Jumaat, 3 Jun 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Pulau Pinang struktur semula air

Posted: 02 Jun 2011 05:09 PM PDT

Nasional

pix_gal0
Perjanjian dengan Pusat babit pindah milik pajakan RM655.2j kepada PAAB

PUTRAJAYA: Kerajaan Pulau Pinang semalam memeterai perjanjian penstrukturan semula bekalan air dengan Kerajaan Persekutuan membabitkan pemindahmilikan secara pajakan aset air kerajaan negeri itu bernilai RM655.2 juta kepada Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB).

Perjanjian itu menjadikan Pulau Pinang negeri kelima selepas Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Perlis berbuat demikian dan negeri pertama di bawah pentadbiran pembangkang memeterai perjanjian berkenaan dengan PAAB, iaitu syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berharap penyertaan Pulau Pinang dalam perjanjian itu akan menjadi pemangkin kepada negeri lain untuk turut serta.

Beliau berkata, PAAB memperuntukkan bajet bagi menjalankan kerja pembangunan atau perbelanjaan modal (capex) lebih RM1 bilion sepanjang 2010 sehingga April 2011 bagi negeri yang terlebih dulu menandatangani perjanjian itu.

"Perkembangan positif dalam penstrukturan semula kali ini menunjukkan kesediaan Kerajaan Persekutuan untuk mengambilalih semua aspek perkhidmatan bekalan air negeri seperti keperluan permintaan air, operasi, kewangan dan lain-lain bagi mewujudkan industri air yang berdaya maju, holistik dan cekap," katanya pada majlis menandatangani perjanjian berkenaan di sini, semalam.

Najib juga menganggap kejayaan penstrukturan semula bekalan air di Pulau Pinang itu sebagai kejayaan kepada rakyat Pulau Pinang.
Majlis menandatangani perjanjian antara Kementerian Kewangan, Kerajaan Pulau Pinang, PAAB dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) itu disaksikan Najib; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Penstrukturan semula itu membabitkan pemindah milikan secara pajakan aset air kerajaan Pulau Pinang bernilai RM655.2 juta kepada PAAB milik Kementerian Kewangan, manakala PAAB pula akan mengambil alih liabiliti air kerajaan Pulau Pinang daripada Kerajaan Persekutuan berkaitan bekalan air pada nilai sama.

PAAB akan menyewa pajak aset air kepada PBAPP pada kadar sewaan tahunan yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Bagaimanapun, tarif air di negeri berkenaan akan ditentukan sendiri oleh kerajaan Pulau Pinang.

"Sememangnya kepentingan rakyat sentiasa menjadi keutamaan bagi kerajaan. Saya berharap negeri lain di Semenanjung akan segera turut serta dalam pelaksanaan inisiatif penstrukturan semua industri perkhidmatan air oleh Kerajaan Persekutuan supaya dapat meraih faedah yang saya bagi negeri masing-masing.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Masa depan negara musnah jika belia lesu

Posted: 02 Jun 2011 04:58 PM PDT

Nasional

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak mahu generasi muda mempunyai semangat waja, gigih dan bersedia menghadapi cabaran dalam usaha membentuk masa depan negara yang lebih cemerlang selaras hasrat menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020.

Perdana Menteri berkata, sikap itu perlu dipupuk dan diasuh di kalangan generasi muda supaya mereka dapat memberi sumbangan berkesan kepada negara.

"Kalau generasi (muda) lemah, tidak bersemangat apatah lagi terjebak dengan masalah sosial seperti dadah, maka rosaklah masa depan negara," katanya ketika berucap menyambut ketibaan peserta Berbasikal 1Malaysia di Kompleks Perdana Putra, di sini, semalam. Seramai 110 pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Abdullah Pekan membuat kayuhan sejauh 342 kilometer dalam Ekspedisi Berbasikal 1Malaysia yang bermula di rumah Najib di Pekan sehingga ke pejabat Perdana Menteri di sini.

Ekspedisi bermula Isnin lalu bertujuan mengisi cuti sekolah dengan program berfaedah selain mengamalkan gaya hidup sihat di kalangan generasi muda.

Najib berkata, ekspedisi berbasikal itu mencerminkan semangat waja yang perlu ada dalam generasi muda sebagai asas penentu kejayaan negara.

"Ekspedisi ini sebagai cerminan anda, sekumpulan generasi muda yang boleh diharapkan, semoga semangat ini akan jadi bekalan anda supaya dapat memberi sumbangan kepada negara," katanya.
Sementara itu, menerusi laman blognya, semalam, Perdana Menteri berkata beliau mahu melihat lebih banyak acara yang dapat mengumpulkan remaja dianjurkan bagi mengukuhkan lagi perhubungan kenegaraan dan memupuk semangat 1Malaysia di kalangan golongan itu.

Najib membangkitkan harapannya itu selepas lawatan Perhimpunan Sejuta Belia di Putrajaya hujung minggu lalu yang disifatkan ceria dan dipenuhi kegembiraan.

Katanya, menerusi acara seperti itu, beliau berpeluang menonton perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah bersama peminat bola sepak di Putrajaya pada awal subuh hari minggu.

"Perhimpunan ini benar-benar berjaya. Saya ingin melihat lebih banyak acara remaja dianjurkan untuk mengukuhkan lagi perhubungan kenegaraan dan memupuk semangat 1Malaysia," katanya.

Perdana Menteri turut memuat turun gambar di dalam blognya yang merakamkan aksi beliau dengan belia dan rakyat antaranya bersama pasukan Rally Remaja Malaysia, melancarkan Kempen Tunggang dengan Betul serta bertemu pelbagai kumpulan belia termasuk pengakap.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan