Rabu, 20 April 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


23 inisiatif

Posted: 19 Apr 2011 12:11 PM PDT

MukaDepan

Projek tumpu inovasi jana kekayaan baru, kesejahteraan rakyat: Najib

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 23 inisiatif untuk menjana kekayaan baru dan kesejahteraan rakyat melalui inovasi yang beliau sifatkan sebagai Pelancaran Inovasi yang bertepatan dengan visi menjadikan negara sebagai Malaysia Inovatif.

Inisiatif berkenaan meliputi lima projek pewujudan kekayaan dengan mencungkil khazanah negara, lapan projek universiti awam daripada Pencarian Harta Intelek serta 10 projek inovasi ekosistem, selaras matlamat kerajaan untuk menggunakan inovasi sebagai asas membina Malaysia pada 2020 dan selepasnya. Perdana Menteri berkata, lima projek pewujudan kekayaan itu ialah pengubah permainan dalam industri berkaitan seperti memanfaatkan bahan buangan untuk menjana kekayaan, penjanaan tenaga daripada setiap sumber, pengurusan tenaga untuk masa depan dan merevolusi landskap pembayaran bagi perniagaan kecil.

Katanya, walaupun negara hanya terbabit sedikit saja dalam sektor yang nilai pasaran global semasanya dianggarkan RM1.46 trilion, ia akan menguntungkan negara.

"Projek ini berjaya menarik minat pelanggan antarabangsa dan hasilnya akan dapat kita lihat dalam masa setahun dari sekarang. Kesan limpahannya sangat jauh dan akan mempertingkat kemahiran teknikal dan perniagaan seluruh rangkaian bekalan," katanya ketika menyampaikan taklimat media Inisiatif Penjanaan Kekayaan Baru dan Pembangunan Ekosistem Negara Unit Inovasi Khas (UNIK) di sini, semalam. Pada majlis itu, Najib turut menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara rakan usaha sama dan UNIK.

Mengenai projek universiti awam, Najib berkata, 113 daripada lebih 1,000 projek dalam fasa satu Pencarian Harta Intelek sudah diteliti dan disenarai pendek kerana berpotensi tinggi untuk dikomersilkan.
Bagaimanapun, lapan projek itu hanya sebahagian kecil daripada jumlah sebenar dan anggaran keseluruhan saiz pasaran global ialah RM316 bilion.

"Negara harus menembusi pasaran global bagi menawan sebahagian daripada nilai pasaran berkenaan. Projek itu sudah sedia untuk dibawa ke dunia komersial dan hasilnya akan dapat dilihat sebelum suku kedua 2012," katanya.

Bagi 10 projek inovasi ekosistem pula, Perdana Menteri berkata, ia akan mencipta persekitaran untuk inovasi berkembang maju dan berjaya, terutama dalam sektor pendidikan, pengajian tinggi, industri serta keusahawanan.

Najib yang menegaskan kesejahteraan masyarakat juga amat penting seiring penciptaan kekayaan, berkata inisiatif itu akan membawa kepada kemampanan inovasi melalui kerjasama antara golongan akademik, sektor swasta dan kerajaan serta pemain industri tempatan dan asing.

Beliau berkata, inovasi ialah mengenai mencipta nilai baru melalui perubahan yang boleh menjana pendapatan rakyat dan kualiti hidup lebih baik kerana ekonomi berkait dengan kesejahteraan masyarakat.

"Kata kuncinya ialah berubah. Jika kita tidak berubah, kita tidak boleh merentasi gelombang pembaharuan dan ketinggalan, sedangkan dunia kian maju. Sehingga abad ke-20, perubahan yang kita nampak ialah pada sempadan negara mengikut peperangan. Namun kini, kita melihat perubahan sempadan ekonomi. Negara yang berada dalam zon selesa sudah dipinggirkan dan dipotong oleh negara kompetitif dan inovatif.

"Jika sebelum ini, cabaran kita ialah sikap tidak apa, sekarang pula mentaliti lebih kurang. Kita kena teliti dengan semua yang dilakukan. Lebih kurang tidak boleh dipakai. Kita perlu berubah supaya kita boleh keluar dari zon selesa," katanya.

Dalam konteks ini, Najib berkata, transformasi minda amat penting kerana untuk menjadi negara inovatif, perubahan mental diperlukan dalam kerajaan, industri dan sektor pendidikan bagi membentuk sikap generasi masa depan.

Di negara maju, katanya, inovasi sudah diterima pakai sebagai mekanisme kemampanan penciptaan kekayaan di mana kemampanan adalah matlamat kedua Model Ekonomi Baru (MEB).

"Untuk Malaysia menjadi negara maju, usaha penciptaan kekayaan perlu menjadi mampan melalui inovasi," katanya sambil meminta media membantu beliau untuk membuatkan rakyat nampak visi Malaysia Inovatif.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

asha maria

rakyat perlu buka minda dan bergerak pantas sejajar dengan kemajuan yang bakal dicipta

sri siantan

Rakyat terutamanya orang melayu / bumiputra perlu mengubah minda agar tidak terus bergantung kerajan dengan mengharapkan subsidi atau bantuan kerajaan. Melepaskan diri daripada belengu subsidi juga memerlukan inovasi.

mohamad

Setiap kekayaan negara haruslah diutamakan manfaatnya kepada rakyat dalam bentukyang boleh diterima oleh setiap lapisan masyarakat. Utamakan agama Islam dan bumiputera melayu. Kurangan pembangunan yang menguntungkan sesetengah pihak sahaja dan menjadikan melayu sebagai pemerhati dengan angan2 mat jeninnya.

Ali Biju

Saya bersetuju dengan apa yang telah dicadangkan oleh PM kita iaitu "BERUBAH" bagi menjayakan 23 inisiatif Projek tumpu inovasi jana kekayaan baru, kesejahteraan rakyat.... Walaubagaimanapun, saya masih menunggu perubahan yang akan dilaksanakan si Sarawak berdasarkan janji telah dijanjikan semasa Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak ke10 yang mana salah satu daripadanya ialah merubah keadaan penduduk di kawasan Kapit. Kapit sehingga hari ini setelah berapa puluh tahun Malaysia merdeka masih tidak dapt dihubungi dengan jalan darat..... Bukan itu sahaja, malah siaran daripada TV3 pun kawasan Kapit tidak dapat hendak tonto...tetapi terima kasih kepada Astro yang membolehkan penduduk di kawasan Kapit dapat menonton program daripada syarikat tersebut... Kami tahu yang keadaan geografi di Sarawak yang tidak rata membuatkan proses penambahbaikan keadaan penduduk di sesuatu kawasan di sini mengambil masa kerana ia nya dibuat berperingkat - peringkat.... Saya memohon kepada Datuk Seri selalu selalu lah datang dan menjengguk kami di Sarawak... Untuk makluman semua, kekalahan SUPP pada Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak ke10 kali ini menunjukan bahawa pengundi cina di kawasan bandar tidak percaya kepada individu yang mewakili mereka bukan kepada kepimpinan Barisan Nasional.... Sekali lagi saya memohon untuk pihak tuan mempertimbangkan apa yang telah disebut terlebih dahulu kerana tidak lama lagi kita akan menghadapi Pilihanraya yang lebih besar iaitu kerusi Parlimen... Terima kasih...

yusuf ayub

errmm biasalah pembankang...smua yg baik kerajaan buat dorang kata x btul....tp tiap2 bulan YB2 pembangkang sapu gak duit elaun2 Yb yg dibagi....tp kojer habuk pun tadak....hanya makan elaun buta...

Mohd. Nor Bohanb

Walaupun beribu-ribu perubahan yang baik kita buat untuk menjadi sebuah negara maju pada masa hadapan kepentingan rakyat harus diutamakan. Namun ada segelintir manusia yang tidak tahu menilai apa erti perubahan itu yang sebenarnya. Mereka mencanangkan perubahan itu hanya untuk kepentingan peribadi pemimpin tertentu sahaja. Tahniah PM yang punya kredibiliti yang sedemikian rupa dan perancangan yang jitu. Semangat Malaysia Boleh dan 1 Malaysia Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan. Kepada pencarut, pembakangan harus ada asasnya. Yang baik harus diterima dan yang salah harus dibetulkan agar lebih sempurna. Jangan jadi ayam jantan, Kokok berjela-jela tetapi ekor menyapu tahi. Tq.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen