Rabu, 6 April 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Rasionalisasi jawatan tingkat produktiviti - Muhyiddin

Posted:

Rasionalisasi jawatan tingkat produktiviti - Muhyiddin

Rasionalisasi jawatan tingkat produktiviti - Muhyiddin


MUHYIDDIN Yassin menyampaikan skrol tema Hari Guru kepada Pengarah Pelajaran Sarawak, Abdillah Adam (kanan) sambil, diperhatikian oleh Puad Zarkashi (tiga dari kiri) di Majlis Perhimpunan Kementerian Pelajaran di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 5 April - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, aspek jawatan di Kementerian Pelajaran perlu dirasionalisasikan dalam usaha mengurangkan lebihan pegawai dan kakitangan.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, ia boleh dilakukan melalui penjajaran semula fungsi bahagian yang tercicir, pengawalan pengisian jawatan kosong, pemansuhan jawatan dan pengagihan semula perjawatan agensi yang lebih kritikal.

Beliau berkata, ia sejajar dengan matlamat kerajaan yang mahu sektor awam masa ini mewujudkan jentera yang cekap, produktif, kreatif serta inovatif dengan mengutamakan pencapaian.

''Kementerian Pelajaran yang memiliki jumlah pegawai dan kakitangan yang paling ramai dalam sektor awam itu perlu memastikan jangan ada di kalangan mereka yang dikatakan tidak digunakan secara optimum.

''Dalam sesetengah sektor, kita memerlukan tenaga manusia yang lebih manakala sesetengah sektor itu ada pegawai atau kakitangan yang dilihat tidak digunakan sepenuhnya kemahiran mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pelajaran di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi.

Pada majlis itu, beliau turut melancarkan tema Hari Guru 2011 iaitu 'Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara' dan sambutannya akan diadakan di Sarawak pada bulan depan.

Jumlah keseluruhan warga kementerian itu seramai kira-kira 540,000 dan 81.28 peratus daripada jumlah itu adalah warga guru.

Muhyiddin berharap usaha rasionalisasi itu akan dapat menonjolkan Kementerian Pelajaran sebagai kementerian contoh dalam meningkatkan kecekapan dan keberkesanan tadbir urus.

''Dalam masa sama, ia dapat memperkukuhkan kecemerlangan institusi pendidikan, membangunkan komuniti guru dan kepimpinan, dan seterusnya dapat melahirkan pelajar yang cemerlang secara holistik," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jurulatih Pulapol disyaki pembawa virus

Posted:

Jurulatih Pulapol disyaki pembawa virus

Jurulatih Pulapol disyaki pembawa virus

oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 5 April - Kehadiran jurulatih dari Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak di sini dipercayai menjadi punca penyebaran virus Adeno, Influenza A (H1N1) dan Laptospirosis di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jurulatih tersebut bukan penghidap virus berkenaan tetapi disyaki sebagai ejen pembawa menyebabkan 20 orang pelatih Pulapol dan enam rekrut muda Tentera Darat terpaksa dikuarantin.

"Virus ini bukan disebarkan oleh pelatih tetapi kemungkinan besar ada jurulatih Pulapol yang datang ke Pusasda adalah pembawa virus berkenaan. Kita percaya dia bukan penghidap tetapi lebih kepada ejen pembawa. Berapa ramai yang jadi pembawa masih disiasat.

"Ia mungkin antara sebab virus ini tersebar walaupun tiada komunikasi secara langsung antara pegawai Pulapol dengan rekrut Pusasda kerana kita mengamalkan pengasingan," katanya di Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan bahawa kehadiran jurulatih Pulapol adalah punca pelatih konstabel polis dan perajurit muda Tentera Darat yang sedang mengikuti latihan serta kursus Strategi Laut Biru di kem tersebut diserang virus maut itu sebagaimana kejadian di Pulapol baru-baru ini.

Menurutnya, segala usaha sedang dilakukan oleh Kor Perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pegawai perubatan dari Hospital Seremban dan Port Dickson bagi mengawal suhu badan semua pelatih yang disahkan positif Adeno, H1N1 dan Laptospirosis.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, kekuatan pertahanan udara Malaysia bukan semata-mata terletak kepada jumlah bilangan pesawat tempur yang dimiliki Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tetapi ia juga berhubung kait dengan strategi serta doktrin yang dirangka.

Beliau berkata, biarpun bilangan pesawat tempur TUDM lebih kecil jumlahnya berbanding beberapa negara jiran tetapi ia tidak bermakna kemampuan pertahanan udara Malaysia lebih rendah daripada negara terbabit.

Sambil mengambil contoh perang Arab-Israel yang menyaksikan negara Yahudi itu berjaya mengalahkan negara Arab meskipun memiliki jumlah pesawat yang jauh lebih kecil, beliau berkata, kekalahan negara Arab disebabkan strategi serta doktrin mereka yang lemah.

"Kita tidak mahu menjadi seperti negara Arab. Sebab itu, TUDM melancarkan pelan strategik Airforce Next Generation untuk muncul sebagai sebuah angkatan udara yang unggul bagi mempertahankan negara pada sebilang masa melalui doktrin dan strategi yang jitu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Labur dalam teknologi hijau

Posted:

Labur dalam teknologi hijau

Labur dalam teknologi hijau

SEOUL 5 April - Sebuah syarikat Korea Selatan menunjukkan minat untuk membuat pelaburan bernilai beberapa bilion ringgit di Malaysia dalam bidang teknologi hijau, bagaimanapun perkara itu masih di peringkat perbincangan tanpa sebarang komitmen.

Mendedahkan perkara itu, Timbalan Presiden Majlis Perniagaan Malaysia-Korea Cawangan Malaysia, Datuk Seri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh berkata, ia sebagai bukti keinginan beberapa syarikat gergasi (chaebol) Korea untuk melabur di Malaysia.

Katanya, Majlis Perniagaan Malaysia-Korea Selatan, yang terhasil daripada lawatan Presiden Korea Selatan, Presiden Lee Myung-bak ke Malaysia pada 9 - 10 Disember tahun lalu, berhasrat menumpukan kerjasama dalam bidang farmaseutikal, automotif serta kejuruteraan berat, dan teknologi hijau.

"Syarikat-syarikat Korea telah menunjukkan pencapaian yang menarik sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan ia boleh menjadi contoh serta ikutan baik untuk syarikat-syarikat Malaysia.

"Sebagai contoh, syarikat automotif, Kia Motors baru sahaja meraikan pengeluaran keretanya yang ke-10 juta baru-baru ini. Malah ketika Jepun dilanda krisis bencana dan kemanusiaan akibat malapetaka gempa bumi serta tsunami, industri automotif Korea dilihat tidak terjejas kerana mereka sudah 100 peratus berdikari," jelas beliau pada sidang akhbar di sini semalam. - UTUSAN

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen