Harian Metro: Setempat |
Posted: 05 Jun 2011 11:19 AM PDT SEPANG: "Saya tidak tidur nyenyak kerana setiap hari bimbang tanah runtuh yang boleh berlaku sekelip mata," kata Mohammad Yong Salleh, 50, mengenai kebimbangan berlaku tanah runtuh dari bukit di sebelah Pangsapuri E-Mas Villa, Bandar Baru Salak Tinggi, di sini. Beliau yang juga Pengerusi Badan Pengurusan Bersama pangsapuri berkenaan berkata, ancaman yang menunggu saat dan ketika itu sangat membimbangkan penduduk sehingga mengganggu keselesaan kehidupan harian.
"Sejak batu kecil di kawasan bukit ini jatuh awal Januari lalu, boleh dikatakan setiap hari kami bimbang kerana bukit berkenaan terletak kira-kira 100 meter dari kawasan pangsapuri. "Jadi, kini setiap hari kami melakukan pemantauan bagi mengelakkan menjadi mangsa kejadian buruk itu," katanya ketika ditemui, semalam.
|
Posted: 05 Jun 2011 11:17 AM PDT KAJANG: Sumpah sehidup semati dua rakan baik menjadi kenyataan apabila mereka ditemui mati lemas bersama dalam sebuah lombong di Kampung Baru Balakong, di sini, kelmarin. Difahamkan, Shahrul Azwan Mohammad Tajuddin, dan rakannya, Mohd Hafiz Norazman, kedua-duanya berusia 21 tahun, yang bersahabat sejak 14 tahun lalu pernah bersumpah untuk sehidup semati disebabkan terlalu akrab selain sentiasa meluangkan masa bersama bagaikan saudara kandung.
Adik Shahrul Azwan, Amir Fikri, 19, berkata sebaik tiba di lombong berkenaan, mereka mula memancing.
Menurut Amir Fikri, abangnya menjerit meminta pertolongan dan memberitahu dia seperti disedut ke dalam lombong itu.
"Bagaimanapun, usahanya sia-sia apabila dia menerima nasib sama. Ketika itu, kami cuba menyelamatkan mereka dengan menghulurkan kayu, namun belum pun sempat mencapainya, kedua-dua mereka hilang daripada pandangan," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan