Rabu, 8 Jun 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Tesis bahasa SMS

Posted: 07 Jun 2011 03:03 PM PDT

KUALA LUMPUR: Fenomena penggunaan bahasa singkatan SMS dan bahasa sembang siber yang semakin serius mempengaruhi pelajar sekolah turut melanda pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sehingga ada yang menggunakannya dalam penulisan tesis dan tugasan.

Malah ada pensyarah yang berasa tidak dihormati dan menganggap pelajar bersikap biadap kerana menghantar SMS yang singkat dan tidak formal seolah-olah memandang remeh batasan hubungan antara pensyarah dan pelajar.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Halimatusaadiah Ibrahim

kepada pelajar IPT, tidak patut guna bahasa SMS ketika berhubung dengan pensyarah bahkan dalam penulisan tesis. Sebagai pelajar, pelajar lah yang patut ketengahkan bahasa penulisan yang betul kepada semua pembaca. Bahasa melambangkan bangsa. Renung-renungkan.

solleh

bahasa melambangkan bangsa.
kuat bahasa, kuat lah bangsa berkenaan.
kepada pencinta bahasa sms dan chatting yang rendah moralnya, bererti anda tidak lah seorang yang menyayangi bangsa sendiri.
hari ini, tangan kita memulakan,
esok, anak-anak kita meneruskan,
lusa, cucu-cucu kita akan melenyapkan bahasa dan juga bangsa sendiri.
tulat, melayu hilang dari bumi yang indah ini.

guru sandaran

di zaman kejatuhan empayar melaka, sehinggalah perang dunia ke-2, penjajah mengunakan bahasa melayu, meraka jajah negara dan hasil bumi saja, bahasa melayu tidak dijajah, kenapa bila setelah 50 thn merdeka dari penjajahan, kita sendiri jajah bahasa kita.....sayang seribu kali sayang kita sama saja dengan penjajah malah lebih lebih tidak bermaruah.... fikir-fikirlah cendekiawan2 muda

asraf

Tiba-tiba ramai orang komen di BHarian ni menggunakan perkataan yang lengkap haha.

Nor Atikah

Penggunaan bahasa SMS yang semakin meluas akan membuatkan keindahan dan keunikan bahasa kebangsaan semakin luput dan dilupakan.Bahasa kebangsaan yang dahulu disanjung dan diperjuangkan bakal hilang keasliannya atas nama pembangunan.

michael

tidak perlu mengubah keaslian bahasa hanya kerana kita mahu kelihatan hebat. kononnya mengikut perubahan dunia....

mohdrohaizad.co.cc

Fenomena penggunaan bahasa SMS sudah menjadi lumrah kebiasaan bagi kita. Sebelum penggunaan bahasa SMS, kita terlebih dahulu guna perkataan singkat di mana-mana jua terutamanya untuk memendekkan perkataan yang panjang. Contoh "kampung" kepada "kg", "Sungai" kepada "Sg" dll, penggunaan bahasa singkat ini ada dimana-mana hatta di atas jalan raya pun boleh nampak. Nak salah siapa? Bukankah kita sendiri yang menggalakkannya secara tidak sedar?

faridah nazir

Assalamualaikum,

Fenomena chatting dan bahasa sms sudah menjadi budaya dalam masyarakat kita khususnya dalam kalangan remaja. Sesungguhnya, bahasa sms itu berasal daripada bahasa chatting. Hal ini dapat dibuktikan dalam kajian saya pada tahun 2006 tentang ciri dan fungsi bahasa laman sembang (bahasa chatting). Kajian ini merupakan tesis doktor falsafah saya yang telah lulus pada tahun 2010. Masyarakat di Malaysia telah didedahkan terlebih dahulu dengan bahasa chatting kerana budaya itu mula menular pada sekitar tahun 1980an, manakala bahasa sms hanya diperkenalkan pada era 1990an. Hal ini bermakna, bahasa sms yang digunakan sekarang ini sebenarnya berasal daripada bahasa chatting.

Jika diamati, bahasa chatting secara umumnya menunjukkan kekreatifan penggunanya memandangkan pelbagai ragam bahasa baharu yang diperkenalkan. Namun demikian, penggunaan bahasa cahatting atau laman sembang ini dalam jangka masa panjang merupakan suatu ancaman kepada Bahasa Malaysia. Hal ini disebabkan oleh, rata-rata pengamal bahasa laman sembang dan sms ini adalah golongan remaja. Golongan ini kebanyakannya masih belajar sama ada di bangku sekolah atau institusi pengajian tinggi. Penggunaan berterusan bahasa laman sembang dan sms ini secara tidak langsung akan turut mempengaruhi penulisan pelajar-pelajar ini sama ada ketika mencatat nota atau menjawab soalan peperiksaan.

Perkara ini boleh berlaku kerana, para pelajar mungkin mengalami masalah untuk membezakan korpus Bahasa Malaysia Standard dengan korpus Bahasa Malaysia laman sembang dan sms yang telah menjadi makanan mereka sehari-hari. Tambahan pula, ketiadaan mekanisme untuk mengawal bentuk bahasa laman sembang dan sms dalam kalangan para pelajar oleh guru atau pensyarah pastinya menyebabkan masalah ini kian meruncing hingga mengancam penggunaan Bahasa Malaysia dalam situasi rasmi pada masa hadapan.

Zamzila Rafar

pelajar menjawab peperiksaan menggunakan ejaan sms, tentu akan cepat siap. Guru2 atau pensyarah2, elok tambahkan bilangan soalan peperiksaan tanpa menambahkan masa.

Puyeng

cas 1 sms utk 120 patah perkataan jd sebab org ramai nk gune shortcut... ape kate celcom, digi, maxis xlimit kn ppatah perkataan sms untuk 1 sms... tQ

ninaz

bahasa sms memeningkan..tak sesuai dimasukkan di dalam kamus...cuba bygkan bahasa loghat negeri digunakan dalam tesis..pening lecturer nak fhm...same goes with sms...

ayie othman

tak semua pelajar macam itu. hanya 1/4 sahaja yang menggunakannya. Terpulanglah pada pelajar tersebut, tapi tak akan lah pelajar tersebut tak sedar ketika nak jawab exam. -,-"

A Nasir Binasir

akan tiba juga masa dimana bahasa singkat sms akan masuk dalam kamus kerana ia sering digunakan. Eloklah saja kita menyuaikan diri dgn perubahan ini.

Ibrahim Ahmad

Tak pasti tesis mana yang ditulis dengan gunakan terma sms, mungkin tesis yang ditulis dalam Bahasa Malaysia. Kebanyakan tesis pelajar di IPTA menggunakan bahasa Inggeris, jadi tak ada pulak penggunaan terma sms tu yang digunakan.

Mohd.Zulkarnaen Inuman

Penggunaan bahasa melayu perlu dipertingkatkan lagi bagi meluaskan dan memperkembangkan untuk memartabatkan bahasa melayu....jika bahasa ini dipandang remeh maka tidak ada gunanya bahasa ini diwujudkan....

Azam Hatha

Melampau. Sebelum ini hanya segelintir pelajar sahaja yang menggunakan bahasa SMS dalam karangan, penulisan sewaktu peperiksaan sekolah menengah mahupun rendah. Tapi kalau sudah sampai ke tahap penulisan dan tugasan di peringkat IPT, jatuhlah maruah Bahasa Melayu di mata masyarakat. Saya sokong pendapat saudara Mohd. Naser, terpulang pada setiap individu untuk bangkit memartabatkan semula Bahasa Melayu agar ia tidak hilang buat selama-lamanya.

azura ali

saya pelajar Tingkatan Enam tahun ini, sendiri telah terikut-ikut dengan penggunaan bahasa sms....cikgu seringkali menegur pelajar dikelas kerana penggunaan bahasa sms ini.. bahasa sms ini selalu digunakan oleh pelajar untuk menulis karangan bahasa melayu dan jua dalam karangan pengajiaan am dalam bahagian A dan juga bahagian B.Para pelajar kurang menyedari kesalahan tersebut. segelintir pelajar juga menganggap perkara ini tidak menjejaskan dalam pemberian markah.oleh yang demikian mereka tidak ambil kisah. Saya sendiri turut malakukan kesalahan yang sama,tetapi mujurlah saya cepat menyedari bahawa bahasa melayu merupakan bahasa rasmi negara dan kita tidak patut mengambil mudah dalam penggunaanya. Penggunaan bahasa sms mempengaruhi para pelajar.

zikri

bahasa rojak untuk masyarakat rojak,tugas DBP terus memelihara penulisan dan bahasa melayu dibumi malaysia sehingga sampai ke peringkat global dan menjadi bahasa pengngantara golongngan perniaga setiap barangngan perdagangngan mereka ada penerangngan dalam bahasa melayu dan menjadi bahasa pengantara bagi golongan politik dipentas antarabangsa,orang pertama yang memulakannya semesti ahli politik dimalaysia. kalau malu nak berucap di pentas antarabangsa,kewibawaan bahasa melayu tidak akan kemana-mana.

eddy azhar

jika pengunaan bahasa sms dilakukan di dalam tugasaan atau tesis ini merupakankan kes serius.perlu dibendung.Tolak markah tugasan tersebut.Pengunaan bahasa sms patut digunakan mengikut situasi dan keadaan.

rizz

Bahasa Melayu perlu digunakan dengan sebaiknya.

2kachil

tulisan hanya simbol, namun bacaan dan sebutan tetap sama. apa salahnya kita guna simbol2 yg terkini. biarlah terbuka sikit minda tu.

irasyahira

Penggunaan bahasa singkatan adalah salah dari segi tatabahasa jika digunakan untuk penulisan atau tugasan. Sebaliknya jika digunakan untuk tujuan tidak formal tidak menjadi masalah kerana hanya untuk bersembang. Para pelajar harus tahu sudut mana yang perlu menggunakan bahasa singkatan.

Azam Hatha

Melampau. Sebelum ini hanya sekadar segelintir pelajar sahaja yang menggunakan bahasa SMS dalam karangan, penulisan sewaktu peperiksaan sekolah menengah mahupun rendah. Tapi kalau sudah sampai ke tahap penulisan dan tugasan di peringkat IPT, jatuhlah maruah Bahasa Melayu di mata masyarakat. Saya sokong saudara Mohd Naser, terpulang pada setiap individu untuk bangkit memartabatkan semula Bahasa Melayu agar ia tidak hilang selama-lamanya.

nazirul nazmie

gunakanlah bahasa kebangsaan kita, yakinlah amalkan ramai-ramai....

alia maisarah

tidak sepatutnya berlaku kerana sebagai seorang mahasiswa/mahasiswi mereka seharusnya memartabatkan bahasa melayu di negara sendiri.

norliza

bersetuju, perlu dipandang serius untuk menjaga martabat Bahasa Melayu dimata semua bangsa di seluruh dunia

Mohd. Naser Noho

Bahasa Melayu sentiasa dicemari setiap hari walaupun pelbagai kempen dan program telah dilaksanakan. Semakin hari, masalah ini semakin meruncing. Sekarang, terpulang pada kesedaran individu tersebut untuk terus memartabatkan Bahasa Melayu atau tidak.

Ibrahim Ahmad Ghazali

Saya tak pasti sejauh mana seriusnya perkara ini tetapi saya juga ada menggunakan "bahasa sms" semasa berhubung dengan kawan-kawan tetapi bila sms itu bersituasi formal saya akan gunakan bahasa yang "Standard"..

Yangretibase

Penyelesaiannya mudah saja. Gagalkan sahaja pelajar yang menggunakan bahasa SMS dalam penulisan tesis dan tugasan mereka.

fairus

dunia dah berubah terima je

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mat Sabu senjata lawan UMNO: Hadi

Posted: 07 Jun 2011 03:03 PM PDT

MukaDepan

KOTA BHARU: Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang menganggap Mohamad Sabu yang memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS ke-57, Sabtu lalu, adalah senjata utama parti itu untuk menyerang UMNO menjelang pilihan raya umum akan datang.

Berikutan itu, beliau memberi amaran kepada UMNO supaya tidak memperlekehkan kemenangan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

"Wakil Muktamar menganggap Mat Sabu adalah senjata PAS untuk menyerang UMNO. Walau apapun tanggapan UMNO terhadap Mat Sabu, kita menganggap berlainan," katanya selepas mengunjungi Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, di kediaman Menteri Besar Kelantan, JKR 10, di sini semalam. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kemenangan Mat Sabu yang dikatakan memberi peluang kepada UMNO untuk meraih undi berbanding dua calon lain, Nasharuddin Mat Isa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mat Sabu yang juga Anggota Jawatankuasa PAS Pusat memperoleh 420 undi menewaskan bekas penyandang Timbalan Presiden, Nasharudin yang memperoleh 224 dan Tuan Ibrahim (Pesuruhjaya PAS Pahang), 399 undi.

Jawatan Naib Presiden juga dikuasai bukan ulama apabila Salahuddin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar diisytiharkan menang pada pertandingan enam penjuru.

Dalam ucapannya pada muktamar berkenaan, Abdul Hadi buat pertama kali menegaskan belum tiba masanya parti itu menegakkan negara Islam yang menjadi dasar perjuangannya selama ini, sebaliknya mahu memulakan pelaksanaan negara berkebajikan sejajar tuntutan pakatan pembangkang.
Berhubung ucapannya itu, Abdul Hadi menafikan dasar itu diperkenalkan kerana beliau bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri seperti didakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

"Saya bercita-cita mahu menyelamatkan Malaysia dan bukannya menjadi Perdana Menteri," katanya.

Beliau juga turut menafikan perubahan dasar daripada menegakkan negara Islam kepada negara berkebajikan, menyebabkan ahli parti itu kecewa, malah mendakwa ahli menyokong sebulat suara.

"Tidak ada yang bangkang, mereka menerima sebulat suara," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

yatimahmad

PANTUN PRU:

1- Pemimpin kerajaan dan pembangkang makan semeja sambil bergurauan, rakyat bawahan saling bercakaran, pemimpin politik kumpul penyokong buat temberang, hidup rakyat masih banyak tunggang langgang.

2- Pilihlah kerajaan tempat berjuang, buatkan peringatan jika kerajaan tempang, kalau degil terus temberang, Insya-Allah pilihan raya menunggu tumbang.

3- Tun Mahathir pejuang pujaan, Datuk Seri Anwar bekas seiring rakan, jika dua-dua pemimpin disatukan, alamat Malaysia sentosa dan aman.

Yangretibase

Imam mahdi, Tolong bertaubat dan beristighfar. Tolong muhasabah diri selalu.

Shah

Di rumah arwah datuk saya, terpampang di ruang tamu beliau Amanat PAS oleh Hj. Hadi Awang. Berkobar2 tulisan dalam amanah itu, tapi malangnya semua sudah berubah sekarang. Jika ungkin arwah datuk saya masih hidup, mungkin beliau kecewa dgn perkembangan PAS hari ini.

rashid

ingatlah org2 melayu sekalian bersatulah kita. Org kita dah berpecah pada 3bhg. Jgn menang sorak kg tergadai. Ingatlah sejarah Natrah di mana org kita akan bersatu bila berlaku musibah.

wanjeff

PAS hanyalah parti politik. Segala yg d perjuangkan adalah atas dasar politik semata-semata shingga menhalalkan apa jua cara demi utk berkuasa. Saya cadangkan agar PAS bergerak sbagai sebuah badan NGO utk teruskan perjuangan mereka memperjuangkan Islam.

Rosli Osman

perjuabgab PAS dari dulu dan selama2nya adalah berteraskan Al-quran dan Sunnah, sbb itu dalam pemilihan pucuk pimpinan parti tak berlaku pecah belah cam UMNO. semoga perjuangan suci ini diberkati oleh Allah s.w.t, segala kezaliman akan diberi balasan olehnya.......

hamba allah

Saya nak tahu Haji Hadi nak selamatkan malaysia daripda apa?.Adakah daripada kemakmuran kepada kehancuran.

Zaimok

Wajib bagi kita mempercayai mati itu benar, siksaan itu benar. Disebalik keputusan yg dibuat disertakan dgn tanggungjawab. Lebihkan dunia akn kurangkan akhirat. Kene ingt dosa dgn Allah boleh bertaubat tp dosa sesama manusia kene maaf dan memaafkn... bersyukurlah....

roslan othman

tahniah le ana ucapkan pada haji hadi kerana telah berjaya mendapat apa yang dihajati..ana telah kenal lama haji hadi ni..kerana dia lah yang membuatkan masyarat melayu beragama islam menjadi berkecamut...ana masih ingat lagi fatwa dikeluarkan dulu...orang umno sembelih orang pas tak boleh makan...dan macam2 lagi..sehinggakan kawasan ana tu..solat jumaat pun leh jadi 2 imam...malahan ada juga yang tinggalkan wasiat kalau dia minggal dunia nanti jangan dikebumikan dikubur yang telah menjadi tempat persemadian masyarakat di kampung ana ini...kalu ana nak cerita..sampai lenguh tangan ana ini belum tentu habis...ana sokong sangat apa yang ditulis oleh imam mahdi...mereka bercakap senang..tapi yang menjadi masalah adalah masyarakat kampung..ana sedih betul...ana harap Allah S.W.T..membuka hatinya...janganlah hanya kerana inginkan kekuasaan...pangkat dan darjat...Islam hendak digadai..

razi

walaupun pintu rundingan masih terbuka luas untuk Pas dan Umno bergabung, namun para ulama Pas masih berdolak dalik lagi, padahal mereka tahu mereka sendiri tak mampu melaksanakan sistem Islam di negara ni apatah lagi memerintah negara yang berbilang kaum seperti Malaysia ini. Ulama seperti ini cuma akan merosakkan dan memecahbelahkan sesama umat Islam di Malaysia, walaupun dia menganggap dia bertujuan untuk menyelamatkan Malaysia.

shahrol

senjata yang mcm mana tu!! senjata caci maki @ nk mjatuhkan martabat org melayu lg.. pedihlah dgr cramah mat sabu ni,lebih sudu dri kuah..matsabu= mat carut

Abang Aji

Adat dunia.....melayu mudah lupa. Dahulu bukan main berapi-api Mat Sabu kutuk Anawar dan isterinya.

Abang Aji

Adat dunia.....melayu mudah lupa. Dahulu bukan main berapi-api Mat Sabu kutuk Anawar dan isterinya. Sekarang kenalah jilat balik mentor yang dikutukunya dulu........

ahmad kamal

saya xsuka pas zaman kini.saya suka pada kepimpinan pas dahulu kerana pada zaman dulu,kalau A,A lah jawapan nya.sekarang kalau A, B,C,D jawapannyer...

manbarabus

mat sabu jadi senjata pas lawan umno?. Biar betul pemimpin pas ni......

Yangretibase

Alangkah besarnya ketakutan DS Nazri Aziz; namun tidak mustahil ketakutannya mampu menjadi kenyataan.

Imam mahdi

Pas dahuku keluarkan stetmaent siapa sokong UMNO adalah kafir, tetapi sekarang PAS pula berpakat dengan DAP secara jelas menentang negara islam....jangan tipu kami, saya nasihatkan penyokong pas jangan terpedaya hingga korbankan agama dan bangsa seperti yang berlaku di p. pinang dan selangor seperti yang kita lihat sekarang.

zzr

Tengok PAS keseluruhannya. Jangan tengok mat sabu saja. Tengok konsistensi kesepakatan mereka. Mereka tidak berpecah belah dari pemilihan. Tengok perjuangan parti. Visi dan misi. Mat sabu cuma salah satu alat untuk mencapai kemenangan.

nal

apa nak jd.. melayu vs melayu..


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan