Selasa, 5 April 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


RM108 bilion tidak lesap

Posted:

RM108 bilion tidak lesap

RM108 bilion tidak lesap

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 4 April - Jumlah RM108 bilion yang didedahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penangkapan 62 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia baru-baru ini bukannya wang yang lesap dan dibawa ke luar negara.

Sebaliknya Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, ia adalah anggaran kerugian pendapatan negara akibat perlakuan jenayah yang turut melibatkan pelbagai akta di bawah SPRM, JKDM, polis dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Menurutnya, pendedahan SPRM mengenai kerugian RM108 bilion itu bukannya merujuk kepada kes JKDM sahaja tetapi turut merangkumi pelbagai kesalahan lain.

"Ingin saya jelaskan bahawa RM108 bilion itu bukanlah lesap sebaliknya nilai kerugian pendapatan yang dialami negara.

"Angka serta input yang didedahkan itu diperoleh daripada Unit Perisikan Kewangan, Bank Negara Malaysia (BNM)," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, akhbar melaporkan RM108 bilion hasil negara lesap setiap tahun antaranya akibat perbuatan 'tangan kotor' pegawai JKDM yang mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa, sebelum wang yang diterima itu kemudiannya dipindahkan ke luar negara.

SPRM turut menahan seramai 62 pegawai JKDM kerana terlibat dalam aktiviti penggubahan wang haram serta pelbagai kesalahan lain dalam 'Operasi 3b' yang diadakan sepanjang minggu lalu.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Ketua Pengarah JKDM, Datuk Mohamed Khalid Yusof yang memberikan kerjasama sepenuhnya dalam membenarkan siasatan dibuat oleh pegawai SPRM sejak dari awal operasi itu dijalankan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pegawai kanan Kastam dibebaskan

Posted:

Pegawai kanan Kastam dibebaskan

Pegawai kanan Kastam dibebaskan


PEGAWAI kanan Kastam Diraja Malaysia yang direman lapan hari sejak minggu lalu berhubung siasatan kes rasuah dilepas tanpa syarat oleh Mahkamah Majistret di Kuantan, semalam.


KUANTAN 4 April - Seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang ditahan reman sejak Isnin lalu bagi membantu siasatan berhubung pembongkaran pelbagai aktiviti mencurigakan membabitkan pegawai pasukan penguat kuasa itu, dilepaskan hari ini tanpa syarat.

Majistret Nordiana Abdul Aziz memerintahkan demikian semasa pegawai kanan bergelar Datuk yang berumur dalam lingkungan 50-an itu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini.

Peguam yang mewakili pegawai kanan tersebut, Mohamad Sazali Abdul Aziz ketika ditemui di pekarangan mahkamah berkata, siasatan yang dilakukan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah selesai.

Rabu lalu, akhbar melaporkan dua pegawai kanan KDRM yang juga merupakan pasangan suami isteri ditahan SPRM dalam satu operasi besar-besaran di kawasan pantai timur, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor.

Dalam serbuan pada 28 Mac lalu, anggota SPRM dilaporkan menjumpai sejumlah wang bernilai ratusan ribu ringgit berselerakan di rumah pasangan pegawai kanan tersebut yang kemudiannya ditahan untuk siasatan.

Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat lalu bagaimanapun membebaskan isteri pegawai kanan tersebut tanpa syarat manakala pegawai kanan JKDM terbabit ditahan reman sehingga hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RM108b jumlah nilai kes bawah Akta AMLATFA

Posted:

RM108b jumlah nilai kes bawah Akta AMLATFA

RM108b jumlah nilai kes bawah Akta AMLATFA

KUALA LUMPUR 4 April - Kementerian Kewangan merekodkan sejumlah RM108 bilion membabitkan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, jumlah itu merupakan nilai kes yang dilaporkan kepada kesemua agensi penguatkuasaan negara ini.

Katanya, ia sekali gus menafikan laporan pihak media semalam bahawa negara kehilangan hasil pendapatan berikutan kegiatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa membabitkan pegawai kastam sebanyak RM108 bilion setiap tahun.

"Daripada jumlah itu, rompakan dan kecurian merupakan kesalahan-kesalahan yang menjadi penyumbang utama.

"Antara kesalahan lain ialah penyeludupan, pengedaran dadah, deposit haram, penipuan dan penyalahgunaan kuasa,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, siasatan yang dijalankan ke atas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merupakan amalan di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam konteks itu, katanya, kerajaan tidak akan melindungi mana-mana pegawai kerajaan yang terbukti melakukan penyalahgunaan kuasa dan salah laku kerana bertentangan dengan usaha kerajaan mewujudkan agensi yang telus, berintegriti dan berkredibiliti.

"Kerajaan amat menghargai usaha SPRM kerana membongkar salah laku pegawai-pegawai kastam.

"Ketua Pengarah JKDM juga telah diarahkan memberi kerjasama sepenuhnya kepada SRPM dalam siasatan tersebut,'' katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, usaha SPRM itu sekali gus menyokong pembentukan nilai murni dan berintegriti tinggi di kalangan penjawat awam, agensi dan jentera kerajaan selaras dengan matlamat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam memerangi rasuah.

"Komitmen kerajaan dalam soal ini terbukti dari segi peningkatan penguatkuasaan, dengan menaik taraf Badan Pencegah Rasuah (BPR) menjadi SPRM dengan bidang kuasa dan perundangan yang lebih efektif," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan