Harian Metro: Setempat |
Usir warga emas dituduh mencuri Posted: 07 Jun 2011 10:47 AM PDT KUALA LUMPUR: Niat seorang warga emas untuk membeli-belah di sebuah kompleks komersial terkenal di sini, Sabtu lalu, terbantut apabila mendakwa dihalau keluar oleh pengawal keselamatan yang mengesyakinya ingin mencuri gara-gara berlegar hampir sejam di situ. Lee Lai, 55, ketika ditemui di Balai Berita di sini, kecewa dan malu apabila pengawal keselamatan terbabit meninggikan suara serta menepis topi dipakainya, selain peristiwa berkenaan diperhatikan pengunjung lain.
Ketika membelek-belek harga barang, Lee dikejutkan dengan pertanyaan kasar pengawal terbabit yang menanyakan apa yang dia lakukan selama hampir sejam di pusat beli-belah itu.
"Saya yakin dia menganggap saya ingin mencuri barangan di situ sedangkan ia sebaliknya," dakwanya.
Menurutnya, dia meminta pengawal terbabit menyelesaikan masalah berkenaan di pejabat, selain ingin membuat aduan kepada pihak pengurusan, tetapi lelaki itu enggan dan menjerit menghalaunya keluar.
|
Kempen Alam Flora tumpu Chow Kit Posted: 07 Jun 2011 10:43 AM PDT KUALA LUMPUR: Chow Kit dijadikan lokasi utama bagi pelancaran Kempen Gerak Tumpu Kawasan Wilayah Persekutuan sejak Mei lalu, selepas ia dikenal pasti sebagai kawasan premis kurang bersih oleh syarikat konsesi dan pengurusan sisa pepejal, Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora). Kempen anjuran Alam Flora dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu bertujuan menangani masalah pembuangan sampah oleh pihak tidak bertanggungjawab di lokasi yang dianggap kurang bersih di sekitar ibu kota.
Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Mohd Zain Hassan, berkata pemilihan lokasi dilakukan mengikut kepadatan peniaga atau penjaja serta jumlah penghasilan sampah yang banyak di kawasan terbabit berbanding lokasi lain.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan