Rabu, 6 April 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


500 mahasiswa bantu mangsa banjir

Posted:

500 mahasiswa bantu mangsa banjir

500 mahasiswa bantu mangsa banjir

Oleh MARZITA ABDULLAH
utusanperlis@utusan.com.my


Sukarelawan Universiti Malaysia Perlis (Unimap) menyediakan makanan untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Kangar, baru-baru ini.


KANGAR 5 April - Lebih 500 sukarelawan dari enam institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dari seluruh negara bergotong-royong membantu mangsa-mangsa banjir di 11 lokasi di sekitar negeri ini baru -baru ini.

Sukarelawan tersebut terdiri daripada pelajar Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tiba di negeri ini sejak Jumaat lalu.

Menurut Pemangku Pendaftar Unimap, Zuber Mohamad, semua sukarelawan tersebut berkumpul di Kompleks Unimap, Seriba, di sini, untuk pembahagian tugas dan lokasi yang ditetapkan.

Sembilan lokasi yang terlibat adalah Balai Polis Trafik Kangar, Masjid Alwi, Rumah Anak Yatim Yayasan Saad, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Perempuan Kangar, SMK Dato' Sheikh Ahmad, SMK Putra, SMK Syed Hassan, Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Indra dan SK Tengku Budriah,

Katanya, seramai 200 sukarelawan merupakan pelajar Unimap yang terdiri daripada para pelajar yang mengambil subjek kokurikulum Khidmat Masyarakat, Kor Sukarelawan Siswa Siswi (SUKSIS), Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Persatuan Pengakap, Bomba dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

"Sukarelawan dari IPTA lain yang berjumlah 300 terdiri daripada pelajar kakitangan universiti masing-masing," katanya.

Beliau percaya kerjasama tersebut dapat membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir.

"Para pelajar juga akan mendapat pendedahan dan pengalaman dalam melaksanakan program khidmat masyarakat dan bukan sahaja tertumpu kepada bidang pengajian di universiti," katanya.

Program selama sehari itu turut dihadiri oleh Pengerusi Majlis Sekretariat Sukarelawan Universiti-universiti Malaysia (MASKUM), Prof. Dr. Wan Mahzom Ahmad Shah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Promahasiswa' tidak diiktiraf

Posted:

'Promahasiswa' tidak diiktiraf

'Promahasiswa' tidak diiktiraf


Seorang penuntut bertanyakan soalan semasa sesi dialog bersama Sahol Hamid Abu Bakar di Universiti Teknologi Mara Kampus Kedah di Merbok, Sungai Petani, baru-baru ini.


SUNGAI PETANI 5 April - Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak mengiktiraf kewujudan entiti yang menggelarkan diri mereka sebagai promahasiswa di kalangan penuntutnya.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, ini kerana kewujudan entiti terbabit tidak memberikan sebarang faedah sebaliknya membawa perpecahan di kalangan warga UiTM.

Katanya, promahasiswa sebenarnya wujud dengan bermotifkan politik dan sentiasa berusaha mempengaruhi para penuntut universiti bagi menyokong ideologi mereka.

"Para penuntut harus kaji latar belakang kumpulan yang bergelar promahasiswa ini. Mereka mendakwa menjadi pejuang kepada mahasiswa sedangkan penuntut sendiri tidak meraih manfaat. Tambah buruk lagi, para penuntut yang sebelum ini bersatu akan berpecah dan wujud puak-puak tertentu dalam kampus.

"Gejala sebegini dianggap tidak sihat kerana bertentangan dengan agenda penubuhan UiTM yang mahu menyatukan orang Melayu dan bumiputera melalui pendidikan," tegasnya dalam sesi dialog dengan para penuntut semasa melawat UiTM Kampus Kedah di Merbok di sini, baru-baru ini.

Hadir sama Rektor UiTM Kedah, Prof. Dr. Zaliha Hussin. Lebih 2,500 penuntut UiTM Kedah menyertai sesi berkenaan yang pertama kali dihadiri oleh Sahol Hamid.

Menurut Sahol Hamid, warga kampus UiTM tidak boleh membandingkan mereka dengan rakan-rakan di universiti lain yang kini aktif berpolitik dengan kumpulan promahasiswa dan proaspirasi.

"Kalau pun kumpulan yang menggelar promahasiswa itu dikatakan berjuang untuk kepentingan penuntut, apa pula dengan peranan saya di UiTM.

"Saya sebenarnya lebih prihatin terhadap penuntut daripada mereka (promahasiswa). Saya wujudkan facebook untuk berinteraksi dengan warga kampus. Malah, bila penuntut mengadu kelengkapan asrama rosak, saya sendiri turun padang selesaikan," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, UiTM akan memberikan kuasa autonomi kepada kampus cawangan untuk menawarkan program akademik yang bersesuaian secara berperingkat.

"Setiap cawangan yang terlibat akan ditadbir oleh seorang Rektor berbanding Pengarah Kampus sebelum ini. Mereka diberikan kuasa menawarkan program akademik sendiri dengan merujuk kepada tenaga pakar di kampus induk di Shah Alam," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

T4T bendung remaja bunuh diri

Posted:

T4T bendung remaja bunuh diri

T4T bendung remaja bunuh diri

PULAU PINANG 5 April - Menyedari trend bunuh diri di kalangan remaja kian menular, Universiti Sains Malaysia (USM) memperkenalkan program Tools 4 Teens (T4T) bagi membendung fenomena itu.

Sebagai permulaan, empat buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) Phor Tay, SMJKC Heng Ee, SMJKC Chung Hwa Confucian dan Sekolah Menengah Kebangsaan Haji Zainul Abidin di sini menjadi pelopor kepada program berkenaan.

Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Susie See Ching Mey selaku ketua program berkata, pihaknya menerima banyak permintaan daripada sekolah untuk mengendalikan T4T.

"Menurut kajian yang dijalankan, peratusan bunuh diri di kalangan pelajar sekolah khususnya sekolah menengah semakin meningkat," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

T4T bertujuan mendidik remaja cara-cara menghadapi cabaran hidup dan mengajar mereka tentang harga diri dan kestabilan emosi.

Selain guru kaunseling, ia turut disertai pakar-pakar dalam bidang psikiatri dan psikologi.

Mereka yang berminat untuk mengikuti program tersebut boleh menghubungi USM di talian 04-6532914 atau 04-6532905 bagi mendapatkan modul latihan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen