Jumaat, 3 Jun 2011

Berita Harian: Wilayah

Berita Harian: Wilayah


‘Kami dilayan seperti setinggan’

Posted: 02 Jun 2011 04:14 PM PDT

Wilayah

KAIN pemidang digantung kerana kakitangan awam yang tinggal di Kuarters Gunung Soga berasa diri mereka terpinggir dan tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

KAIN pemidang digantung kerana kakitangan awam yang tinggal di Kuarters Gunung Soga berasa diri mereka terpinggir dan tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

BATU PAHAT: Kira-kira 30 keluarga kakitangan awam yang mendiami kuarters kerajaan dekat Jalan Gunung Soga di sini, bimbang mengenai kebajikan dan masa depan mereka selepas menerima notis pengosongan kediaman masing-masing bagi membolehkan projek perumahan swasta dibangunkan di situ.

Notis yang diserahkan pemaju pada April lalu itu, meminta baki kakitangan awam yang masih menetap di kuarters terbabit mengosongkan kediaman mereka sebelum 8 Julai ini bagi memberi laluan kerja meroboh 140 unit kuarters bersejarah itu bagi membolehkan pembinaan projek perumahan komersial sederhana, separuh mewah dan mewah milik swasta.

Kebimbangan itu timbul berikutan tiada sebarang kepastian sama ada mereka akan diberi ganti kuarters kediaman lain, apatah lagi pembinaan kuarters baru di kawasan Sri Gading adalah milik Jabatan Kerja Raya (JKR). Malah mereka curiga apabila menyaksikan nasib 110 rakan kakitangan awam lain yang diarahkan berpindah dan mengosongkan kuarters diduduki di situ sejak 2006, kini tidak terbela dan terumbang-ambing apabila pemaju mungkir janji membayar sagu hati berpindah RM600 serta elaun bulanan RM250 sebagai wang sewa rumah di luar.

Lebih mengecewakan kakitangan awam berkenaan pembangunan projek perumahan komersial di situ bukan saja bakal melenyapkan kuarters bersejarah yang dibina British sejak puluhan tahun lalu, malah bakal menghakis status rizab Melayu pada tapak kuarters terbabit di kawasan bandar.

Tinjauan Berita Harian ke kawasan berkenaan mendapati beberapa premis kuarters yang diduduki kakitangan awam di situ masih elok terjaga manakala kuarters yang tidak diduduki sudah semakin usang.

Seorang kakitangan awam serta penduduk di situ yang hanya mahu dikenali sebagai Abu Huraira berkata, beliau sangat kecewa dengan nasib yang terpaksa ditanggung kakitangan awam daerah ini yang terpaksa menerima nasib seperti melukut di tepi gantang.
"Kebajikan kami kabur kerana sudahlah tidak mendapat sebarang kepastian termasuk tawaran menduduki kuarters baru di Sri Gading itu malahan cubaan segelintir kakitangan awam yang mahu membeli rumah yang mahu dibina atas tapak di sini mendapat layanan dingin pemaju yang mengatakan pembeli sudah ada.

"Apatah lagi kami difahamkan harga rumah yang akan dibina bermula dari RM280,000 ke atas, sudah hampir pasti ia di luar kemampuan kami sebaliknya kami diarahkan pula menyewa rumah di luar, ini tentu akan membebankan kami yang rata-rata kakitangan awam biasa," katanya.

Seorang lagi kakitangan awam serta penduduk di situ yang hanya mahu dikenali sebagai Raihana Tambien, berkata beliau sangat pilu mengenangkan nasib keluarganya yang terpaksa berpindah di kala umat Islam bersedia untuk menyambut Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.

"Jika penduduk kawasan setinggan pun menerima layanan baik kerajaan negeri sehingga mendapat pampasan puluhan ribu ringgit, adakah kami penjawat awam yang membayar sewa kuarters dan tinggal di penempatan teratur begini terpaksa menghadapi nasib seperti ini.

"Kerajaan British dulu pun amat prihatin menjaga kebajikan kakitangan awam dengan membina kuarters ini sebagai penempatan sebaliknya kini kami seakan-akan dihalau dan tidak dihargai bagi memberi laluan projek perumahan komersial yang bermotif keuntungan yang sudah tentu akan melenyapkan terus satu-satunya rizab Melayu di sini ini," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Peneroka KESEDAR hidup daif

Posted: 02 Jun 2011 04:11 PM PDT

Wilayah

GUA MUSANG: Sebahagian besar daripada 2,000 peneroka Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) hidup daif apabila tinggal di rumah usang dengan dinding tercabut dan tiada tangga sejak lebih 10 tahun lalu.

Keadaan itu bertambah membebankan apabila ladang sawit mereka terbabit dengan program tanam semula dan ini menyebabkan mereka hanya bergantung kepada bantuan sara hidup RM500 sebulan.

Peneroka daripada sembilan RKT KESEDAR itu mendakwa, sebilangan mereka tidak pernah mendapat bantuan untuk membaik pulih rumah dan terpaksa tinggal dalam tekanan sepanjang masa. Tinjauan Berita Harian mendapati selain rumah yang usang ada peneroka yang uzur dan tidak mampu menjalankan sebarang pekerjaan bagi menampung perbelanjaan keluarga, apatah lagi untuk membaiki rumah.

Peneroka RKT KESEDAR Chalil, Hashim Ismail, 63, berkata, beliau mempunyai 14 anak dan masih menanggung perbelanjaan enam lagi yang masih bersekolah hingga rumah yang sekian lama reput itu tidak dapat diperbaikinya.

Beliau berkata, keadaan itu ditambah pula dengan dirinya sendiri yang uzur kerana penyakit tibi kronik sehingga terpaksa terlantar di rumah dan hanya mengharap bantuan sara hidup RM500 sebulan untuk perbelanjaan.

Katanya, sebagai peneroka KESEDAR, beliau berasa terpinggir kerana tiada mana-mana pihak melawatnya atau menghulurkan sedikit sumbangan bagi meringankan perbelanjaan.
"Pak cik tak boleh fikir sangat mengenai masalah ini kerana ia boleh menambahkan derita penyakit yang dihidapi," katanya.

Isteri peneroka, Haramah Samat, 41, pula mengakui dia hidup miskin dan tidak mampu membaiki rumahnya yang berkeadaan uzur termasuk ketiadaan tangga berikutan pendapatan setiap bulan dibelanjakan bagi mengubati penyakit anak bongsunya.

Beliau berkata, walaupun suami, Zamri Yusoff, 44, bekerja sambilan sebagai tukang kebun di Sekolah Kebangsaan (SK) Chalil, tetapi tidak mampu untuk membaiki rumah yang uzur itu kerana bebanan tanggungan bertambah.

"Anak saya, Siti Zalifah terpaksa dibawa berulang alik ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian setiap bulan bagi menjalani pemeriksaan penyakit usus.

"Saya juga mengakui sebelum ini pernah mendapat sumbangan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, tetapi itu semua bagi perbelanjaan berulang alik ke HUSM," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan