkata kedua-dua suspek dipercayai telah melakukan kegiatan tersebut sudah empat tahun.

Terdapat enam kes seumpama itu dilaporkan berlaku sepanjang tahun 2010 dan 2011, tambahnya.

Beliau berkata, baja yang dirampas itu dipercayai dicuri daripada premis awam di sekitar Arau dan Kangar untuk dikumpul di rumah itu sebelum dihantar luar daripada Perlis.

Sebuah treler dan sebuah lori yang dipercayai digunakan bagi mengangkut baja itu turut dirampas.

Baja tersebut dijual dengan harga RM17 sekampit. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kanak-kanak hilang dijumpai semula

Posted:

Kanak-kanak hilang dijumpai semula

Kanak-kanak hilang dijumpai semula

05/04/2011 8:08pm

KUANTAN - Adik Nur Hafiqah Zarissya Mohd Nawawi berusia setahun sembilan bulan yang dilaporkan hilang lewat petang semalam, ditemui semula dalam keadaan selamat hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusof berkata, kanak-kanak itu diserahkan oleh sepasang suami isteri kepada kakak ipar mangsa di tempat kanak-kanak itu dilaporkan hilang iaitu di kedai telefon bimbit milik ibu kanak-kanak itu di Jalan Kuantan-Gambang di sini.

"Pasangan berkenaan yang berada di Temerloh telah melihat laporan berita di televisyen pada 1.30 petang tadi berhubung kehilangan kanak-kanak ini dan menelefon pihak keluarga sejurus kemudian untuk mengembalikannya semula," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, kanak-kanak terbabit berada dalam keadaan baik ketika diserahkan oleh pasangan berusia 30-an berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, polis akan membawa kanak-kanak itu ke hospital bagi pemeriksaan. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Karnival IT dibanjiri telefon tiruan

Posted:

Karnival IT dibanjiri telefon tiruan

Karnival IT dibanjiri telefon tiruan

05/04/2011 6:25pm

PORT DICKSON - Orang ramai diminta berhati-hati apabila membeli telefon bimbit di tapak-tapak karnival menjual peralatan komputer dan elektronik di seluruh negara berikutan ada peniaga dikesan menjual telefon bimbit tiruan.

Ketua Cawangan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Daerah Port Dickson Yusuf Bakar berkata, perbuatan itu dikesan selepas pasukannya merampas 143 unit telefon bimbit tiruan bernilai RM80,000 dalam satu operasi di Dataran Rembau minggu lepas.

Rampasan yang dibuat itu melibatkan 10 tapak gerai di karnival itu, katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

"Mereka akan menayangkan telefon bimbit yang asli di ruang pameran gerai mereka tetapi selepas pembeli bersetuju dengan harga tawaran, mereka akan membuat keadaan seperti kelam kabut sebelum menukarkan telefon asli itu dengan telefon tiruan yang disimpan di bawah kaunter," katanya.

Modus operandi para peniaga di tapak karnival ini turut dikesan di Senawang sebelum ini dan beliau percaya peniaga terbabit mempunyai rangkaian di seluruh negara. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan