Jumaat, 10 Ogos 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Polis serbu kondominium mewah lumpuhkan rangkaian dadah antarabangsa

Posted: 10 Aug 2012 04:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sindiket pengedaran dan pemprosesan dadah didalangi warga Iran lumpuh setelah tertangkapnya 21 anggota sindiket itu bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM6 juta dalam lima serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata dalam serbuan pertama di sebuah kondominium mewah di Mont Kiara, polis menahan empat lelaki warga Iran.

Katanya polis merampas dadah jenis syabu seberat 20kg dalam bentuk serbuk, heroin 630g, 65.07 liter cecair syabu yang dipercayai untuk diproses menjadi dadah jenis syabu ketulan kristal serta beberapa bahan kimia untuk tujuan membuat syabu.

Beliau berkata susulan itu polis menahan 17 lagi anggota sindiket berkenaan hasil serbuan ke beberapa buah kediaman mewah lain di Cyberjaya, Mont Kiara, Petaling Jaya, Jalan Ipoh dan Bandar Manjalara di Kepong.


"Serbuan semalam membawa kita kepada penahanan 21 anggota sindiket itu, berumur antara 22 dan 54 tahun membabitkan 15 warga Iran iaitu 14 lelaki dan seorang wanita, seorang lelaki Uzbekistan dan dua wanita Uzbekistan, dua wanita Filipina dan seorang lelaki tempatan. Polis percaya dapat melumpuhkan rangkaian sindiket dadah antarabangsa membabitkan warga asing," katanya di sidang media di Bukit Aman di sini hari ini.


Noor Rashid berkata ketika serbuan dijalankan dadah jenis syabu itu disembunyikan di dalam 218 bekas tin kecil (canister) yang telah dikimpal bagi mengaburi mata pihak berkuasa, malah percaya kediaman mewah itu dijadikan sebagai tempat penyimpanan dan pemprosesan dadah sebelum dijual di dalam dan luar negara.

Katanya serbuk syabu yang disembunyikan di dalam tin canister tersebut dipercayai dibawa masuk menerusi pelabuhan menggunakan kapal kargo.

Beliau berkata beberapa barangan lain turut dirampas dalam serbuan itu antaranya tiga kereta Honda, sebuah Hyundai, Volvo, Land Rover, Mitsubishi dan Mercedez, dua utas jam tangan berjenama, satu komputer riba, sejumlah barang kemas serta wang tunai bernilai RM44,000.

Noor Rashid berkata risikan polis mendapati rata-rata anggota sindiket itu telah berada di negara ini sejak beberapa bulan lalu dan menjalankan perniagaan haram untuk sumber pendapatan.

"Kesemua suspek kini direman sehingga 16 Ogos dan kes disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan membawa hukuman mati mandatori," katanya. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/10


Lelaki parah dibelasah dalam kes samun

Posted: 10 Aug 2012 03:37 AM PDT

KUANTAN: Seorang lelaki cedera parah dipercayai dibelasah sekumpulan lelaki dalam satu kes samun di kawasan perumahan di Bandar Indera Mahkota, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 4.30 pagi itu, mangsa, 32, seorang pekerja kilang di kawasan Perindustrian Gebeng, dekat sini ditemui orang awam di tepi jalan di kawasan perumahan berkenaan dalam keadaan berlumuran darah.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata berdasarkan siasatan awal, mangsa dibelasah seramai empat lelaki yang menaiki dua kereta.

"Mangsa yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya dan dihimpit dua kereta terbabit sebelum empat suspek berusia 20-an bertindak menyerang mangsa menggunakan kayu hoki serta batang besi.


"Mangsa yang cedera parah di kepala dan badan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.


Beliau berkata motosikal yang dinaiki mangsa turut dilarikan suspek terbabit.

"Berdasarkan siasatan awal, mangsa mendakwa tidak mengenali suspek terbabit, bagaimanapun polis masih menyiasat kes berkenaan dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/10


Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


8 pengutip derma ditahan

Posted: 09 Aug 2012 02:10 PM PDT

SHAH ALAM: Lapan orang yang menggunakan nama pusat tahfiz dan madrasah sebagai modal untuk mengutip derma tanpa kebenaran pihak berkuasa agama ditahan dalam operasi Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sekitar bandar raya ini dan Petaling Jaya, semalam.

Mereka membabitkan enam wanita dan dua lelaki berusia 16 hingga 50 tahun itu ditahan ketika sibuk meminta derma.


Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa Jais, Hardi Mohamad Sadali berkata, operasi mencari pengutip derma itu bermula kira-kira jam 12 tengah hari membabitkan 15 penguat kuasa Jais.

"Tiga daripadanya ialah warga asing iaitu dua warga Indonesia dan seorang warga Thailand," katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini, semalam.


Hardi berkata, pihaknya membuat intipan selama sebulan bagi mengesan aktiviti peminta derma terbabit.


"Mereka menggunakan nama pusat tahfiz dan madrasah sebagai modal untuk mengutip derma.

"Mana-mana pihak atau individu yang hendak mengutip derma perlu mendapatkan surat kebenaran daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais)," katanya.


Hardi menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya memberi sumbangan wang tunai kepada peminta derma terbabit kerana dibimbangi tidak sampai kepada pihak yang sepatutnya.

"Kita juga tidak membenarkan mereka melakukan kegiatan itu di tempat-tempat awam seperti di bank dan stesen minyak" katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/10


‘Emak pesan jangan nakal’

Posted: 09 Aug 2012 02:05 PM PDT

SABAK BERNAM: "Arwah emak pernah berpesan, jika dia meninggal dunia, dia suruh saya tinggal dengan ayah. Dia pesan supaya jangan nakal-nakal, namun tak sangka kedua-duanya pergi sekali gus."

Demikian kata Adam Mohd Fyros Khan, 9, anak bongsu kepada pasangan Mohd Fyros Khan P A S Abdul Rahman, 51, dan Sarimah Mohd Salleh, 49, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 41, Jalan Klang-Teluk Intan berhampiran Kampung Tebuk Pulai, di sini, semalam.


Dalam kejadian jam 1.15 tengah hari, pasangan suami isteri yang menaiki motosikal itu maut dirempuh sebuah Proton Waja.

Ketika kejadian, Mohd Fyros Khan baru menjemput Sarimah di Parit Enam, di sini, selepas program bersama Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabak Bernam di Kuala Selangor.


Mangsa yang keluar dari simpang Jalan Parit Enam untuk pulang ke rumah di Kampung Gertak Tinggi, di sini, dirempuh kereta berkenaan yang datang dari arah Sabak Bernam sebelum merempuh sebuah lori dari arah bertentangan.


Adam ketika ditemui berkata, dia tidak menyangka kejadian sedih itu menimpa keluarganya terutama menjelang Aidilfitri ini.

"Emak tak sempat belikan baju raya untuk saya lagi. Dia juga berjanji untuk buatkan saya baju Melayu dan nampaknya tak sempat," katanya.


Anak sulung mangsa, Musyawir, 20, berkata, kali terakhir dia berjumpa bapanya di rumah mereka pada jam 10 pagi semalam.

"Arwah nampak biasa saja dan tidak menunjukkan tanda-tanda yang dia akan pergi.


"Dia juga bersembang seperti biasa dengan saya," katanya yang bekerja sebagai tukang kasut.


Jenazah kedua-dua mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 40, di sini, malam tadi.


Sementara itu, saksi, Mohd Hizham Johan Ariffin, 19, berkata, dia yang menunggang motosikal di belakang Proton Waja berkenaan tergamam apabila melihatnya merempuh mangsa yang melambung kira-kira lima meter sebelum terjatuh di atas jalan.


"Saya nampak mangsa jatuh dan menggelupur kesakitan menyebabkan saya tak berani tolong mereka," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohammad berkata, kejadian berlaku apabila mangsa keluar dari simpang Jalan Parit Enam. sebelum dirempuh kereta Proton Waja yang datang dari arah Sabak Bernam.


"Rempuhan itu menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak dan parah di kepala dan badan," katanya.


Mohd Fyros Khan meninggal dunia di tempat kejadian manakala Sarimah meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Jemaah, di sini.


Noor Mushar berkata, pemandu kereta Proton Waja, Ramli Bardan, 54, dan rakannya, Zarina Wah, 39, cedera selepas ia merempuh pula sebuah lori dari arah bertentangan.


"Pemandu lori berkenaan, Mohd Rozaimi Che Ibrahim, 31, tidak cedera," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/10


Khamis, 9 Ogos 2012

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Semua lif rosak

Posted: 08 Aug 2012 12:19 PM PDT

PETALING JAYA: Hampir 2,000 penduduk di Blok 6, Pangsapuri Desa Mentari, di sini, terpaksa berdepan 'ujian' di bulan Ramadan berikutan masalah kerosakan semua lif di perumahan mereka.

Penduduk, Asri Etar, 46, berkata, sebelum ini hanya sebuah lif berfungsi dan digunakan sepenuhnya di perumahan itu manakala satu lagi sudah rosak sejak setahun lalu.


"Bagaimanapun, keadaan bertambah teruk sejak Sabtu lalu apabila lif sedia ada rosak dan tidak berfungsi sepenuhnya.

"Sejak itu, kami terpaksa menggunakan tangga untuk turun naik di perumahan mempunyai 11 tingkat ini.


"Bayangkan kami berniaga di bazar Ramadan berhampiran terpaksa mengangkat barang yang banyak dari tingkat lapan menggunakan tangga pada waktu petang dan mengangkatnya semula naik ke atas sebaik saja selesai berniaga," katanya kepada Harian Metro, semalam.


Dia yang sudah menetap di situ sejak tujuh tahun lalu berkata, masalah kerosakan lif sering berlaku di situ seolah-olah tiada penyelesaian untuk jangka masa lama.

"Sudah beberapa kali lif di sini dibaiki tetapi tidak sampai dua minggu ia akan rosak semula dan menyusahkan penduduk.


"Bayangkan kanak-kanak, wanita mengandung, warga emas, orang kelainan upaya (OKU) atau jika berlaku sebarang kecemasan di tingkat atas, pasti sukar untuk mereka menggunakan tangga," katanya.

Kekecewaan Asri itu turut dikongsi N Lecthumanan, 49, yang mahukan campur tangan pihak berwajib termasuk Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam memastikan keselamatan dan kebajikan penduduk di situ ketika menggunakan lif.


"Bayangkan lif yang kami naiki, boleh turun secara tiba-tiba sehingga tiga tingkat ke bawah sebelum naik semula. Ia cukup menakutkan bagaimanapun penduduk tiada pilihan kerana itulah satu-satunya lif yang ada di sini," katanya.


Katanya lagi, penduduk sering mendengar bunyi kabel lif berkenaan menunjukkan ia tidak berada dalam keadaan baik.


"Aduan sudah disampaikan beberapa kali kepada pihak pengurusan tetapi ia masih berlaku. Jika dibiarkan, keadaan ini boleh mengancam keselamatan orang ramai sekiranya kabel lif terputus ketika dinaiki orang ramai," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/09


‘Sultan’ dicari bantu siasatan kes bunuh

Posted: 08 Aug 2012 12:15 PM PDT

SHAH ALAM: Polis memburu seorang lelaki warga Myanmar bernama Sultan dipercayai dapat membantu siasatan berhubung kes bunuh seorang lelaki di Ampang, Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, lelaki terbabit berusia lewat 20-an yang juga rakan sekerja mangsa di bengkel kereta di Ampang menghilangkan diri sejurus kejadian.


Mohd Adnan berkata, mangsa ditemui dalam keadaan lehernya dikelar di bengkel berkenaan pada jam 6.10 petang.

Katanya, hasil siasatan lanjut, polis menemui sebilah pisau dan sebatang kayu dipercayai diguna suspek untuk membunuh mangsa.


"Beberapa jam kemudian, polis menahan enam lelaki berusia 23 hingga 37 tahun yang juga rakan sekerja mangsa di sekitar kawasan kejadian.


"Semua mereka kini direman hingga 13 Ogos ini untuk polis mengumpul maklumat yang berkaitan dengan kejadian berkenaan," katanya sewaktu ditemui semalam. Polis juga masih belum mengenal pasti motif sebenar kejadian dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Orang ramai yang mengenali lelaki terbabit diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Arshad di nombor 017-5902878 atau hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang untuk menyalurkan maklumat.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/09


Rabu, 8 Ogos 2012

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Jalan susur ke Kesas dibuka

Posted: 08 Aug 2012 10:36 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 8 Ogos - Penduduk di sekitar Bukit Jalil kini boleh menarik nafas lega apabila jalan susur masuk ke Lebuh raya Shah Alam (Kesas) menghala ke Kuala Lumpur telah boleh digunakan sejak Jumaat...

Pusat urut: MDHS pantau bersama polis

Posted: 08 Aug 2012 10:36 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 8 Ogos - Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) akan menyiasat dakwaan bahawa sebuah pusat urut refleksologi di Batang Kali turut menyediakan perkhidmatan 'istimewa'. Pegawai Penerangannya, Junainah...

Bau busuk sampah ganggu peniaga di Taman Muda

Posted: 08 Aug 2012 10:36 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]AMPANG 8 Ogos - Sebanyak 60 unit kedai serta peniaga pasar Taman Muda di Jalan Bunga Tanjung 8B menghadapi masalah sampah dan bau busuk yang teruk sejak akhir tahun 2011 hingga ke hari ini. Masalah itu...

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Melutut mahu sembunyi

Posted: 07 Aug 2012 04:11 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Dia (suspek) melutut sambil merayu meminta bantuan untuk bersembunyi di dalam rumah saya," kata pemilik rumah yang enggan dikenali berusia 40-an.

Beliau berkata demikian ketika menceritakan kejadian dia dirayu seorang wanita berusia lewat 20-an yang cedera dan menjadi buruan polis dalam kejadian jam 2 petang di rumahnya di Jinjang Selatan, di sini, semalam.


Menurutnya, dia tidak sampai hati melihat wanita itu dalam keadaan kesakitan dan berlumuran darah membenarkannya bersembunyi di dalam rumah.

"Saya bagaimanapun menjadi gelisah selepas membenarkan dia masuk ke dalam rumah. Saya kemudian menghubungi anak lelaki yang bekerja dan menceritakan apa yang berlaku.


"Anak saya menasihatkan supaya mengunci semua pintu dan tingkap rumah sebelum menunggunya pulang," katanya.


Katanya, selepas dinasihatkan berulang-kali, dia akur untuk menghubungi polis dan melaporkan kejadian itu.

"Kira-kira 20 minit kemudian, pasukan polis datang ke rumah dan menahan wanita terbabit," katanya.


Menurut sumber, sebelum kejadian, wanita terbabit bersama tiga lagi rakannya berusia antara 20 hingga 30 tahun dilaporkan melarikan sebuah kereta Volkswagen GTI di Ampang Jaya sebelum pemiliknya melaporkan kehilangan kenderaannya. "Pihak berkuasa kemudian mengesan kedudukan kenderaan itu menggunakan Sistem Pengesanan Global (GPS) dan mendapati kenderaan itu sedang bergerak di Jalan Duta," katanya.

"Sepasukan polis kemudian dimaklumkan mengenai kejadian itu dan bergegas ke Jalan Duta untuk menghalang kenderaan itu," katanya.


Sumber berkata, suspek dan rakannya merempuh sekatan berkenaan menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan amaran.


"Menyedari dikejar polis, kumpulan itu memecut laju. Suspek yang gagal mengawal kenderaan terbabas sebelum merempuh pagar sebuah rumah di Jinjang Selatan.


"Dua lelaki yang gagal keluar daripada kereta itu dicekup serta-merta manakala wanita berkenaan dan seorang lagi rakannya sempat melarikan diri," katanya.


Katanya, disebabkan tercedera, mangsa kemudian meminta bantuan daripada pemilik sebuah rumah di kawasan berkenaan untuk berlindung dari buruan polis.


Menurutnya, mangsa hanya mampu berlindung hampir 20 minit di rumah itu sebelum pemiliknya menghubungi polis memaklumkan perkara itu menyebabkan wanita terbabit dicekup.


Wanita itu kemudian dihantar ke hospital berhampiran untuk rawatan manakala dua lagi rakannya dibawa ke balai polis untuk siasatan dan tindakan lanjut.


Difahamkan, rakan suspek belum dicekup dan usaha memburu giat dijalankan.


Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa mengesahkan penahanan terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/08


Penantian 3 tahun berakhir

Posted: 07 Aug 2012 04:05 PM PDT

KUALA LUMPUR: Penantian penduduk sekitar Bukit Jalil dan Sri Petaling di sini khususnya penghuni Apartmen Vista Komanwel selama tiga tahun berakhir selepas laluan masuk ke Lebuhraya Kesas menghala ke Kuala Lumpur-Cheras dari arah kediaman mereka, dibuka sejak Jumaat lalu.

Pembukaan susur sejauh 200 meter itu sekali gus memberi manfaat kepada kira-kira 4,000 pengguna jalan raya berkenaan sepanjang dua jam waktu puncak setiap pagi bagi memasuki lebuh raya terbabit terutama pada hari bekerja.


Ketua Pasukan 1Malaysia MCA Wilayah Persekutuan yang juga Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Banie Chin berkata, sejak susur itu siap pada 2009, penduduk tertanya-tanya mengapa masih ditutup sedangkan jalan itu sudah sempurna untuk kegunaan orang ramai.

Berikutan itu, pihaknya mengambil inisiatif mengajukan masalah berkenaan kepada pihak atasan DBKL dan Mei lalu, lawatan diadakan membabitkan pihaknya sendiri serta DBKL ke kawasan susur terbabit.


"Kami memang menerima banyak aduan berhubung perkara ini terutama daripada pengguna dari arah Bukit Jalil yang terpaksa membuat pusingan U di Jalan 1/149d kira-kira 200 meter dari susur berkenaan untuk masuk ke Kesas walhal mereka tak perlu berbuat demikian jika ia tidak ditutup.


"Kini, laluan ini sudah boleh digunakan dan mereka tidak lagi perlu membuat pusingan U atau menggunakan jalan lain yang lebih jauh untuk masuk ke Kesas, antaranya melalui Stadium Bukit Jalil atau Carrefour Taman Sri Petaling," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/08


Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Duit habis isteri hilang

Posted: 07 Aug 2012 03:25 PM PDT

KOTA BHARU: "Saya bertanya kenapa dia sanggup tinggalkan suami begitu saja dan dia jawab, dia tidak mampu lagi menjaga suaminya. Malah, dia suruh kami tunggu saja surat mahkamah (tuntutan cerai)."

Itu kata Mat Yakob Salleh, 61, mengenai tindakan kakak iparnya yang tergamak meninggalkan suami, Mahmud Hamid, 63, sejak sembilan bulan lalu selepas pasangan hidupnya itu lumpuh dan tidak dapat bercakap akibat serangan angin ahmar.

Menurutnya, akibat tindakan wanita berusia 38 tahun itu, abang tirinya kini dijaga ibu mereka, Siti Liah Tahir, 83, yang sudah tua dan uzur di Kampung Panji, di sini.

"Kami terkilan kerana begitu mudahnya dia meninggalkan suami dan mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri," katanya ketika ditemui.


Mat Yakob berkata, Mahmud dan isterinya hidup sebagai suami isteri selama 15 tahun dan kehidupan mereka pada mulanya bahagia dengan dikurniakan tiga anak berusia antara lapan dan 14 tahun.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/08


Gelora cintai isteri kawan

Posted: 07 Aug 2012 03:25 PM PDT

ALOR GAJAH: Seorang lelaki bertindak kejam menyerang seorang ibu muda beranak lima dengan cota hingga parah di sebuah taman perumahan di sini, awal pagi kelmarin.

Difahamkan, lelaki berusia 24 tahun itu adalah rakan sekerja suami mangsa yang tinggal di taman sama dan menaruh hati terhadap wanita itu sejak tujuh tahun lalu.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, mangsa, P Anjalai, 27, sedang tidur bersama anak bongsunya berusia tiga tahun di dalam bilik selepas suaminya, P Thenagaran, 31, keluar bekerja.

Manakala empat lagi anaknya iaitu T Yogeswaran, 9, T Phavitra, 8, T Thiviya, 5, dan T Sutharshini, 4, tidur di ruang tamu rumah berkenaan sebelum seorang lelaki meluru masuk ke dalam bilik tidur mangsa.


Anjalai dikatakan cuba mempertahankan diri ketika lelaki itu cuba menanggalkan baju dan seluarnya sebelum berlaku pergelutan hingga menyebabkan mangsa pengsan akibat dipukul dengan senjata tumpul.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/08


Isnin, 6 Ogos 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


JKM Kulim cari ibu bapa tiga kanak-kanak yang ditinggalkan

Posted: 06 Aug 2012 02:44 AM PDT

KULIM: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kulim ingin menghubungi seorang ibu dan sepasang suami isteri untuk menyelesaikan kes tiga kanak-kanak yang dijaga sementara oleh dua keluarga di sini.

Pegawai Pelindung Kanak-Kanak JKM Kulim Munirah Athirah Abdul Aziz berkata Noraini Sarmadi, 47, dikehendaki mengambil kembali dua anak lelakinya, Mustafa Kamal Zainal Abidin, 9, dan Mohd Adam, 7.

Alamat terakhir Noraini adalah B8, Kuarters KTMB, Kampong Boyan, 34000, Taiping, Perak.

Kedua-dua beradik itu diserahkan oleh Noraini kepada keluarga Hadzri Md Yusuf, 47, dan isterinya Zarinah Mohd Idris yang menetap di No. 460, Taman Bestari, Kulim pada Mac tahun lepas.


Dia perlu membuat pengakuan bertulis menyerahkan hak penjagaan kedua-dua anaknya itu sekiranya enggan mengambil mereka kembali, kata Munirah Athirah.


Munirah Athirah memberitahu pemberita Norani turut menyerahkan surat beranak kedua-dua anaknya serta salinan fotostat kad pengenalannya kepada keluarga Hadzri.

Kedua-dua beradik itu belajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Ular, dekat sini, masing-masing dalam Tahun Tiga dan Satu.

"Sejak mereka ditinggalkan beradik, Noraini ada menelefon sekali untuk mendapatkan maklumat kedua-dua beradik itu bagi tujuan mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)," kata Zarinah, seorang peniaga di sini.

Zarinah berkata dia dan suaminya berhasrat menjaga kedua-dua beradik itu berikutan bapa tiri mereka yang dikenali sebagai Hasan meninggal dunia tahun lepas.

Munirah Athirah berkata JKM memberi tempoh sehingga 14 Ogos ini kepada Noraini untuk mendapatkan kembali kedua-dua anaknya dan selepas itu kes penjagaan mereka akan diserahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan.

Dalam satu kes lagi, ibu bapa seorang kanak-kanak perempuan yang diberi nama sementara, Nor Nabilah, 20 bulan, diminta menghubungi JKM di sini berkaitan sijil kelahiran bayi itu yang kini dijaga Mohamad Ali Naina Mohamad, 47, dan isterinya Halimah K. Abdul Azeez, 41.

Mohamad Ali, seorang peniaga dari Simpang Tiga Keladi di sini yang turut hadir di JKM, berkata seorang wanita berusia lingkungan 20-an menyerahkan bayi itu kepadanya pada 9 Sept tahun lepas.

Wanita itu yang dikenali sebagai 'Nah' sahaja hanya sekali menelefon bertanyakan anaknya itu dan lepas itu tiada lagi menghubungi kami, katanya.

Ibu bapa kanak-kanak itu dan Noraini diminta datang ke JKM Kulim atau menghubungi Munirah Athirah atau Norizan Hassan melalui talian 04-4907403 atau 04-4914642 bagi membantu menyelesaikan kes anak mereka. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/06


Maklum kepada polis bila pulang beraya bagi elak rumah dipecah masuk

Posted: 06 Aug 2012 02:43 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Polis menggesa orang ramai yang pulang ke kampung untuk berhari raya supaya memaklumkannya kepada pihak polis bagi memudahkan anggota keselamatan itu membuat rondaan di sekitar kediaman mereka.

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata mereka boleh mengisi borang makluman atau menghubungi balai polis berdekatan bagi mengelakkan kejadian pecah rumah terutama pada musim perayaan.

Katanya dengan membiarkan rumah ditinggalkan kosong dalam jangka masa yang panjang akan mengundang penjenayah yang sentiasa mengintai peluang untuk melakukan jenayah pecah rumah.

"Pada masa itulah (musim perayaan) penjenayah biasanya akan mengambil kesempatan dan kita menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Jamshah juga menasihatkan orang ramai supaya memastikan semua pintu dan tingkap rumah dikunci sebelum meninggalkan rumah serta memasang alat keselamatan tambahan, selain memberitahu jiran terdekat. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/06


Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


‘Sarang’ kaki ponteng puasa

Posted: 05 Aug 2012 11:20 AM PDT

KUALA LUMPUR: Restoran makanan segera, kedai mamak dan kedai serbaneka 24 jam menjadi pilihan segelintir 'kaki ponteng' puasa di ibu kota mendapatkan juadah berbuka awal.

Tinjauan mendapati antara lokasi tumpuan kalangan kaki ponteng puasa terbabit menjamu selera mereka ialah di sebuah kolam memancing komersial di sini.


Seorang penduduk berhampiran yang hanya mahu dikenali sebagai Razak, 40-an, mendakwa jumlah pengunjung kolam terbabit bertambah setiap kali Ramadan sejak ia beroperasi kira-kira tujuh tahun lalu.

Katanya, sepanjang tempoh itu, tiada operasi membanteras kegiatan ponteng puasa oleh pihak berkuasa terhadap kalangan kaki pancing termasuk orang awam sehingga ada melabelkan ia sebagai lokasi 'selamat'.


"Setiap kali bulan puasa bilangan pengunjung kolam berkenaan bertambah khasnya pada waktu siang, tetapi sebahagian besar daripadanya tidak memancing sebaliknya duduk lepak menghisap rokok, minum dan ada lebih berani makan di bangku kolam di kawasan terbuka.


"Ia sesuatu yang menyedihkan kerana kolam berkenaan terletak berhampiran kawasan perumahan. Justeru, saya meminta pihak berkuasa memantau perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap kaki ponteng puasa terbabit," katanya.

Sementara itu, wartawan yang menyamar pengunjung terkejut apabila mendapati majoriti pengunjung termasuk kaki pancing selamba menghisap rokok dan minum tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.


Menurut seorang kaki ponteng puasa, dia mendapat tahu lokasi itu selamat untuk makan dan minum di bulan puasa daripada seorang rakan. Pada mula memang takut-takut, tetapi selepas beberapa tahun, kolam ini menjadi lokasi dia dan rakan-rakan menjamu selera setiap kali bulan puasa.

"Abang jangan risau, tempat ini selamat. Abang hisap saja rokok, orang tak kisah kerana semua tak puasa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/06


Ramai beli tiket saat akhir

Posted: 05 Aug 2012 11:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kaunter tiket di beberapa hentian bas ekspres utama di ibu kota didapati masih lengang dipercayai berpunca daripada sikap orang ramai yang menunggu saat akhir untuk membeli tiket pulang berhari raya.

Tinjauan di dua terminal bas di ibu kota membabitkan Hentian Putra bagi perjalanan ke Pantai Timur serta Pudu Sentral bagi perjalanan ke utara mendapati hampir kebanyakan kaunter lengang.


Bagaimanapun, petugas kaunter jualan tiket beberapa syarikat bas ekspres mengesahkan tiket bagi tempoh dari 17 Ogos ini habis dijual.

Kebanyakan penumpang ditemui berpuas hati dengan penjualan tiket lebih awal oleh syarikat bas ekspres berikutan memudahkan mereka untuk merancang perjalanan sempena hari raya.


Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), Mohamad Amirul Husain, 18, berkata, langkah beberapa syarikat bas ekspres menjual tiket bas raya lebih awal membolehkan orang ramai yang bergantung dengan perkhidmatan itu merancang percutian, sekali gus mengelakkan berlakunya kesesakan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/06


Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


‘Uda’ hilang suara

Posted: 04 Aug 2012 08:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: Gara-gara menolak lamaran untuk menjadi suami, pelakon dan penyanyi Razali Hussain mendakwa menderita akibat disantau seorang peminat wanita.

Pelakon yang baru muncul dengan filem komedi Man Sewel Datang KL itu berkata, selepas menolak lamaran wanita yang juga peminat tegarnya, dia berdepan pelbagai masalah kesihatan sehingga menjejaskan kerjaya seninya.

Malah, beberapa perniagaan diusahakannya hasil titik peluh bergelar artis turut terkena tempias.

Razali berkata, semuanya bermula apabila dia dihampiri seorang wanita yang mengaku sangat meminatinya. Malah, wanita itu sering memberi hadiah sebagai tanda sokongan. Hinggalah pada satu tahap, wanita itu meluahkan isi hati untuk melamar Razali sebagai suami.


"Saya menolak lamaran wanita itu dengan cara baik, tapi tidak sangka pula dia berdendam. Selepas beberapa ketika, dia masih memberi hadiah tapi tidak lama selepas insiden itu, kami tidak lagi berhubung.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/04


Bayi korban nahas

Posted: 04 Aug 2012 08:18 AM PDT

ENDAU: "Saya turun daripada lori sejurus kemalangan dan ketika itu, selain membantu dua mangsa yang tersepit di dalam kereta, orang ramai turut mengutip cebisan otak bayi yang melekat pada enjin kereta," kata Rizuan Ghozali, 28, semalam.

Rizuan yang bekerja sebagai pemandu lori membawa muatan kelapa sawit ditemui selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya dengan kereta dinaiki lima sekeluarga di Kilometer 2, Jalan Mersing-Endau, jam 11.45 pagi semalam.

Dalam kejadian itu, pemandu kereta, Lans Koperal Hazwan Harun, 43, yang juga anggota polis di Balai Polis Bandar Penawar, Kota Tinggi, cedera parah manakala isterinya, Normah Daud, 30-an, ibunya, Saemah Sulaiman, 68, dan bapanya, Harun Ab Majid, 70, cedera dan dikejarkan ke Hospital Mersing untuk rawatan.

Anak perempuan pasangan itu, Idayatul Naziha berusia tujuh bulan, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.


Ketika kejadian, keluarga berkenaan dikatakan dalam perjalanan dari Kota Tinggi ke kampung Hazwan di Gua Musang, Kelantan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/04


Ahad, 5 Ogos 2012

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Maut ditembak jarak dekat

Posted: 04 Aug 2012 07:59 AM PDT

SERI KEMBANGAN: Tiga rakan yang asyik minum arak di tepi jalan di Persiaran Serdang Perdana, Taman Serdang Perdana, di sini, dikejutkan dengan tiga das tembakan yang mengorbankan seorang daripada mereka dalam kejadian dipercayai bermotifkan dendam, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.30 malam, Kesavan Subramaniam, 27, yang melepak di bahu jalan itu bersama dua rakannya dihampiri dua lelaki bermotosikal sebelum pemboncengnya melepaskan tiga tembakan.


Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, mangsa yang tidak bekerja dan berasal dari bandar ini mati serta-merta di tempat kejadian akibat cedera parah.

"Siasatan forensik di tempat kejadian mendapati mangsa ditembak di kepala dan tubuh dari jarak dekat. Mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Serdang (HS) untuk bedah siasat.


"Pembonceng terbabit turun dari motosikal sebelum menembak dan hanya menyasarkan mangsa berikutan dua lagi rakannya tidak diapa-apakan," katanya.


Katanya, rakan mangsa mendakwa gagal mengecam wajah dua lelaki terbabit berikutan mereka memakai topi keledar bertutup penuh.

"Namun, kedua-dua suspek dipercayai berusia lingkungan 20-an dan menaiki motosikal jenis Yamaha LC.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/04


Abby, Norman rujuk?

Posted: 04 Aug 2012 07:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Perkara ini kuasa Tuhan. Buat masa ini, masing-masing belum ada respons. Saya tak boleh cakap apa yang bakal berlaku pada masa depan," kata Memey Suhaiza ketika diaju persoalan jika bekas isteri suaminya, Abby Abadi kembali semula ke pangkuan Norman Hakim.

"Anak juga terbuka mengenai soal itu dan bertanya bila mama (Abby) hendak berkahwin semula dengan papa mereka," katanya yang menyerahkan kepada ketentuan takdir jika Abby dengan Norman rujuk semula selepas bercerai pada 18 Disember 2008.

Hubungan Memey dan Abby kembali jernih selepas mereka meluangkan masa berbuka puasa bersama pada 1 Ogos lalu.

Memey berkata, apa yang berlaku tidak dirancang dan dengan mengambil keberkatan Ramadan, mereka berbaik semula demi masa depan anak.


"Selepas menanti empat tahun, akhirnya kami berbaik semula. Mulanya, saya dengan abang (Norman) datang mengambil anak di rumah kak Abby dan pada masa itu saya mengambil kesempatan bersalam dengannya. Selepas bersalam, dia terus peluk saya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/04


Sabtu, 4 Ogos 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Kaji bayaran hasil petroleum

Posted: 04 Aug 2012 04:16 PM PDT

Kerajaan bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Jawatankuasa Khas itu akan dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad.

Ia akan turut dianggotai pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri masing-masing.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata Jawatankuasa Khas itu akan membuat satu kajian menyeluruh dalam tempoh masa enam bulan dari tarikh penubuhannya.

"Ia mengambil kira semua aspek tuntutan dan akan membuat syor yang sesuai kepada kerajaan persekutuan," kata Najib dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Kaji negeri layak

Beliau berkata, Jawatankuasa Khas itu akan membuat kajian berhubung negeri yang layak menerima bayaran tunai daripada hasil petroleum di Pantai Timur Semenanjung.
"Jawatankuasa Khas juga akan menentukan kaedah serta jumlah pembayaran bayaran tunai itu kepada negeri-negeri berkenaan," katanya menambah semenjak enam bulan lalu, beberapa perbincangan dalaman diadakan berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum dan sehubungan itu kerajaan bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas berkenaan.

Selesai secara adil

Najib berkata, dengan penubuhan Jawatankuasa Khas itu, kerajaan persekutuan berharap isu yang dibangkitkan oleh kerajaan negeri di Pantai Timur akan dapat diselesaikan secara adil, telus dan saksama.

Katanya, berdasarkan perjanjian di antara kerajaan negeri Kelantan dengan Petronas mengenai pembayaran mengikut Seksyen 4 Akta Kemajuan Petroliam 1974 yang dibuat pada 9 Mei 1975, Petronas hendaklah membayar wang tunai kepada kerajaan negeri secara tahunan sebanyak yang setara dengan lima peratus daripada nilai petroleum yang didapati dan diperoleh di Kelantan.

"Kerajaan Persekutuan mengambil pendirian bahawa dari segi perundangan, Kelantan hanya mempunyai hak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum yang dihasilkan dalam perairan negeri itu, iaitu kawasan yang terletak tidak melebihi tiga batu nautika dari pesisir pantai negeri.

Tiada pengeluaran petroleum

"Pada masa ini, tiada pengeluaran petroleum dilakukan dalam kawasan perairan negeri Kelantan. Oleh itu, dari segi perundangan, kerajaan negeri Kelantan tidak layak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum," katanya.

Najib berkata, kerajaan Persekutuan sentiasa meletakkan keutamaan kepada kehendak rakyat dengan membuka pintu rundingan tetapi pada waktu yang sama tidak boleh membelakangkan perundangan.

Bayaran tunai pada 2009

Katanya, walaupun peruntukan perundangan itu adalah jelas, namun pada November 2009, beliau mengumumkan di Dewan Rakyat mengenai pemberian bayaran tunai kepada Kelantan meskipun pengeluaran petroleum buat masa ini terletak di luar perairan negeri berkenaan.

"Keputusan ini berdasarkan keperluan untuk terus membangunkan negeri Kelantan dan meningkatkan kesejahteraan rakyatnya.

"Peruntukan itu telah disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan," katanya.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

- Royalti minyak bukan isu politik
- Nik Aziz pertikai lambat tubuh jawatankuasa

Lelaki terjun dari pesawat

Posted: 04 Aug 2012 04:03 PM PDT

Miri: Penerbangan pesawat AirAsia dari Lapangan Terbang Miri di sini, tertangguh hampir lima jam selepas seorang penumpang membuka pintu kecemasan dan terjun dari pesawat itu, malam kelmarin.

Kejadian jam 7.25 malam itu mengakibatkan 200 penumpang dan krew di dalam pesawat panik. Pesawat itu hanya berlepas ke Kuala Lumpur kira-kira jam 12 tengah malam.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

Khamis, 2 Ogos 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Tak putus harap

Posted: 01 Aug 2012 03:20 PM PDT

BACHOK: "Bangunlah Along, emak teringin beraya dengan Along," rintih seorang ibu, Maziah Jusoh, 48, yang terus menaruh harapan supaya anaknya yang terlantar koma akibat dirempuh kereta 13 tahun lalu, kembali sedar untuk menyambut Aidilfitri.

Siti Suzaini Jailani yang kini berusia 20 tahun, koma selepas ditimpa kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat mengaji al-Quran ketika berusia tujuh tahun.

Sejak kejadian itu, zaman kanak-kanak Siti Suzaini atau lebih mesra dengan panggilan Along terus hilang kerana tubuhnya tidak lagi dapat bergerak dan hanya terlantar di tempat tidur.

Maziah berkata, Along hanya menggerakkan mata memerhatikan ahli keluarganya dan setiap kali tiba 1 Syawal sejak 13 tahun lalu, dia sebak melihat nasib anak sulungnya itu.


Menurutnya, sebelum kemalangan menimpanya, Along amat ceria pada Aidilfitri terutama apabila menjamah sate ayam dengan kuah kacang serta air laici kegemarannya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/02


Bas jadi ‘bilik bersalin’

Posted: 01 Aug 2012 03:20 PM PDT

KOTA KINABALU: Seorang ibu muda sarat mengandung yang menempuh perjalanan lebih 400 kilometer untuk berbuka puasa bersama suaminya di bandar raya ini, terpaksa menjadikan bas ekspres dinaikinya 'bilik bersalin' apabila sakit perut sebaik tiba di Terminal Bas Inanam, dekat sini, kelmarin.

Norlyn Ajimula, 28, yang bertolak dari Lahad Datu, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.7 kilogram (kg), kira-kira jam 5.30 petang dan bayi itu dinamakan Dyana Adi, sempena nama bas ekspres dinaiki ibunya, Dyana Express.

Ketika ditemui di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, Norlyn berkata, dia menaiki bas kira-kira jam 9 pagi untuk bertemu suaminya, Adi Mahari, 40, yang bekerja di bandar raya ini.

"Saya tidak mengalami sebarang masalah sehinggalah perut mula berasa sakit ketika bas ini menghampiri pekan Ranau, tetapi sakit berkenaan hilang secara tiba-tiba.


"Saya tidak terfikir untuk bersalin kerana masih terlalu awal selain lama-kelamaan sakit beransur hilang," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/02


Rabu, 1 Ogos 2012

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Ubat sengsara

Posted: 31 Jul 2012 12:55 PM PDT

SERDANG: Sengsara lebih 3,800 penduduk Taman Putra Budiman dan kawasan sekitar yang terputus bekalan air sejak lebih seminggu lalu terbela selepas Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) tampil menghulurkan bantuan segera dengan membekalkan air menerusi lori milik Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Ia berikutan aduan penduduk yang tidak tahan selepas terpaksa mengangkut air setiap hari untuk kegunaan mereka di pangsapuri berkenaan dan keadaan menjadi lebih teruk terutama ketika umat Islam berpuasa.


Seorang penduduk, Azizah Abu Bakar, 34, berkata dia terpaksa mengangkut air ke rumahnya di tingkat tiga untuk kegunaan seharian dan ia menjejaskan kehidupan seharian dengan empat anaknya yang masih bersekolah.

Katanya, bekalan air hanya akan diterima pada waktu tengah malam dan awal pagi menyebabkan ada penduduk terpaksa menunggu di bawah pangsapuri semata-mata untuk mengambil air menggunakan baldi.


"Saya sendiri terpaksa bergilir dengan anak mengangkut air sehingga tengah malam dan pada masa sama perlu menjaga anak kecil baru habis pantang. Kalau keadaan begini berterusan, tak tahulah bagaimana persiapan Aidilfitri nanti," katanya ketika ditemui selepas menerima bantuan tong air disampaikan Pengerusi GPRS, Datuk Sohaimi Shahadan, semalam.


Seorang lagi penduduk, Siti Aishah Adnan, 48, berkata sejak bekalan di kawasan itu terganggu, dia menghadapi kesukaran melakukan kerja rumah termasuk menyiapkan dua cucunya yang masih kecil kerana perlu mengangkut air.

"Saya sudah penat kerana berlarutan dalam tempoh lama. Kalau sebelum ini pernah berlaku, tapi hanya sementara. Ini tidak, pihak berkenaan seolah-olah lepas tangan dengan apa berlaku walaupun dalam bulan puasa," katanya.


Sementara itu, Sohaimi berkata, pihaknya akan terus memperjuangkan isu berkaitan rakyat Selangor dengan memberikan bantuan meringankan beban terutama mereka kurang mampu.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/01


Perpaduan benteng kekuatan negara

Posted: 31 Jul 2012 12:51 PM PDT

PUTRAJAYA: Perpaduan menjadi benteng kekuatan negara dan kunci utama keselesaan dinikmati rakyat Malaysia ketika ini, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Beliau berkata, rakyat di negara ini bebas melakukan majlis ibadah, berpuasa dengan tenang dan selesa tanpa sebarang ketakutan.


"Kita amat bernasib baik dan beruntung kerana negara yang bakal menyambut kemerdekaan ke-56, 31 Ogos ini sentiasa berada dalam keadaan aman dan harmoni," katanya ketika berucap pada Program Nur Ramadan dan berbuka puasa bersama warga Putrajaya dan kementerian di Presint 8, di sini, semalam.

"Banyak negara lain khususnya negara Islam, biasanya akan tumbang atau hampir tumbang pada bulan Ramadan, tahun ini Syria, tahun lalu Mesir dan sebelumnya Libya.


"Ini satu peringatan kepada kita bahawa kekuatan mana-mana negara datangnya dari perpaduan, tanpa perpaduan akan berlaku seperti negara berkenaan, ia menjadi benteng negara kerana tanpa perpaduan akan ada orang yang akan mengambil kesempatan," katanya ketika berucap pada Program Nur Ramadan dan berbuka puasa bersama warga Putrajaya dan kementerian di Presint 8, di sini, semalam.


Pada majlis itu, Raja Nong Chik turut menyampaikan sumbangan kepada 300 penerima termasuk warga emas, anak yatim, fakir miskin, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU) serta 300 kakitangan sokongan yang bertugas di kementerian dan agensi.

Beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi RM10,000 kepada Surau Putra Al-Amin bagi membantu jawatankuasa surau melaksanakan program pengimarahan dan penambahbaikan untuk kegunaan masyarakat setempat.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/01


Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Peluru kena mata tembusi kepala

Posted: 31 Jul 2012 01:35 PM PDT

JELI: "Ketika bertemunya pada awal Ramadan lalu, arwah menyatakan hasrat mahu menghadiahkan pakaian baru untuk anak saya sempena Aidilfitri, tetapi hasratnya itu terkubur bersama jasadnya apabila dia maut ditembak," kata wanita dikenali sebagai Kak Sah, 46.

Dia yang juga kakak sulung mangsa menceritakan insiden menimpa adiknya, Tuan Asmadi Tuan Ya, 38, mandur ladang getah yang maut di depan isterinya selepas terkena satu das tembakan di mata kiri yang menembusi kepalanya dalam kejadian tembakan di sebuah rumah kongsi di Kebun Getah Dhuha (1), di sini, lewat malam kelmarin.

Dalam kejadian antara jam 11.30 malam dan 12 tengah malam itu, Tuan Asmadi meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Jeli untuk bedah siasat dan dituntut keluarganya untuk dikebumikan.

Kejadian berlaku ketika mangsa keluar dari biliknya untuk mengambil telefon bimbit di atas meja di luar rumah sebelum tiba-tiba terkena satu das tembakan di mata kirinya.


Isteri mangsa, Norzilla Mohd Zain, 30, yang mengekorinya dari belakang, terkejut apabila mendengar dentuman kuat sebelum suaminya rebah dengan kepala berlumuran darah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/01


Pengurus saman Hafiz

Posted: 31 Jul 2012 01:35 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Akibat kejadian itu saya hilang peluang pekerjaan dan malu dengan apa yang berlaku. Antara saya dengan penyanyi Adira hanya rakan sekerja," kata Nur Haniza Mohd Azhar, 25, yang memfailkan saman menuntut ganti rugi RM200,194 terhadap juara Akademi Fantasia (AF) 7, Hafiz.

Nur Haniza memfailkan writ saman itu melalui Tetuan Boestamam Ahmad & Co di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini, semalam.

Dia sebagai plaintif menamakan Hafiz atau Mohd Hafiz Mohd Suip, 22, sebagai defendan.

Berdasarkan writ saman itu, Nur Haniza menuntut ganti rugi am iaitu RM100,000 kecederaan dan kesakitan, ganti rugi kehilangan RM50,000, ganti rugi teruk RM50,000, ganti rugi khas RM194, faedah, kos dan relif lain yang dianggap sesuai oleh mahkamah.


Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif yang sebelum ini bekerja sebagai pengurus pentas mengenali defendan menerusi kenalannya ketika menjalankan kerja berkaitan rancangan di bawah kelolaan Astro Holding Sdn Bhd.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/01