Isnin, 6 Jun 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Sepuluh lagi produk makanan dari Taiwan bebas DEHP

Posted: 06 Jun 2011 06:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sepuluh lagi produk makanan keluaran Taiwan disahkan tidak dicemari bahan kimia Di (2-ethylhexyl) Phthalate (DEHP) selepas dianalisis oleh Kementerian Kesihatan.

Produk itu ialah Premium White Milk Tea Drink dan Finest Quality Milk Tea Drink jenama Mine Shine; Tomato Drink jenama Red Gold Bank; Grape Seeds Drink; Multigrain Activate Tea; dan Vegetable & Fruit Drink jenama AGV; Spinach Noodle dan Tomoshiraga Somen jenama Wu-Mu; Oat Biscuits jenama I Mei dan Sweet Bean Sauce jenama Master. Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Noraini Mohd Othman berkata orang ramai tidak perlu khuatir akan keselamatan makanan yang diimport dari Taiwan memandangkan kawalan telah dikenakan ke atas makanan terbabit dari negara tersebut. "Orang ramai boleh mendapat maklumat lanjut dengan menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) kementerian di talian 03-88833652/03-88833653 atau melayari laman web http://moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Urusan keluar masuk negara ditambah baik

Posted: 06 Jun 2011 03:23 AM PDT

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri telah mengenal pasti beberapa penambahbaikan untuk mempercepatkan urusan keluar masuk di pintu-pintu masuk di seluruh negara yang akan dilaksanakan dalam tempoh seminggu bermula hari ini.

Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Mahmood Adam berkata langkah itu dibuat berikutan terdapat beberapa kesukaran dan kelewatan yang dihadapi oleh pelawat di sesetengah pintu masuk pada peringkat awal pelaksanaan sistem kawalan imigresen yang melibatkan penggunaan teknologi biometrik.


Katanya langkah penambahbaikan itu merangkumi proses kerja, logistik dan sistem. Kementerian Dalam Negeri telah membuat tinjauan dan pemantauan menyeluruh secara berterusan dan telah mengenal pasti beberapa penambahbaikan. "Antaranya ialah pengembara kerap yang terdiri daripada pemegang Malaysia Automated Clearance System (MACS), Frequent Travelers Facility (FTF), pemegang Pas Sempadan dan Pas Lintas Batas yang diambil biometrik sekali sahaja," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan