Rabu, 20 April 2011

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Pas ditolak sepenuhnya di Sarawak – Adenan

Posted:

Pas ditolak sepenuhnya di Sarawak – Adenan

Pas ditolak sepenuhnya di Sarawak – Adenan

KUCHING 20 April - Kekalahan semua calon Pas pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10, Sabtu lalu, membuktikan parti itu bukan sahaja gagal mendapat sokongan malah ditolak sepenuhnya oleh rakyat negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu, Tan Sri Adenan Satem berkata, kegagalan itu pastinya menjadi satu pengajaran kepada Pas bahawa rakyat khususnya bumiputera masih mempunyai keyakinan tinggi terhadap kerajaan BN.

"Saya melahirkan keyakinan bahawa pengundi di kawasan Parlimen Santubong yang merangkumi DUN Tanjung Datu, Pantai Damai dan Demak Laut akan menolak parti pembangkang, sekali gus terus memberi sokongan kepada kerajaan BN pada pilihan raya akan datang.

"Ini kerana kerajaan BN mampu membawa perubahan dan pembangunan untuk kesejahteraan negeri dan seluruh rakyat Sarawak," katanya pada majlis Jamuan Makan Malam meraikan kemenangannya di Kelab Golf Sarawak, di sini malam tadi.

Adenan mempertahankan DUN Tanjung Datu selepas menewaskan calon Pas, Nani Shaari dan calon bebas, Gilbert Asson Kulon dengan majoriti 3,216 undi.

Selain Tanjung Datu, Pas turut meletakkan calonnya di Sebuyau, Beting Maro, Muara Tuang dan Sadong Jaya.

Sementara itu, Adenan berkata, rakyat negeri ini tidak mudah terpedaya dengan dakyah pembangkang untuk melakukan perubahan kerana ia akan membawa padah seperti dialami rakyat di negeri yang ditadbir mereka selepas pilihan raya umum lalu.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan kejayaannya mempertahankan DUN Tanjung Datu adalah kemenangan buat semua pengundi di kawasan itu.

Katanya, kemenangan dua penggal berturut-turut di kerusi berkenaan akan menguatkan lagi azam serta semangatnya untuk berkhidmat kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama serta kaum.

"Terima kasih kepada pengundi yang membuat pilihan. Saya amat menghargai penglibatan semua pihak yang membantu kita memenangi pilihan raya ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen