Rabu, 8 Jun 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Waspada sindiket penipuan guna nama polis Hong Kong dan Bank Negara

Posted: 08 Jun 2011 01:11 AM PDT

MELAKA: Polis Melaka meminta orang ramai berhati-hati terhadap sindiket penipuan yang menggunakan nama polis Hong Kong dan Bank Negara Malaysia untuk memerangkap mangsa mereka kononnya terlibat dalam kes pengubahan wang haram.

Ketua Polis Melaka SAC Datuk Chuah Gee Lye berkata modus operandi sindiket itu ialah dengan menelefon mangsanya dengan mendakwa mereka adalah pegawai polis Bukit Aman dengan alasan identiti mangsa telah digunakan di luar negara dalam kes itu.


Ini berikutan dua kes yang dilaporkan di negeri ini melibatkan sindiket dengan modus operandi yang sama. Bagaimanapun setakat ini tiada kerugian dilaporkan kerana mangsa terbabit tidak mengendahkan arahan sindiket tersebut.

Dalam kes itu, mangsa diminta menghubungi polis Hong Kong melalui nombor yang diberi oleh suspek dan apabila menghubungi polis Hong Kong itu, mereka memaklumkan telah menghubungi Bank Negara Malaysia, katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di sini, hari ini.


Chuah berkata tidak lama kemudian, seorang pegawai yang kononnya dari Bank Negara akan menghubungi mangsa dan mengesahkan akaunnya telah digunakan untuk aktiviti pengubahan wang haram dan meminta mangsa memindahkan wang mereka ke dalam akaun yang diarahkan sekiranya tidak mahu ia dibekukan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lelaki OKU hilang lepas keluar rumah

Posted: 08 Jun 2011 12:54 AM PDT

JERLUN: Seorang lelaki kelainan upaya (OKU), Mohd Fikril Munir Mohd Yusoff, 25, dari Kampung Pida Tiga, Air Hitam dekat sini, hilang sejak 25 Mei lalu selepas keluar dari rumahnya.

Bapanya, Mohd Yusoff Saidin, 55, berkata dia dan isteri, Che Embun Mustafa, 50, menyedari kehilangan anak ketiga mereka itu selepas waktu maghrib pada hari sama apabila anaknya itu tidak pulang ke rumah.


"Kebiasaanya Mohd Fikril keluar rumah merayau-rayau sekitar pekan Air Hitam dan Kuala Kedah dengan menunggang basikal dan akan pulang sebelum waktu maghrib. "Saya bimbang kerana anak saya tidak boleh makan sendiri kerana keadaan fizikalnya tidak stabil," katanya.

Mohd Yusoff membuat satu laporan di Balai Polis Jitra sehari selepas kehilangan anaknya itu.


Orang ramai yang menpunyai maklumat mengenai Mohd Fikril boleh menghubungi Mohd Yusoff di talian 013-5229103 atau menghubungi Balai Polis Jitra di talian 04-9172222.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan