Isnin, 6 Jun 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Sisih perokok

Posted: 05 Jun 2011 03:02 PM PDT

MukaDepan

pix_gal0
Melaka warta lima zon larangan merokok seluas 338 hektar 15 Jun

MELAKA: Berita buruk kepada perokok dan berita baik kepada mereka yang tidak merokok di Melaka. Ini kerana mulai 15 Jun ini, orang ramai dilarang menghisap rokok di lima kawasan awam di negeri itu termasuk tempat tumpuan pelancong seperti sekitar kota peninggalan penjajahan Portugis, A'Farmosa dan pesisiran Sungai Melaka.

Ini berikutan penguatkuasaan pewartaan Zon Larangan Merokok di Bandar Warisan Dunia, yang terletak di Bandar Melaka, Melaka Raya, Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh dan pusat bandar Alor Gajah serta pusat bandar Jasin. Lima zon berkenaan membabitkan kawasan seluas 338 hektar, iaitu zon larangan merokok yang pertama di Malaysia.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, ketika mengumumkannya semalam, berkata penguatkuasaan larangan merokok di lima kawasan itu tidak termasuk di premis persendirian dan mereka yang didapati merokok boleh dikenakan kompaun minimum RM300. "Sebelum ini, kementerian hanya mewartakan 21 tempat larangan merokok seperti di panggung wayang, tandas awam, hospital dan lif, tetapi kali ini kita wartakan kawasan pula supaya peraturan ini lebih meluas," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2011 peringkat kebangsaan, di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, di sini semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Projek, Pembangunan Pekan Kecil, Kesihatan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan negeri, Datuk Seet Har Cheow; Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman dan Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Azmi Hashim.

Liow berkata, susulan pewartaan zon larangan merokok di kawasan berkenaan, kementerian bertekad mewujudkan lebih banyak lagi zon seperti itu khususnya di lokasi tumpuan pelancong bagi meningkatkan kesedaran dan melindungi orang ramai daripada bahaya asap rokok.

"Selain sokongan terhadap usaha kerajaan negeri dalam Program Melaka Bebas Asap Rokok yang mencontohi amalan terbaik dan trend dunia masa kini, langkah itu ialah komitmen negara terhadap Perjanjian Rangka Kerja Bagi Kawalan Tembakau (FCTC), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)," katanya.
Sementara itu, katanya, sejak Januari hingga April lalu, kementerian mengeluarkan 4,475 kompaun bernilai RM999,125 kepada pihak yang melanggar Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Daripada jumlah itu, 2,527 kompaun dikeluarkan bagi kesalahan merokok di tempat yang dilarang, pemilik premis gagal mempamerkan tanda jualan rokok kepada pembeli di bawah umur 18 tahun dan larangan merokok.

Selain itu, 1,198 kompaun dikeluarkan kepada orang belum dewasa yang didapati merokok atau memiliki hasil tembakau dan 187 kompaun kepada peniaga menjual rokok di bawah harga minimum.

INFO: Zon Larangan Merokok Melaka

  • Bandar Warisan Dunia - meliputi sekitar Bukit St. Paul yang menempatkan beberapa bangunan kerajaan, muzium, gereja, bangunan Stadthuys, Kota A'Farmosa dan persisiran Sungai Melaka. Kawasan perumahan dan komersil yang bersejarah serta bangunan keagamaan sepanjang Jalan Tun Tan Cheng Lock (Jalan Heren), Jalan Hang Jebat (Jonker Street), Jalan Tokong/Tukang Emas/Tukang Besi dan Jalan Kampung Pantai, Jalan Merdeka, Jalan Kota Laksamana, Jalan Ong Kim Wee, Jalan Tan Chang Yan, Jalan Munshi Abdullah, Kampung Banda Kaba dan Jalan Chan Koon Cheng.
  • Melaka Raya - premis kedai, hotel, pusat beli belah termasuk Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade.
  • Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) - bangunan kerajaan seperti Wisma Persekutuan, Menara Persekutuan, Wisma Negeri, bangunan komersial dan perniagaan seperti Pusat Boling Antarabangsa Melaka, Kota Fesyen dan hotel.

    Komen Anda

    Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

    Senarai komen

    sammungi

    bagus dan perlu dicontohi oleh negeri lain, disusuli dengan penguatkuasaan undang2.

    antu

    bunuh je laa smua perokok tuh...senang...

    jiji

    Penguatkuasa harus tegas jalankan tugas dan selalunya nampak tak jalankan t'jawab dan biarkan saja sbb takut si perokok marah mereka....

    Bhai

    Isu ini tak pernah selesai....

    macarena

    harap tindakan yg sama dikenakan kepada peminum arak dan pelacur dan pelanggannya...
    baru selaras dgn konsep 1malaysia...amacam..ada butul ke...

    mohmad shalan bin jasman

    Secara profesional saya katakan bahawa perokok hanyalah pelanggan kepada industri pengeluaran dan pengedaran rokok. Langkah paling berkesan untuk membasmi perokok adalah membasmi rokok.Itu perkara pokok. Kepada pengusaha industri bayar pampasan. Kepada perokok bayar insentif. Bila ada percaturan untung rugi, konsep menang-menang perlu diutamakan. Janganlah kita lupakan jasa perokok yang selalu dihina dalam pembangunan ekonomi negara.

    asri

    undang2 dah buat tp penguatkuasaan lgsung tak nmpak....sgt2 jarang dpt lihat inspektor kesihatan keluarkan saman berbanding perokok2 yg degil yg masih merokok di kawasan2 larangan

    great job! =) bangga jadi anak jati melaka

    Syed Ibrahim bin Syed Abdul Kadir

    setuju dengan sally tetapi kena la pastikan pekerja tempat proses rokok tu dapat kerja lain

    peluncur kota

    harap-harap masyrakat yang berada d luaR mgikuti peraturan baru tersebut....

    izwan sahari

    SYABAS Datuk Ali Rustam....

    sham

    saya berpendapat ianya bagus tetapi orang akan hisap juga secara sembunyi. Ini adalah disebabkan kurangnya tindakan penguatkuasaan dilakukan, hanya kuatkuasa dan pemantauan dilakukan pada awalnya sahaja. Penguatkuasa hanya jalankan tugas hangat-hangat tahi ayam saja. Saya harap tidak akan berlaku di Melaka.

    zalinaBt Ahmad Rindu

    Emm, no komen. Sedangkan kat hospital tu pun tak larat nak jaga. Kalau p kat hospital berlamabak staf staf atau org awam merokok tak dijaga. Ni plak nak jaga tempat lain.

    pee dee

    tahniah.. satu langkah yang baek.. banyakkan lagi kawasan larangan merokok di malaysia.

    Rossi

    Semua Negeri Patut Mengikut Langkah Yang Diambil Oleh Kerajaan Melaka.Larangan satu-satu tempat lebih baik daripada larangan satu kawasan yang besar terus.

    pee dee

    tahniah.. satu langkah yang baek.. banyakkan lagi kawasan larangan merokok di malaysia.

    simpati

    tutup je kilang buat rokok..habis cerita..lepas tu naikkan cukai rokok lagi bagus..

    Khean

    Dari buat zon better.. wartakan merokok adalah kesalahan dan boleh didenda/penjara kalau tak bayar.. buat zon larangan 1 Malaysia pun kalau tgk penguatkuasa/polis merokok kat tandas opis diaorang tak jadi juga...

    pet

    Maka ada yang akan membukak tempat merokok awam tertutup, nak masuk kena bayar 5 kupang.

    Effa A.

    Setuju..di harap akan di perluaskan di seluruh negara..

    sidin

    saya amat sokong 100% kawasan larangan itu syabas melaka

    aslangkawi

    tak ada gunanya...sbb hanya larangan.. penguatkuasaan tidak benar-benar dilaksanakan.....

    woodys

    zon larangan rokok hanya utk perokok saje ke? bagaimana pengusaha, peraih, penjual, pengilang? apa beza asap rokok dengan asap diesel atau petrol kenderaan? Larangan tu 24 jam atau waktu pejabat? bagaimana pula pusat hiburan,pub, karaoke...?mmmmmm...

    el hafeez

    Perokok yang muda pasti dikaitkan dengan perilaku yang tak elok...
    Saya rasa, selain Melaka dijadikan negeri bebas rokok, baik juga dijadikan bebas COUPLE.

    din

    harap2 janganlah pada perokok jek yang dikenakan zon larangan. kenalah adil pada penjual rokok pula....asyik perokok jek yang kena, penjual, peraih, penanam tembakau dan pengilang macamane????

    SARAH

    Tahniah Bandar Melaka! buatlah seperti Hong Kong ada satu tempat saja boleh merokok. Dendanya lagi tinggi iaitu HK500 kalau langgar.

    sasaki

    "Janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan" (Al Baqarah:195). " jangan jadi penjual ayat2 alquran dan pedagang agama.. Jgn hanya letak ayat ini pada ROKOK n PEROKOK semata.. mcm mana pula dengan makan segera? McD? KFC? minuman Gas? Coke? Pepsi? makanan dalam tin? Kalau nak jadi org yg berpegang pada ayat ini WAJIB lah menyeluruh.. jgn la cuma tau ayat 1 ni aja dah rasa ANDA HEBAT..!!

    Rossi

    Semua Negeri Patut Mengikut Langkah Yang Diambil Oleh Kerajaan Melaka.Larangan satu-satu tempat lebih baik daripada larangan satu kawasan yang besar terus.

    abah

    Saya, seorang rakyat M'sia kerja dan tinggal di T'land. Pd April lalu, saya balik ke Johor utk brcuti dikampung. Bersama saya beberapa orang kawan sekerja dari luar negara. Kami memandu kenderaan sendiri.

    Sepanjang perjalanan, singgah di beberapa tempat rehat yg di sediakan oleh PLUS.

    Kawan-kawan memuji kebersihan tandas dan tempat ibadah, juga kawasan sekitar yg ada.

    Adalah disayangkan, sewaktu kami singgah makan malam di Ayer Keroh suasananya berbeza.
    Beberapa orang pelanggan menghisap rokok sambil menikmati kopi panas dan makanan lain.
    Asap rokok memenuhi ruangan dan mereka berbual-bual sesama mereka tanpa ada rasa bersalah.

    Salah seorang kawan menjeling kpd saya lantas berkata sinis " K'jaan M'sia berwawasan jadi negara maju tahun 2020, tapi membiarkan rakyatnya berleluasa menghisap rokok di tempat awam? Lebih-lebih lagi di restoran dan tempat makan macam ni? Mereka tak tahu ke, bagi orang yg tak merokok, bau rokok tu sangat meloyakan dan memualkan? Nak makan nasipun tak lalu ni!

    Kawan yg sorang ni, terus merungut-rungut sambil makan, "Nakotin yg ada pada rokok tu akan meresap pd 'gen' setiap perokok dan kalau dia dapat anak, 'gen' akan lekat pada anak-anak mereka. 'Gen' perokok tersebut akan melebabkan perkembangan otak anak-anak ini. Generasi otak lembab, negara boleh maju ke?"

    Saya bukan seorang doktor dan bukan juga seorang saintis. Tak mampu nak membahas fakta yg dia utarakan itu, lantas hanya mendiamkan diri saja.

    Saya cuba tersenyum, tapi sumbing. Makanan yang sedang saya telan terasa pahit. Didalam hati, saya berkata " Bukan mudah nak jadi negara maju, Tak semudah cakap-cakap".

    Sebagai rakyat yg cinta negara, kerjasama kita dlm menyumbang kearah cita-cita murni tersebut, adalah satu tanggung jawab. Tak kira sekecil mana sumbangan kita itu , kesungguhan kita sangat bernilai, sebagai tanda cinta kita kpd negara ini.

    Sekadar share cerita, utk jadi bahan berfikir. Moga-moga membuahkan kebaikan yg berganda-ganda utk faedah rakyat M'sia.

    harlizam

    mengharamkan rokok lebih baik dari melarang. tindakan terbaik adalah tiada pengimportan tembakau.tiada pengilangan. tiada penjualan rokok. maka tiada pengisap rokok.

    sally

    saya sarankan supaya kerajaan hapuskan saja pemprosesan rokok, supaya tiada lagi si perokok tegar.

    NT-Tembakau

    Setuju dgn zzr..harapnye jgn 'Hangat-hangat taik Ayam' dah laa..Tingkatkn penguatkuasaan dengan bersungguh-sungguh lagi!!

    positif

    Tahniah. cadangan saya ialah kerajaan naikkan harga rokok 100% ..

    zzr

    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia ke 37 yg bersidang pd 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur telah mengharamkan merokok. Rokok menjejaskan akal, membahayakan kesihatan fizikal kerana mengandungi dadah (nikotin dan arak), membahayakan keturunan, mengganggu manusia lain dan membazirkan harta(wang)."Dilarang segala yang berbahaya dan menimpakan bahaya" (HR Ibnu Majah). "Janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan" (Al Baqarah:195).

    zulkefli mohamad

    satu tindakan bijak dan menunjukkan kesungguhan Negeri Melaka untuk menjadi negeri rakyat sihat dan udara sihat. Peningkatan harga barangan masa kini sewajarnya perokok meninggalkan budaya merugikan ini.

    arif izzuddin

    bley laaa....

    DIN

    Alhamdulillah, dengan kesedaran sebegini dapat kita menyelamatkan bumi daripada percemaran yang sangat buruk kepada masa depan dunia. Syukurlah kalau ada pihak yang berani melakukan perubahan.


  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan