Rabu, 20 April 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Isteri buruh terima pampasan Perkeso

Posted:

Isteri buruh terima pampasan Perkeso

Isteri buruh terima pampasan Perkeso

20/04/2011 7:07pm

GEORGETOWN - Isteri pekerja buruh syarikat kontraktor pembersihan yang maut dalam lubang saluran pembetungan di Bagan Jermal Ahad lepas, menerima pampasan iaitu bayaran faedah pengurusan jenazah dan pencen penakat daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Pengurus Perkeso negeri, Othman Mohd Nordin berkata, isteri Allahyarham Zakaria Ahmad iaitu Nas Fatiha Azman, 26, menerima RM1,500 bagi pengurusan jenazah dan RM945 bayaran berkala sebagai pencen penakat.

"Bayaran bulanan yang diterima itu adalah sepanjang hayat dan sehingga anak si mati berusia 21 tahun, dan Perkeso bertanggungjawab memberi faedah berkenaan kepada pekerja yang mencarum," katanya kepada pemberita ketika menyerahkan cek kepada Nas Fatiha hari ini. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

5 PBT Selangor ambil alih tugas Alam Flora

Posted:

5 PBT Selangor ambil alih tugas Alam Flora

5 PBT Selangor ambil alih tugas Alam Flora

20/04/2011 7:05pm

SHAH ALAM - Lima pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor akan bekerjasama bagi memastikan pengambilalihan kerja pembersihan daripada Alam Flora Sdn. Bhd. berjalan lancar, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, lima PBT terbabit ialah Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Majlis Perbandaran Klang.

"Kesemua PBT terbabit akan mengadakan rundingan termasuk menentukan koordinasi kawasan persempadanan masing-masing serta kos bagi tujuan pengambilalihan kerja pembersihan berkenaan.

"Kerjasama ini juga bertujuan memastikan kerja pembersihan seperti memotong rumput di kawasan kediaman dan tepi jalan majlis serta kerja membersihkan longkang diuruskan dengan lebih sistematik dan berkesan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini hari ini. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Festival Boria 1Malaysia bakal catat rekod

Posted:

Festival Boria 1Malaysia bakal catat rekod

Festival Boria 1Malaysia bakal catat rekod

20/04/2011 7:11pm

GEORGETOWN - Sebanyak 2,500 peserta boria bakal mencatat rekod Malaysia Book Of Records untuk persembahan boria yang dianggotai oleh peserta paling ramai dalam negara sempena Festival Boria 1Malaysia di Kampung Seronok, dekat sini 30 April ini.

Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia negeri Jaime Yeoh berkata, sebelum ini, Malaysia Book of Records pernah mencatatkan rekod penyertaan teramai sebanyak 2,020 orang pada tahun 2002 anjuran Jabatan Pelajaran Negeri di sini.

Katanya, setakat ini 1,800 orang daripada pelbagai kaum telah mengesahkan penyertaan untuk catatan rekod terbaru itu dan jabatan pelancongan negeri itu menyasarkan 2,500 peserta.

"Setakat ini penyertaan diterima daripada 37 buah sekolah rendah dan menengah dari seluruh negeri, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, sektor awam dan swasta, badan bukan kerajaan (NGO), penggiat industri pelancongan dan kebudayaan negeri," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan